Thursday, March 27, 2014

Gambar Akad Nikah lagi


27 MARCH 2014 (KHAMIS)

Sory lah dah 1st pic dah tunjuk kaki ^_6 
Tak habis-habis lagi entry akad nikah :)
Tapi tak tau nak tulis apa dalam entry ni
Layan gambar aje lah ye
 






 Susah sungguh nak tengok Mr. A senyum ^___^








 Time ni dah penat posing....Mr. A pun dah bukak songkok
OP suruh posing sikit-sikit lagi


 Tak tau lah gaya apa ni haha



Ehem ehem ^_____^




Tuesday, March 25, 2014

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA DAN PENUMPANG MH370

 25 MARCH 2014 (SELASA)


Semenjak dua menjak ni rasa dah tak bersemangat nak post entry...Saya ni kalau susah hati, memang tak dapat ber blog...Tak tau susah hati sebab apa...Bila difikir-fikir maybe sebab MH370....MH370 yang membawa dengan jelas nama MALAYSIA di luar pesawat tersebut...

Walaupun tak ada family tang terlibat, tapi memang rasa susah hati....Maybe lumrah hidup sensitif kita sebagai seorang manusia, sebagai seorang Islam, sebagai seorang rakyat Malaysia...

Semalam tido awal...Lepas Isyak terus tido....Bila jaga tengah-tengah malam lebih kurang dalam kol 3.30 pagi....Hujan lebat sangat time tu....Husband cakap MH370 dah jumpa....Saya tanya la jumpa kat mana....Husband cakap PM dah announce...

Bila dah tau macam tu, terus rasa sedih....Terbawak-bawak :(....Kita sebagai manusia dan umat Islam, saya faham kena terima takdir ini dengan redha dan salah satunya beriman dengan Qada' dan Qadar...Tapi jauh di sudut hati, saya sangat-sangat ingin tahu apakah yang sebenar-benarnya terjadi....Adakah benar-benar terhempas kerana bencana? atau apa? Bagaimana pilot, krew, penumpang menghadapi semua ni? Macam-macam yang menjadi tanda tanya dalam fikiran?

Ya Allah...Hanya Engkau dan penumpang-penumpang di dalam itu sahaja yang mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku....Al-fatihah..

Peringatan oleh Allah kepada umatnya supaya muhasabah dan menginsafi diri :(





Wednesday, March 19, 2014

INTRO HONEYSTAR : LANGKAWI ISLAND & BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

  PULAU LANGKAWI, KEDAH
10 - 13 FEBRUARI 2014
4 HARI 3 MALAM

Best sangat....Rasa nak pi lagi....Langkawi memang rasa tak pernah jemu kan walaupun dah ke sana banyak kali....Sampai sekali tu cakap kat Mr. A, best kan kalau mintak posting kat Langkawi....Sebab time tu memang ada kosong kat Jabatan Koreksional something...Tak ingat full name....Tapi bila fikir-fikir balik, kalau dah duduk sana, mesti dak tak rasa heaven sebab hari-hari dok pandang Idaman Suri dan Ismail Group...Opps! ^___^


 
 Pic kita sorang je...Macam biasa, Mr. A jadi photographer tak berbayar...Ni simple entry je tau....Nanti InsyaAllah kita review one by one kalau ada masa terluang..InsyaAllah sekali lagi

 Orintental Village, Cable Car


 Island Hopping, Tasik Dayang Bunting

Nampak macam kulit muka flawless sangat kan....Yang ini guna camera galaxy note


 Yang ini guna Nikon DSLR


  Mr. A...Nasib la kan....Dah semua gambar tak mo senyum....Kita tepek gambar ni lah kan





 *******************************




 BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT
22 - 23 FEBRUARI 2014
2 HARI 1 MALAM

Saya dan Mr. A plan last minit nak ke sini....Booking bilik by Agoda...Seriously sangat-sangat berpuas hati dengan servis Agoda...Murah ya amat compared dengan booking di kaunter...Kalau sampai dah beza RM100++, tu dah kira murah bangat kan ^_6 Ada sebab kenapa saya berpuas hati sangat, nanti saya story...Cara dorang entertain saya yang tiba-tiba tukar keputusan nak upgrade bilik dari supperior ke deluxe...Dah lah booking last minit, pastu nak tukar types of room pulak kan....Dah beza harga sikit sangat, haruslah tak dilepaskan peluang ^___^....Memang Alhamdulillah puas hati! Nanti saya story k!


 Macam biasa, gambar saya sorang-sorang



Last day, nak balik dah...Pakai Thelma Maxi Dress dari Poplook
Memang best! Semua best lah ^___^






Tuesday, March 18, 2014

Majlis Akad Nikah Saya :) Najwa & Azahar 12 Januari 2014

12 JANUARI 2014 (AHAD)
10.00 PAGI
TERATAK AYAHANDA
BUKIT MERTAJAM, NEGERI PULAU PINANG

Hari yang dinanti telah tiba....
Di saat ini tengah nervous tau menunggu rombongan dari pengantin lelaki sampai. Nervous nervous pun sempat lah posing 2 3 das hihi...Majlis akad nikah ni dijadualkan berlangsung pada jam 10.00 pagi. Tradisi keluarga, majlis akad nikah diadakan awal seminggu dari majlis resepsi. Majlis ini hanya dihadiri oleh saudara-mara sahaja dan jiran-jiran terdekat sahaja.



Ini lah pelamin DIY saya ^___^




LAFAZ AKAD

Alhamdulillah pengantin lelaki dan tok kadi sampai seperti masa yang dijanjikan... Pengantin lelaki sapa ni? ^___^


Tok kadi sedang memberikan penerangan kepada Mr. A


Time ni muka cuak je kan...Sebabnya plan asal saya tak duduk situ....Saya duduk tempat lain...Tapi tiba-tiba tok kadi panggil suruh duduk dekat...Haa tu yang terus muka tak mo senyum tu
Cousin (my photographer) pun cakap, awat la semua muka masam ja ^_6....


Akad dilafaz, dan ketika ini, Mr. A sudah bergelar suami saya haha..Ayat brutal kan
Ayat sopan sikit, saya sudah bergelar isteri Mr. A yang sah...


Mr. A sedang membaca lafaz taklik



Tok kadi membaca doa tanda bersyukur telah menyelesaikan majlis dan mendoakan pengantin baru ^___^


Time ni kan rasa betol ke aku dah kawen ni ^___^


Menandatangani dokumen kahwin


Alhamdulillah selesai



Disaksikan oleh semua sanak saudara sebelah saya dan sebelah mertua

Ayah saya  ^___^









MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG

 Nampak tak, kita senyum sorang-sorang
Mr. A serius sokmo...Macam kena kawen paksa
Tentera memang susah senyum kot kan ^_~


Mr. A menyerahkan mas kahwin dan hantaran


Membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan cincin
Kita senyum sorang-sorang lagi


Kali pertama bersalaman dan bersentuhan
Bersyukur kepada Allah kerana kami berjaya membataskan apa saja yang dilarang semasa berkawan dan bertunang... Alhamdulillah
Seriously, kita akan rasa bahagia sangat bila bersentuhan secara sah


Ehem-ehem...Tak boleh tunjuk ^___^
Cer tengok, serius sokmo Mr. A


Hihihihi...kita yang tak tahan nak gelak...opps!





SUAP PULUT KUNING

Pulut kuning dua tingkat yang sangat cantik
Sayang nak makan dan nak potong


Potong tipu-tipu je ni


Anak-anak sedara yang tak sabar dan teruja tengok pulut kuning tu
Kat side saya, anak sedara saya 4 orang
Kat side Mr. A, anak sedara Mr. A yang 2 lelaki tu, yang perempuan tu sepupu Mr. A





POSING HIHIHI ^___^

Team Mak Jemah!
Dengan kakak-kakak dan adik bongsu
Semua pakai henna...Tiru kita la tu!


Nampak tak caption yang saya pegang tu
Hihi mata tengok ke atas
^___^


 Best kan ramai adik beradik pompuan ^_6


Anak-anak sedara memang suka sangat dengan props ni
Tu yang sanggup posing tu
 Kalau tak, jenuh nak mengumpulkan 4 orang ni amik gambar

Anak-anak sedara Alang yang comel





SESI BERGAMBAR DENGAN KELUARGA DAN KELUARGA MERTUA





Dengan adik bongsu saya


Dengan adik ipar bongsu




MAKAN NASIK MINYAK KENDURI SENDIRI ^___^


Makan nasik selepas penat posing
Sedap sangat rasa nasik ni sebab dah 2 minggu buat atkins diet time ni ^___^


Tengok, sampai ke sudah muka Mr. A kita serius


Dulu sorang

Sekarang dah berdua ^_____^




























Nanti kita share pic outdoor pulak k 

^______^