Monday, February 25, 2013

Kiralah BMI

Kiralah BMI masing-masing....

Skang ni BMI saya 24...so still ideal...Tapi macam atas pagar je sebab kalau  mencecah 25 dah jadi overweight....Skang ni, kena teruskan ATKINS sampai dapat berat yang saya nak huhuhuhu...Hari ni hari ke 8 beratkins...Nanti kalau dapat berat yang diidamkan, makanan pertama yang saya teringin sangat nak makan ------> PIZZA HUT....mak aiiii sedapnyeee...sabar sabar :( :(

Kalau nak kira BMI...click SINI


Nadine Dress Pop Look - No. 6 dah pecah :)

25 FEBRUARI 2013

Salam semua :) Hati berbunga lagi...Sebab No. 6 dah pecah....Berat skang ni timbang pada 23 Februari 2013 : 59 KG...YIEHAAA!!!

ok...ada banyak lagi nak kena turun berat ni....ok pic kat atas ni saya pakai nadine maxi dress POPLOOK sama dengan pic model kat bawah....masuk ni dah ada 4 nadine dress....memang selesa dan senang...tak perlu iron....terus pakai je dan siap untuk pergi berjalan-jalan....kalau nak stylo lagi pakai belt...time ni saya bukak  belt sebab nak makan banyak2 kan :)

Thursday, February 21, 2013

Kampung Pantai Perai, Kedah

ayah ngan anak sedara ngah tunggu chik...sebab chik tak de kat rumah time kitorang sampai tu

10 FEBRUARI 2013 (AHAD)

Datang ziarah 'chik' kakak arwah mak....Arwah mak ada 4 orang adik beradik dan arwah mak merupakan anak yang bongsu...2 orang adik beradik arwah mak semuanya dah meninggal kecuali kakak mak yang kedua ni...Chik ni duduk sorang kat rumah...Jadinya sesekali ayah akan ajak ramai-ramai gi melawat chik....


Selalunya akan bawak bekal makanan dari rumah...Tapi kali ni tak sempat nak masak kat rumah...Jadinya, singgah di Pekan Padang Serai beli nasik bungkus untuk semua orang


saya suka sangat kalau dapat pi umah chik ni sebab kampung ni still kuat dengan kekampungan nya...means pokok-pokok still banyak....rumah pun tak dekat-dekat....
Ni permandangan sebelah kanan rumah chik...Banyak pokok-pokok kan


Ni pulak permandangan sebelah kiri umah chik....Dulu masa kecik-kecik dalam umur 5-6 tahun....saya selalu la main kat pondok ni dengan kakak2 dan sepupu2...Pondok ni dulu cantik sangat sebab arwah tok yang jaga...Tengok dinding tu...Beranyam guna mengkuang tau...Memang seni lah...Serius dulu memanggg cantik sangat....


Ni ha pondoknya
Yang kat belakang kaler putih tu sungai tau...Tapi dari kecik sampai ke besar macam skang ni pun ayah dengan arwah mak tetap tak bagi main kat sungai tu sebabnya arwah mak cakap ada buaya huhuhu


Pokok pinang ada banyak


Ni permandangan kat belakang rumah...Siap ada kerusi duduk lagi...Memang cantik...Macam kat taman


My Ayah ngan cucu posing hihihi


Macam biasa...saya ngan adik last yang tengah tunggu result spm


Adril skang ni suka sangat posing...Rambut dia buat sendiri tau....Letak gel sume sendiri...Siap ada makwe lagi kat tadika nama nurin....aiii budak-budak sekarang ni kan


saja ja nak posing hohoho



My kakak dengan anak-anak dan chik...Chik kirim suruh beli tudung Fareeda...Kakak dah pos sepasang dekat chik...Mesti vogue sakan chik pi kenduri kat kampung hihihi

Wednesday, February 20, 2013

Apa itu Atkins Diet?




" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak"


Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

 Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance


Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.


Sumber: Bicikut





Cucur Udang Cheese - Atkins Diet

20 FEBRUARI 2013 (RABU)

Hari ni merupakan hari ketiga beratkins...Bangun awal pagi goreng telur :)...Sebab malu la nak brkfst kat kedai semata-mata nak makan telur mata 2 biji...Cashier pun senyum-senyum je time nak bayar huhuhu...Pagi ni buat telur dadar cheese dan telur mata untuk breakfast...Tengahari rasa macam nak makan tomyam hotdog+telur+sawi :) Tengok dulu macam mana nanti :)

Kat bawah ni menu untuk dinner semalam...Cucur udang cheese...Resepi ni otai atkins yang bagi....Tapi masa nak beli cheese tu...Make sure ambil cheese yang paling rendah karbohidrat tau...Senang dan cepat nak buat...Ni saya terblender lebih...Kalau boleh jangan blender sampai cair sangat...


Cucur Udang Cheese
Resepi:
8 ekor udang (saiz besar)
2 keping cheese
2 biji telur

Cara-caranya:
1. Blender kesemuanya
2. Bila dan sebati. Boleh lah digoreng
3. Cedok guna sudu untuk masukkan di dalam kuali
4. Sedia untuk dimakan panas-panas


p/s: Kalau yang tak mengamalkan Atkins Diet, boleh la cicah dengan sos...

Tuesday, February 19, 2013

Hati Berbunga


19 FEBRUARI 2013 (SELASA)

Hari ni ada perjumpaan khas dengan Ketua Setiausaha Negara di USM...Hari ni jugak merupakan hari kedua ber Atkins...Alhamdulillah masih kuat menepis dugaan makanan yang sedap-sedap...Ahad tu timbang berat 64Kg...Tadi saja la gi timbang berat...Pastu kan berbunga-bunga hati ni :))))))

Result: 61.6Kg
Cepat lah pecah no. 6 tu...Nak no. 5 pulak huhu
Mudah-mudahan :)
Dah balik keje nanti, nak main skipping lama2 :)
(Diet + Bersenam)

Monday, February 18, 2013

Semangat Berkobar-kobar

lunch time untuk hari ni
-Oldtown-

Tadi jalan-jalan terjumpa 1 blog ni yang mention menu diet atkins + jumlah karbo
seronok tengok pic owner blog ni yang dah berjaya dapat berat impian :)

Teruja tengok pic before & after
(tengok sebelah kanan, scroll bawah2 sikit)

Kalau nak tengok, sila click link di bawah

Friday, February 15, 2013

1 2 3 - FIRST STEP


 1st time makan bersama-sama after mer**** (10 FEBRUARI 2013)
Sebelum mer**** pun dah makan bersama beberapa kali dah :)




Him also give me this tissue...tissue hihihihihi :) :) :)

Thursday, February 14, 2013

Pijahat


Sangat best makan pizza di Kompleks BM
Orang tak ramai...so tak perlu tunggu lama untuk dapat apa yang di order :)


selalu order super supreme...kali ni order hawaian chicken....baru lah budak-budak makan...sebab nya tak der sayur kan....just ada nenas je....patut la sebelum ni depa tak berapa suka super supreme


yummmmmyyyy!!!!


golden plate....ada time Chinese New Year je!
yang kat depan sekali tu sotong tempura
kentang
garlic bread + honey + almond


wahida and adril
wahida la yang cakap pijahat = pizza hut sebab dia panggil kawan dia yang nama pija tu pijahat huhuhu


pas amik gambar ni....my sis tengok gambar....dia cakap macam duduk sebelah 'giant'!
sangat kureng kan.....hoho
tunggu la i selim nanti baru tau :) re-inducttion masih tak menjadi...tak tahan dugaan



Wednesday, February 13, 2013

Semangat Kenegerian :)


Dilahirkan sebagai manusia yang diberi peluang oleh Allah untuk merasa selim dan chubby adalah satu pengalaman yang amatlah berharga...Dilatih untuk redha dan bersyukur dengan apa yang dimiliki...Di samping berusaha untuk memperbaiki apa yang patut...Kalau tidak diberi peluang merasa chubby...Mesti saya tidak tahu alangkah susahnya untuk mencari baju yang sesuai dengan badan...Sebab time selim dulu, rembat je la baju apa pun mesti muat...Tak kisah lah beli kat kedai mana pun dan brand apa pun....Bila dah chubby, baru lah tau apa perasaan member-member yang chubby dulu selalu jeles bila tengok kita pakai baju yang comel-comel....Rupa-rupanya diorang boleh tengok je walaupun mampu beli...Sebabnya kalau diorang beli pun tak muat nak dipakai...Terima kasih kepadaNya kerana diberikan peluang menjadi chubby... :) Tapi bila dah chubby, jangan lah biar terus extra chubby...Kena la motivate diri untuk kembali ke bentuk asal...okes bentuk asal!

Kaki pulak...Sebelum ni kalau nak beli kasut...Terus pergi kedai...Tengok kiri tengok kanan... Okes! berkenan....Terus mintak SAIZ 6...Tak pernah tau masalah yang dihadapi oleh orang yang mempunyai kaki bersaiz besar...Pastu baru-baru ni saya teman my fren shopping kasut....Saya yang tak tau ape2 ni...Suggest la kasut tu kasut ni dan macam-macam kasut la....Mak aiii punya la susah nak beli kasut my fren ni...Semua yang saya berkenan dan dia berkenan, semuanya tak boleh beli...Sebab saiz kasut my fren ni limited dan ada kasut yang tak provide saiz tu....Baru lah saya tau...Tak pernah terfikir sebelum ni...Bersyukur dengan kurniaannya



uhhh comel kan! bersyukur lah korang dengan kaki yang flexible dengan apa jenis kasut pun!


Dah beli sepasang saiz 6...Pakai heel ni la yang i tergolek jatuh pajero depan PSDC.....tumit halus ni sensitip betol sangkut kat tangga pintu pajero....gedebuk macam nangka wangi hiuuu!!! cuba ada prince charming mai tolong sambut okes jugak....ni guard tu tengok je buat muka stresss!!!uhhhh sabar2....nasib baik tak da orang time tu...malu uuuuu walaupun muka ni dah lali dah dengan menda-menda yang memalukan diri sendiri ni heee ;)


GO! GO! ATKINS


My fren yang awet muda ni....'Linda'...Orang yang pertama saya kenal  masa lapor diri di Putrajaya dulu....1st jumpa dulu ingat dia anak dara okeh!


Kami dapat posting di jabatan yang sama dan kedua-duanya dari Penang....Maybe itu yang merapatkan kami sebab semangat kenegerian hihihi....Pastu bertolak untuk kursus Pengenalan dan Induksi pun bersama-sama...Kursus Pengenalan 'IKWAS' - naik bas sekali + bilik lain-lain....Masa Induksi 'INTURA' - naik kereta sekali + bilik pun sekali...

Time lapor diri dulu...dia datang jumpa saya dan pegang sorang budak...Saya tanya la 'ni adik ke'...Dia kata 'tak la, ni my 2nd son'...wow! memang tak sangka tau...Sebelum ni Linda ni free hair...Memang awet muda giler lah time tu...Skang ni dia dah ada 3 hero....Hot mummy kan :) Macam mana nak lawan Linda ni, i sorang pun belum ada baby...Dapat kembar 3 ok kot hihihi



Pas dah penat mencari kasut ofis si linda ni....Penat oh penat! terus cari Mac'D....ngap apa yang patut sedapnya twister fries tu weiyuuuuu




Apam Polkadot - Filling Strawberry


11 FEBRUARI 2013

CNY ni best kan boleh cuti lama-lama....Rehat kat rumah lama-lama.....Kalau dapat gi holiday lagi la best kan :) Cuti CNY kali ni duduk rumah je...Merayap pun dalam Penang je...My sis semua balik.....Tak ada apa nak buat, my sis ajak buat apam polkadot ni...Tu pun dia ajak buat sebab tepung instant yang my sis beli tu dah nak expired date kikikiki :) Disebabkan guna tepung instant, tak dapat la nak bagi resepi.... Senang bangat...Campur air je :)



Ni guna periuk pengukus yang dah berusia 33 tahun...Jenuh mencari baru jumpa....
Letak filling strawberry! Yummy! strawberry ni macam jelly...bukan jem ye



Comot banyak....ni 1st adunan ni



okes ni tengah kukus ni....Gatal tangan bukak penutup untuk amik gambar :)



Yang ni last adunan...Merapu je....Buat ikut suka hati :)



 Tadaaa! dapat 1 bekas..... :))))

Thelma Maxi Dress - Pink Peacock & Tako Tao


9 FEBRUARI 2013

Jalan-jalan di Queensbay misi mencari Tako Tao sebab dah lama teringin nak makan...Memang kerap datang ke Queensbay ni, tapi time ke sana mesti perut kenyang  sebab dah makan...So time tu tengok Tako Tao pun tak bernafsu la...Kali ni memang nekad nak beli jugak...Nak makan jugak before on diet...Kalau tak dapat! mau meleleh air liur nanti :)

Tako Tao ada 4 flavor...Boleh letak octopus, prawn, chicken & cheese atau pun 1 lagi tak ingat la...sory ;) Tapi yang jadi feveret, saya suka letak prawn and chicken & cheese...Sedap makan dan kenyang...Makan time panas lagi bessttttt!



Before on diet, bantai cukup-cukup...Tako Tao 2 set...Nasi lemak...Nugget ayam big size :)
Baca novel 'Lafazkan Kalimah Cintamu'

Dari pandangan saya, novel kali ni tak cukup aura untuk buat saya teruja....Latar cerita kalangan 'orang kaya' yang langsung tiada masalah kewangan....Masalah kasih sayang dan cinta merupakan motif utama...Pe pun tetap ada nilai murni yang disampaikan oleh penulis dan mesej nya sampai

 

 Ini la rupa Tako Tao bagi yang tak pernah makan...Sedap bangat!


ThePopLook

Yiehaa! dah beli 1pcs Thelma Maxi Dress - Pink Peacock...Sedap pakai dan pemakai akan nampak langsing ye...Maybe sebab effect getah di pinggang tu...Beli la...Memang best pakai :)



Terlupa nak snap gambar berdiri...Ada gambar duduk je...

ok...sempat jugak try kerudi urut ni...Best sangat LIVIA iSOFA brand TAKASIMA ni....price not bad around 2k...Ringan 30kg...So senang untuk mudah alih...Memang sedap lah duduk relax relax atas sofa urut ni...Hampir-hampir nak terbeli  :) Sebut urut-urut ni kan...adeh sakit-sakit lagi tau kaki dengan tangan gara-gara jatuh time nak turun kereta last week....jatuh sebab tersangkut heels hiuuuu adeh! sob sob sob



Monday, February 4, 2013

AWEK GENIUS JUMPA AWEK AYU


2 - 3 FEBRUARI 2013

1st time saya tido di Perlis...Tido di rumah mak mertua my bff...Kebetulan masa saya ke sana husband my BFF tak da kat rumah sebab ada bawak student program kat Thailand...So kat rumah tu semua perempuan la...So senang la nak bukak tudung dll...Dah lama tak tido sekali...Last tido sekali time dekat UUM dulu...

ok AWEK GENIUS DN AWEK AYU....tu gelaran masa kat ASPURI masa sekolah menengah dulu...masa tu macam ada klik tau...my klik semua ada gelaran..lebih kurang otai jugak...sebab senior kan...dah semua prefect...so memang lagak tak boleh blah la semua haha...bajet bagus je huhu:)....AWEK SPECKY, AWEK HENSEM, AWEK SPARCO, AWEK SUCI dan macam-macam lagi awek la....tak ingat dah....tapi yang paling tak boleh blah gelaran untuk my geng Huda 'AWEK TOMOK'....haha kesian ko Huda tak dapat kawen dengan TOMOK....kalau ingat balik semua ni memang boleh buat Novel Budak Setan :)......Tak tau la bila boleh jumpa semua...skang ni semua dah bertebaran kat pelusuk Malaysia ni :) Jumpa kat FB je la



ABC Tasik Melati

Sedappp....Tapi disebabkan saya tak suka bau air sirap...So makan tang susu tu je la....Yang lain semua my bff habiskan...Tapi memang sedapppp


Laksa Perlis di Nat Pokok Getah

Patut la ada orang Perlis cakap laksa Penang tak best.....Depa kata Laksa Penang kuah ceroi/cair...Rupa-rupanya laksa depa punya la pekat dengan isi ikan....sedappppp jugak....laksa penang pun sedappp....tak mau kalah kan :)))