1 JUN 2016 (RABU)
Memandangkan saya dan suami dah tahu Ajen rumah ni bermasalah/ scammer. Kami menjadi lebih teliti dan tegas dalam semua urusan. Acap kali saya meminta salinan agreement rumah untuk dibaca terlebih dahulu. Tapi bermacam2 alasan yang Puan Effa ni bagi. Susah nak email lah sebab tebal 12 pages. Tak boleh nak screen shoot wasap dan lain-lain alasan lagi. Dalam masa yang sama, saya cuba minta contact no. tuan rumah dan minta dari Puan Effa untuk berjumpa dengan tuan rumah. Sebab dalam hati saya, mungkin tuan rumah pun tak tau Ajen yang dia hire ni bermasalah. Tapi saya dimaklumkan oleh Ajen, tuan rumah tidak mahu berjumpa. Ini menambah-nambah kegusaran di hati saya. Dengan takut tertipu lagi *____*.
Kos yang perlu dibayar untuk masuk rumah sahaja adalah RM4400.00
Deposit 2 bulan - RM1200 + RM1200
Sewa rumah bulan semasa - RM1200
Deposit utiliti - RM400
Kos Agreement - RM400 (Gila kan)
Selepas conversation yang panjang dan Ajen still tak nak bagi salinan agreement, saya terus pass kat husband untuk dia pulak deal dengan Puan Effa tu. Ketika itu saya di Penang dan husband di Subang. Husband berbincang dan terus tanya berkenaan cara untuk keluar means nak stop sewa. Tengok! belum start duduk lagi rumah tu kitorang dah tanya cara untuk keluar. Penangan deal dengan Agen scammer ye. Ini untuk menjaga hak kita dan tidak mahu senasib dengan penyewa2 lain yang dah kena dengan mereka. Agen maklumkan boleh keluar anytime dan cuma perlu maklumkan 2 bulan awal dan deposit akan dipulangkan. Ok! Kami suami isteri pegang ayat ni. Tapi pada masa yang sama, Agen dah dapat rasa yang saya dan suami kurang percaya dengan mereka. Agen terus wasap agreement di antara mereka dengan tuan rumah/ Landlord. Dari sini saya dapat tahu siapa owner rumah dan saya google tuan rumah. Alhamdulillah saya dapat tahu tuan rumah seorang wanita sebaya saya dan merupakan seorang penjawat awam daaannn juga berasal dari kampung sebelah dengan husband saya.
Salinan agreement still tak dapat tapi dah sejuk hati sikit sebab dah tau siapa tuan rumah. Finally, husband set date untuk pergi tengok rumah, sign agreement dan bayar deposit rumah.
Hari yang dijanjikan, husband pergi tengok rumah dan bukan Agen yang datang ye sebaliknya runner. Runner explain agreement yang ringkas ya amat dan husband bertegas sekali lagi pasal deposit tu dan runner jawab jawapan yang sama macam Agen. Deposit pun dibayar dan dalam tempoh 2 minggu lagi kami akan masuk rumah tu.
Keesokan harinya, Agen wasap saya senarai yang perlu di repair sebelum kami masuk. Semua pembaikan akan dibuat oleh mereka dan tikar getah juga akan dipasang oleh mereka. Rumah ni lantai simen ye dan rumah kosong. Kawan-kawan saya cakap mahal! Senarai untuk repair tu banyak termasuk cat rumah. Tetapi tak lama lepas tu, Agen wasap semula dia cakap tuan rumah kata tak perlu cat. Saya tanya kenapa? (Dah kita bayar mahal kan. Cakap dalam hati je ni). Agen cakap tak tau lah tuan rumah ni. Macam hint nak bagi tau sesuatu pulak. Ok <____>
Nak habiskan dalam part 2. Tapi panjang lagi la. Huhu
Bersambung lagi....
yui bc pun mcmm byk mslh je ni..huhuuh dugaan sgguh ni
ReplyDelete