Thursday, January 31, 2013

Nasik Kerabu lagi dan lagi

27 JANUARI 2013 (AHAD)

Makan nasik kerabu di Arau dengan my bff...Restoran ini di belakang CMart Arau....Nasik kerabu dia boleh tahan la tapi tak berapa kaw hoho....Nasib baik la pasar malam dekat rumah ni jual nasik kerabu yang marvellous...So tak ralat la kalau makan kat tempat lain tak kaw kan...Rasa macam nak kena belajar la buat nasik kerabu ni beserta aksesori-aksesorinya...

Macam biasa...bila jumpa dengan BFF ni banyak benda yang dibincangkan....Ceh! bincang ke? Melalut je kot banyak....Cerita pasal family dia maklum la kan orang dah ada suami...Anak pun dah nak masuk dua.....i jugak yang bujang trang tang tang :)


Pastu hari selasa 29 Januari 2013 attend seminar dekat Bayview....Yang bagi talk ni mat saleh Mr. Brian Marson...Beliau ni merupakan co-founder & senior fellow Citizen Centred Service, Canada...Seminar ni tentang apa? Tentang 'One Stop Service Centre' khusus untuk penjawat awam...Ramai jugak yang join terdiri daripada kakitangan negeri dan persekutuan....Banyak ilmu yang dapat tapi disebabkan lupa nak bawak my spectacles...tak dapat la nak tengok slide kat depan :)

Tuesday, January 29, 2013

FAREEDA oh Fareedah

Alahai......FAREEDA oh Fareedah

Memang hebat penangan Tudung FAREEDA ni....ingat lagi dulu saya ni la penentang tegar bila my sis pakai tudung FAREEDA ni....saya cakap pakai tudung mahal la....tudung kanak-kanak ribena la sebab colourful kan....pakai tudung pasar malam lagi best la....macam-macam lagi la....tapi skang ni tak pasal-pasal dengan saya saya pun dah berjangkit...

Apa yang saya boleh cakap....tudung FAREEDA ni memang mahal tapi berbaloi-baloi....Dari segi keselesaan, matching warna, kualiti dll...Sebab tu pengikut-pengikut FAREEDA ni sanggup tunggu tido di kaki lima kedai semata-mata nak beli tudung FAREEDA kan...Tapi saya dengan my sis tak la se tegar tu....Habis-habis pun sanggup kuar awal dalam kol 9.00 pagi untuk datang ambil nombor giliran...Kedai open kol 11.00 pagi....Nasib baik FAREEDA Permatang Pauh ni dekat dengan rumah....Tak la rasa bias sangat kan...


Pelanggan yang perempuan ramai...Yang lelaki pun ramai....Maybe nak tolong/support wife dorang untuk beli...Sebab FAREEDA ni menghadkan pembelian...Means permintaan melebihi penawaran...Sorang pelanggan boleh beli 2 tudung je...Jadinya yang mana bawak husband tu boleh la dapat 4 tudung...Husband pegang 2 tudung, wife pegang 2 tudung...Sporting nye husband-husband depa ni kan....Kita yang tak der husband lagi ni...sabar je la :))))



1 lagi....melalui sistem pembelian bernombor ni....untuk satu sesi, 15 pelanggan akan dibiarkan masuk serentak bagi membuat 1 pembelian...masalahnya di sini, pelanggan perlu membuat pembelian dalam masa 10 minit SAHAJA...Dasyat oh! Means korang kena cepat-cepat pilih dan cepat-cepat buat decision dan cepat-cepat bayar....huh penangan FAREEDA ken! Rasanya pihak FAREEDA buat semua ni maybe sebab nak jimat masa dan nak bagi line beratur tu cepat bergerak...So siapa-siapa yang fussy buyer tu tak digalakkan la...or yang fussy tu boleh tak jadi fussy sebab penangan tudung FAREEDA ken :)


Ni la hasil rembatan...2 helai tudung cap FAREEDA *_____*



Friday, January 25, 2013

My Asam Laksa


25 JANUARI 2013 (Jumaat)

Lunch dekat GeorgeTown White Coffee je....Sebab teringin nak makan asam laksa...Tapi makan sikit je tak luak puan...Sebab tekak tak boleh accept...Rasa memang lain habis macam yang dah makan sebelum-sebelum ni...Pastu apa lagi bantai makan yang my fren punya....Nasib baik burger dia besar...Dia devide 2 sebab burger tu besar sangat....Dia makan half dah kenyang....Saya makan suku je tu pun dah terkial-kial....So kedua-dua makanan tak habis dimakan....Air laici best!


Besar giler burger tu....Makan 2-3 orang pun boleh...Tapi kalau perut saiz besar kena makan sorang je la :)


Pas dah kenyang....Pusing-pusing di Popular...Ikut hati macam nak beli semua novel....


Cantik kan kaler buku ni....Kaler je ok ;)


Puas mencari-cari, at the end beli buku yang ada kilat tu....last month cari tengok semua dah sold out....tadi ada terus beli....next NOVEL karya Siti Rosmizah jugak 'Lafazkan Kalimah Cintamu'....pe pun saya jatuh cinta dengan Dr. Khuzairi je :)))



Perarakan Maulidur Rasul 1434H Negeri Pulau Pinang

24 Januari 2013
11 Rabiulawwal 1434H

Kali terakhir masuk perarakan ni masa kat UUM dulu...Masuk mewakili Kolej Kediaman Pelajar...Tu pun time Sem 1 junior lagi kan...Pastu pencen dah....Ni masuk as a government staff....Memang rasa lain....Dah lama tak berkawad/jalan-jalan ni....Peserta lelaki dapat 1 suit baju Melayu lengkap...Yang perempuan pulak dapat baju kurung dengan tudung...Majoriti semua jabatan pakai sedondon... Kesemua yang masuk perarakan ni ada 60 jabatan...Memang best!



Masa ni belum start perarakan....Masih menunggu....Jabatan saya ni kontigen kedua yang akan berarak selepas VVIP berarak....Cepat berarak cepat sampai kan :) Berjalan lebih kurang dalam 2.5km...Tapi tak terasa pun jauh....Rasa dekat ja



Me & my ofismate


Serius terasa macam mokcik-mokcik dalam pic ni ken



selawat nabi yang dibekalkan setiap orang.....ada typo error kat Negeri

Petanda Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita



Gunakan seluruh pancaindera, Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”
 
 
Sumber: Lovely

Wednesday, January 23, 2013

Kuih Bulan


Teringin nak makan kuih bulan...Seumur hidup tak pernah makan kuih bulan...Next month Chinese New Year kan....Nak gi cari lah....Jangan risau....Cari lah yang halal.... Cari yang telah diikhtiraf oleh JAKIM.... tak sabar nak makan....sedapnya!

Monday, January 21, 2013

Tom Yam Pedas or Sup Ayam! Which one?

Yong Tau Fu 'Tom Yam Pedas'


Yong Tau Fu 'Sup Ayam'



Kalau makanan, hari ni makan tom yam pedas
esok boleh makan sup ayam

Kalau berkenan baju,
pegang 1 cantik, pegang 2 pun cantik
boleh beli kedua-dua nya

Kalau berkenan kereta
Kereta ni cantik tapi mahal
Kereta ni biasa-biasa je tapi under budget
Boleh ambil yang patut-patut dulu
Tua-tua nanti beli la keta mahal

Kalau manusia,
bagaimana harus memilih
yang pastinya.....tetap hanya 1 yang perlu dipilih


Friday, January 18, 2013

Haunted Adventure ::: Rumah Hantu

INDOOR: HAUNTED ADVENTURE & RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT
TICKET:
RM28 (HAUNTED ADVENTURE)
RM39 (HAUNTED + RIPLEY'S)
RM22 ( RIPLEY'S MUSEUM)

Nak story pulak pasal Haunted Adventure Genting Highland ni....Dah nama pun Genting, mesti la banyak cerita hanxx hanxx kan....Pastu gatal lagi nak masuk rumah hantu!....salah sendiri la kan....Sebenarnya saya dah lama teringin nak masuk tengok apa yang ada dalam rumah hantu ni....rasa macam enjoy enjoy best best ja (gelak-gelak)....Pastu masa 1st night kat genting tu, kawan kakak yang tinggi sekali tu ajak masuk...Fikir punya fikir...nak masuk ke tak...malam pulak tu....pastu nak tido kat First World pulak tu.....Hadoih berpeluh den...so semua cancel masuk rumah hantu

2nd day, siang dalam jam 1.00 tenghari....kami semua dah boring-boring so semua decide nak masuk Haunted Adventure ni...time tu rasa macam best-best ja....Sebab tengok hantu kat kaunter pun kelakar ja....Boleh gelak guling-guling sebab hantu  tu entah apa-apa...

Pas bayar tiket, orang kat kaunter tu cakap....'adik...nanti masuk....jangan nangis-nangis tau' cakap slang bangla....rasanya semua staf + hantu kat situ orang hindustan kalau tak silap

ok...1st tu korang kena naik lif kayu ni untuk sampai kat rumah hantu...kalau nak tengok real lif kayu ni....korang tengok pic 1st...ada bongkah kayu macam tengah naik esculator tu...amacam...seremmm tak nampak


bila dah sampai kat atas....korang akan dibekalkan dengan sorang satu M16...wow! ganas kan....
Fungsi M16 ni untuk menembak hantu kononnya la....Kami yang lurus bendul ni pun guna la....Tapi sebenarnya korang jangan tertipu....M16 ni mengeluarkan laser & bunyi....So bila dalam gelap, hantu-hantu pengacau ni senang la nak detect korang kat mana kalau nampak lampu dan bunyi.....ada faham! menyesal tau masuk huh


Abang pocong lapar ke :D

Kak Pontianak cantik

ok...sebelum masuk kat dalam rumah hantu yang memang hantu tu.....dalam kepala imagine hantu cam 2 orang kat atas ni la...disebabkan kat atas ni hantu tipu....jadinya penjodoh bilangan yang sesuai adalah orang....kalau letak gambar hantu betol baru guna ekor kan...kan betol tak.... time tu memang dah set dalam kepala hantu tu orang orang orang...

pastu sekali dah masuk.........semua pakat bertolak-tolak sapa nak masuk dulu...so kita bagi yang excited nak masuk tu masuk dulu....so bagi tikah masuk dulu, pastu gee, saya and my sis...korang kena jalan macam melalui lorong pastu kena turung tangga dan macam-macam la.....sekali punya la terkejut....keluar hantu kot dinding....tudia semua pakat menjerit tak ingat dunia....lari lintang pukang la semua...seb baik jalan tu selorong je...kalau lari pun still ada sama-sama la....huh letih tau!...sebenarnya hantu-hantu tu tak scary mana pun...cer tengok hantu macam kat dalam pic bawah ni....tapi disebabkan persekitaran dan situasi rumah tu....dengan hantu dok ikut belakang my sis lagi....memang seraammmm.......time tu dah tak boleh fikir dah yang hantu tu sebenarnya orang....time tu cepat la keluar rumah hantu ni...sebab pintu masuk dan pintu keluar lain-lain okeh.... 

akhirnya berjaya keluar dengan sihat dan bahagia....posing jap dengan encik hantu...
encik 2 orang yang belakang tu tak kenal okeh....check-check pic ada mamat 2 orang ni....nyibuk je kan!
yang pastinya....cukup la sekali den masuk rumah hantu nih....tak akan masuk dah rumah hantu dan yang seangkatan dengannya.....huh!

Jalan-jalan di Genting Highland Theme Park, Malaysia ;D

tengok orang lain ber peplum...saya pun nak try ber peplum....dah pakai ok je selesa....tapi tang perut tu dah jadi pelam kan uhuk uhuk uhuk

Hari ni dah 18 Januari 2013...Sekejap je kan dah masuk hari Jumaat...Esok dah cuti :D ok skang ni baru ada mood nak cerita pasal pergi holiday dengan kakak & kawan-kawan dia....Bidan terjun je ni sebab kebetulan sorang kawan kakak ni tak dapat pi....so kakak ajak la sebab hotel semua dah booking kan....tiket & makan pun disponsor okeh...sebab saya tengah kering huhu....kan baru balik kl new year ari tu so banyak la menghabiskan duit kat sogo dll :)

13 - 15 JANUARY 2012
Penginapan: 1st World Hotel, Genting Highland
Outdoor Ticket :
RM38 (Digi user dapat less)
RM54 (Normal Price)

sape-sape yang nak gi Genting, make sure guna no Digi okeh!

Pergi berempat
Wawa Syaida, Kak An, Gee & Tikah
(Mintak tolong abang hindustan amik gambar ni, dapat from pinggang je ken)


Ni kali ketiga berhuha-huha kat Genting....Tapi ni 1st time gi sana time hari biasa...Means bukan cuti sekolah/cuti umum dll....Orang tak ramai sangat....So nak main outdoor tu senang la...Tak perlu beratur panjang....Sampai-sampai je dah boleh naik....So pendek kata, kalau korang ni gila main and nak main semua permainan yang ada kat Genting tu....Make sure pergi sana hari biasa tapi kalau time korang gi tu hari hujan tak dapat la den nak menolongnya hoho...


tengok...lengang je kan....memang best....pernah gi sana sekali tu cuti sekolah....hadoi....nak naik roller coaster kena tunggu que sejam huh...pergi kali ni termampu naik 6 permainan...pastu tak larat nak main dah

1. Pirate Ship (2 kali main)
2. Pirate Train
3. Grand Prix Fun Kart (Go Kart)
4. Flying Coaster (Roller Coaster)
5. Monorail (Ulat Beluncas)
6. Matahari (Buaian pusing-pusing)


kali ni jugak kabus memang tebal....sampaikan ada permainan yang dorang stop main....sebab kabus memang tebal tebal tebal ya amat....cakap pun kuar asap tau....macam kat oveeeersea :D...tapi kan dalam sejuk-sejuk tu pun boleh melantak ais krim lagi hihihi


Matahari (Buaian Pusing-pusing)
Sambil makan ais krim naik buaian ni....My sis gayat....so saya duduk dalam buaian tu kena duduk diam-diam tak boleh bergerak....sebab kalau buaian tu bergoyang sikit pun, my sis dah jerit-jerittt huh



naik Pirate Train....tak best!


 Grand Prix Fun Kart (Go Kart)


pastu dah penat main, jom kita posinggggg
kami semua memang suka posing ye...so memang total pic ribu riban lah


posing dan posing...ni tempat wajib neh kalau nak posing....tipu la kalau sapa-sapa yang gi Genting tak posing kat sini ken :D


tak pernah miss posing kat sini....baju je lain-lain hihi

ni dalam monorel ulat beluncas...orang suruh naik tengok permandangan kan....yang kitorang ni naik posing memanjang huh huh huh


with my sis yang bersaiz kecil dari adiknya uhuk uhuk uhuk
dulu same saiz okeh...tercabaqqq ni
my sis dah ada 2 org anak.....anak 1st dah nak masuk darjah 1....tapi semua orang dok ingat dia form 5 uhuk uhuk uhuk





tengokkk...atas esculator pun nak posinggg

dah letih posing....kita makan dulu.....nasik oh nasik
sokonglah barangan tempatan
I love Mayyrbrown :D




I LOVE PEPLUM TOO :D

Next entry nak cerita pasal masuk rumah hantu....pasni kalau bagi tiket free pun memang tak masuk dah! seremmmm...........

Thursday, January 17, 2013

'Cabaran 5 hari' - Kebaikan bermain skipping


'Cabaran 5 hari' starting from today....Semalam skipping rope yang saya order online tu dah sampai...Semangat tau nak skipping....Skipping rope yang guna sebelum ni patah kat pemegang tu...Tak tau la kenapa? ganas sangat kot :D....ada baca dari blog lain, blogger tu pemain netball kalau tak silap....dia ada mention pasal skipping ni....coach dia cakap, bermain skipping juga dapat menurunkan berat badan kalau kita amalkan sebagai amalan....means kena istiqamah la....mula dari 10x lompat, 20x lompat dll...sampai boleh dapat 100x lompat sehari dah kira ok....tapi jangan la menyeksa diri....ikut kemampuan +____+ Lepas dah skipping tadi, kita kena minum air banyak-banyak (air kosong/air mineral) sebab kita dah loss water thru our sweat kan....

Ingat tak masa kecik-kecik kita suka main permainan ni dengan kawan-kawan....Dalam permainan tu kita kena lompat lompat dan lompat...syaratnya lompat tak boleh kena tali tu.....siap ada lagu lagi kan :)

Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba,
Anak kambing patah kaki,
Anak kambing pandai menari.


Kebaikan bersenam dengan bermain skipping
1. Lompat 10 minit = berjalan selama 8 minit.
2. Lompat selama 1 jam = membakar 1000 kalori
3. Kuatkan hati, jantung & dapat turunkan kolestrol
4. Mengawal tekanan darah & mengurangkan risiko sakit jantung
5. Untuk mengatur pernafasan
6. Menurunkan berat badan dengan cepat
7. Melatih otot kaki, dada, tangan dan bahu

Diet hancus sebab puas melantak kat genting hihihi....re-induction again huhuhu

Semalam dah makan siap-siap apa yang teringin....sebab harap-harap la kan time diet tu tak der la teringat menda-menda alah yang sedap-sedap ni......(no rice, no sugar, no flour, no sauce)