Wednesday, June 8, 2016

Pertama Kali Menjejak Kaki Ke IKEA

5 JUN 2016 (AHAD)
2.00 PETANG

Alhamdulillah dapat jugak ke IKEA Cheras akhirnya selepas hampir 9 bulan menetap di Putrajaya. Tu pun jenuh pujuk encik suami. Sebelum ni dengar ja keterujaan kawan-kawan yang shopping kat sana. Jadinya, sekarang barulah i faham macam mana rasanya. Sebab dah terjebak rasa nak beli semua *______*

Plan asal nak pergi hari Sabtu. Tapi husband kena keja pulak. So pergi lah the next day. Dah tau orang ramai tapi nak redha je. Tang makanan tu tak excited sangat sebenarnya. Tapi excited lebih tang barang-barang dekorasi rumah. Bila dah pindah rumah yang sekarang ni, baru lah mood nak mendeko tu datang. Mungkin itu petanda nak stay lama kat sini kot. Mudah-mudahan kaki ku kuat nak memanjat tangga empat tingkat everyday +_____+ Amin

Meh nak story. Sebelum pergi tu, memang dah excited sangat dah. Tak tau pun cara nak membeli sebab selalu dengar je kawan-kawan cerita best itu best ini. Tak teringat nak tanya how to buy? Masa sampai tu, fikir tak pe kita terjah je. Cuma persediaan yang saya buat saya dah screen shot pic dan nama item yang nak. 

Bila sampai sana, terus ke bahagian dekorasi display tu. Tengok itu tengok ini, macam-macam berkenan. Lepas tu turun bawah terus ke bahagian nak pickup barang, Dia macam gudang dan ada tagging nama barang. Kalau nak mencari 1 - 1 jenuh tau.  Tiba-tiba jadi tak tau macam mana nak beli. Pastu terperasan ada komputer kat banyak tempat. Tengok-tengok orang lain. Lepas tu  baru tau rupa-rupanya komputer tu kita boleh search barang yang kita nak beli. Sistem akan paparkan location (Rack & Section) barang tu. Yang penting kena tau nama barang dan harga ye. Sebab ada nama barang sama tapi item dan harga dia different. So make sure betol-betol ye. Kang tak pasal-pasal kat cashier nanti nak kena bayar beribu *____*

Nama item: Hejne
Sistem paparkan lokasi item


Lepas dah ambik barang tu ambik barang ni. Mak aii sekejap je penuh 1 troli.
Sory encik suami *_____* 
Tapi tu pun ada rasa nak menambah lagi, tapi digagalkan oleh encik suami dengan alasan nanti kita datang lagi...Horeee







Hajat di hati nak pergi lagi Sabtu ni, sebab masih ada misi belum selesai :)
Berkenan sangat dengan yang ini







1 comment:

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!