Wednesday, December 30, 2015

Hari-Hari Rasa Nak Ber Blog

Tuan Tanah memang suka letak pic besaq2 ;)
Thanks instabeauty meng glowingkan muka saya dengan adik :)


30 DISEMBER 2015 (RABU)
12.55 TENGAHARI

Assalamualaikum 
Bila ada masa lapang, rasa nak ber blog sangat. Rasa nak aktif macam dulu. Best kan.

Alhamdulillah. Sekarang ni rasa hati agak tenang. Syukur sangat. Balik rumah boleh mengadap anak dan suami dengan tenang. Dah tak serabut macam time mengandung dulu. Sebab dulu Allah dah hadiahkan ujian dalam hidup dengan bebanan tugas/kerja yang kadang-kadang rasa tak tertanggung. Nasib baik husband faham dan jenis melayan je bini dia nak membebel itu ini pasal keja. 


Tapi bila berada dalam situasi tu, selalu pegang ayat ni;
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah al-Insyirah: 5-6).


Tak best kan story cerita-cerita yang tak best. Sebenarnya, wawa berangan-rangan nak share pengalaman bersalin ceaser tu. Sebab part wawa lalui after bersalin tak smooth macam orang lain. Time tu jenuh jugak meng google nak cari apa yang wawa lalui tu. Langsung tak jumpa. InsyaAllah nanti wawa share sebab maybe boleh membantu kawan-kawan lain yang senasib.

Skang ni sakit semua dah hilang, dah tak rasa sakit-sakit bersalin tu. Melayan anak membesar je. Dan dah ada hati nak mengandung lagi oppsss.... (^_^)


Pastu, banyak betol la pic-pic kenangan/ makanan/ bercuti yang save. Sebabnya nak share kat blog. Tapi tak ter share-share pun lagi. InsyaAllah. Akan cari jugak masa nak ber blog. Rasa macam sayang sangat kenangan-kenangan tu kalau habis macam tu je. Rindu semua :)



Dengan kakak-kakak dan adik bongsu
Parent datang melawat saya kat Putrajaya



My cayang. Nur Amalin Aisyah. 
Suka dia sepupu sepapat ramai melayan dia. Selalu bertiga dengan ibu abah je :)