Wednesday, September 25, 2013

J.L. Gourmet Cafe, Prangin Mall

Source: Google
 
20 SEPTEMBER 2013 (JUMAAT)

Pada hari jumaat yang lepas, saya dengan ofismate macam biasa jalan-jalan cari makan....Sebab lunch time untuk hari jumaat tersangat lah panjang....Jadinya, boleh lah duduk-duduk sambil makan-makan sambil sembang-sebang sambil lama-lama haha....J.L Gourmet Cafe ni sebelum ni kitorang memang tak pernah perasan kewujudannya...Even memang selalu jalan-jalan dalam Prangin Mall ni tapi memang tak pernah tau...Saya rasa maybe location cafe ni agak tersorok...

J.L. Gourmet Cafe ni menawarkan menu western food.... Boleh pilih samada nak set meal atau ala carte...Disebabkan saya 1st time ke sini...Jadinya saya cuba combination set meal...Ada Starter, Main Course dan Dessert dengan harga RM19.90...Sangat berbaloi-baloi ^____^



 Starter
Mushroom Soup

 Main Course
Fish and Chips
-Saya punya- 


 Main Course
Panfried Dory Fish Almondine
-Ofismate punya-
 

Dessert
Ice cream Vanilla
Boleh pilih flavour...Ada jagung, butterscoth dan banyak lagi....


 ^_______^


 

Friday, September 20, 2013

Sepanjang Jalan Menyelusuri Negeri Perlis Indera Kayangan

14 SEPTEMBER 2013 (SABTU)

Aiii rasa macam dah lama tak berbelog dan tak mengomen kat entry kawan-kawan...Malam ni InsyaAllah akan menjengah blog kawan-kawan semua ^___^

Ni nak cerita perjalanan saya ke Negeri Perlis Indera Kayangan.... Tujuan utama ke sini sebab nak pergi kenduri member kawen...Cerita pasal kenduri member tu next entry ye...

Skang ni cuci mata tengok gambar-gambar pemandangan Negeri Perlis yang aman damai dan menyejukkan mata ni...Saya suka jalan raya dengan pokok-pokok macam pic kat atas ni...Rasa best sangat ^____^




Wang Kelian










Friday, September 13, 2013

Falah Abiyana DOUBLE PEPLUM

12 SEPTEMBER 2013 (KHAMIS)

Pakai baju Falah Abiyana ke office hari ni...Ni merupakan kali kedua pakai...Sepatutnya hari khamis kena pakai batik kan....Slumber je pakai baju cotton plain ni ^___^

 Types: Double Peplum
Size: XS
Colour: Grey Pink
Online Shop: Falah Abiyana
Scarves: Fareeda

Sangat selesa pakai baju ni...1st time pakai time ke kursus kawen minggu lepas....1st impression kakak-kakak tengok saya pakai baju ni kan ^___6....Kakak-kakak kata macam baju ibu mengandung la huhuhuhu..Tapi seriously sangat best pakai :D


Sila tahan nafas dan kempiskan perut hihi ^___^ 

Bagi yang berminat dengan baju plain macam ni...Boleh terus ke website  

^_______^



Nak tunjuk jugak tu :D
Ni menu breakfast dan lunch untuk hari khamis
Nasik lemak dan Claypot Chicken Rice...
Hari Nasi Sedunia haha
Macam mana nak selim melim ni kan ^____6







Thursday, September 12, 2013

MAGIC KITCHEN - 1ST AVENUE PENANG


11 SEPTEMBER 2013 (ISNIN)

Alhamdulillah dah beransur sihat ^___^...Tekak pun dah ok hasil penangan makan tom yam super duper pedas...Ok kali ni nak tunjuk location kat mana nak cari tom yam sedap ni...

MAGIC KITCHEN
1st Avenue, Penang
4th Floor

Kalau orang Penang tu, leh la terus jengah kat 1st Avenue...Magic Kitchen ni lebih kurang macam food court je...Selalunya, government staff yang keja kat Komtar lah yang ramai....Banyak variety food kat sini...

Saya ni hantu tom yam...Jadinya, pi balik pi balik memang order menu yang sama la ^___6....Nekad nak gi kelas masak makanan thai before kawen ni...Tapi tak tau la betol-betol menjadi or tak...Dah survey sikit-sikit location dan yuran untuk kelas memasak tu :D


Menu untuk hari ni :)
Sizling Yee Mee
RM6.50


Tom Yam Super Duper Pedas
RM6.50



Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday - WANITA

 

A woman is like a tea bag,

 you never know how strong it is 

until it's in hot water

 

 

Tuesday, September 10, 2013

SURISARA.COM dan DEMAM


10 SEPTEMBER 2013 (SELASA)

Hari ni tak berapa sihat....Demam :(... Tapi still masuk office jugak sebab ada kerja nak kena settle...Tak pe lah abaikan isu demam tu...Nak cerita pasal saya ada beli top dari SURISARA.COM...Dah sampai last week...Hari ni baru ada peluang nak pakai sebab hari ni saya bercuti...Jadinya masuk office tak perlu pakai formal lah...Just smart casual...



Huhu jangan marah....Tak ada gambar full la hahaha
Sebabnya buruk benar rupa tuan blog ni kalau demam

Letak gambar tangan baju cukup la kan ^___6...Nanti dah sihat, kita posing sekali lagi k pakai top SURISARA ni




Ni ubat saya untuk sakit tekak...Saya kalau kena ulser or sakit tekak...Ubatnya kena makan something yang pedas...Baru cepat baiknya



Pastu beli roti kat subway
Dah settle keja...Terus balik rumah....
Doakan semoga saya sihat esok dan boleh buat kerja di office macam biasa

Salam sayang untuk semua yang berkunjung ke blog 'Wawa Syaida'





Monday, September 9, 2013

Kursus Kahwin - MASJID PERDA


7 - 8 SEPTEMBER 2013 (SABTU - AHAD) 
8.00 PAGI - 5.00 PETANG
MASJID PERDA, BUKIT MERTAJAM

    Alhamdulillah dah selesai 1st step dalam penyediaan legal document untuk urusan Ijab dan Qabul nanti...Sekarang ni tinggal lagi 3 dokumen yang perlu dibuat dan disediakan....

     Apa perasaan lepas menghadiri kursus kahwin? Hohoho malu la nak cakap...Terus rasa nak kawen ^___^ Hihi tipu je...Perasaan sebenar saya adalah lebih kepada rasa takut dan berdebar...Sebabnya perkahwinan ni bukanlah 1 benda main-main....Perkahwinan ni menuntut kesefahaman yang tinggi, sabar dan redha di antara pasangan...


Maka Imam Sufyan pun berkata:

Barangsiapa yang menikahi kerana mencari kedudukan yang mulia maka dia akan diuji dengan kehinaan,
barangsiapa yang bernikah kerana harta maka dia akan ditimpa kefakiran, dan
barangsiapa yang menikah kerana agama maka Allah akan menghimpunkan baginya kedudukan dan harta bersama dengan agama.”


Banyak topik yang dibincangkan di dalam kursus kahwin ni. Antaranya;
AQIDAH 
IBADAH DALAM ISLAM
PROSEDUR PERKAHWINAN
PENGURUSAN MASALAH/ STRESS
AKHLAK DALAM RUMAH TANGGA
HUBUNGAN KELAMIN
PENGURUSAN KEWANGAN
KESIHATAN
PEMBUBARAN PERKAHWINAN

    Antara semua topik tu, topik yang paling hot dibincangkan adalah 'PEMBUBARAN PERKAHWINAN'...Topik ni sangat kelakar dan dalam masa yang sama sangat-sangat menggerunkan...Bagi yang belum berkahwin, kalau nak tau apa yang hot sangat topik ni...Kena la tuan badan gi kursus kawen sendiri...Baru lah tau apa yang saya maksudkan...

     Pendapat saya, adalah baiknya yang teruna dan dara ni (COUPLE) attend kursus kawen awal-awal...Jangan tanya saya kenapa? Kalau dah attend nanti, korang pasti akan faham...Tak rugi tau kalau pergi kursus kawen banyak kali ^_____^




CPUV KE 11 - FOTON MY ROADSHOW CAMPAIGN


9 SEPTEMBER 2013 (ISNIN)

Alhamdulillah....masuk lagi CPUV pagi ni...Thanks Nuffnang...
Kawan-kawan semua sila la click iklan di blog 'Wawa Syaida'
Jasamu Dikenang ^__^


CPUV Ke - 11
FOTON MY ROADSHOW CAMPAIGN




Saturday, September 7, 2013

Ya Maulana


6 SEPTEMBER 2013 (JUMAAT)

Dah beli novel Ya Maulana...Tapi Belum mula baca lagi...Agak tebal...RM35++...Dapat beli dengan harga RM28++ sebab guna popular card...

Pelakon utama : Maulana Iqbal dan Cik Rariru *____*




Beli 3 pasang kain kat Nagoya...Ni salah satu baju yang dah siap :D
Buat baju kurung moden




Friday, September 6, 2013

Spicy Chicken


31 OGOS 2013 (SABTU)

Keluar sempena cuti hari merdeka...Sekali sekala makan KFC ni memang sedap sangat...Ke KFC kat dalam Tesco ni je sedap....Mr. A pun cakap sedap...Sebab selalunya kalau makan kat KFC tempat lain tak lah nak puji sedap sedap sampai camni...

Ayam tu rangup lembut semua cukup...Memang sedap lah ^____6
Bab makan ni laju je ye cerita huhuhuhu



Lama tak makan snack plate....sedap! dan sedap!
saya bukan duta KFC okes ^___^


Pastu gi shopping kain kat Nagoya...Tak tau lah pas jadi baju cantik ke tak 



Tadaa muka tuan tanah ^___^


Selamat bercuti esok bagi yang bercuti...Bagi yang bekerja...selamat bekerja



Thursday, September 5, 2013

Biskut Cream Crackers dan Cili Tuna


5 SEPTEMBER 2013 (KHAMIS)

Sapa pernah makan biskut camni? Cream cracker dengan tuna....
Sedap sangat...Makan semalam selepas 11 tahun tak makan....Menu paling sedap time saya kat hostel sekolah menengah....Belajar makan camni dari senior

Bagi yang pernah try, memang tau lah cam mana rasanya...Biskut cream cracker ni kan rangup...Kena pulak dengan chilli tuna...Memang bertambah-tambah extra pedas tu...tuna kena ambil yang cili tau....kalau ambil tuna yang putih tu memang tak menjadi lah...

sekali sekala makan...memang menyengat ^___^


mudah....stok makanan yang boleh disimpan memang menjadi pilihan student asrama :)


kalau nak lagi umpph! tuna tu lenyek-lenyek dulu bagi sebati...baru letak kat atas biskut tau 
pastu mau nak kena telan sebotol air...sebab pedas menyengat ^_____^





Wednesday, September 4, 2013

OPEN HOUSE - SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



28 OGOS 2013 (RABU)

Open Office sebenarnya ^___^ 
Kalau kat dalam bangunan KOMTAR ni, kalau time Syawal memang meriah...every level akan buat open house...Jadinya hari-hari memang jenuh makan lah :)

Layan gambar je la k...Tak tau nak cerita apa :D



Majlis dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang


Melayan tetamu


Jadi orang dapur :)


Bergambar dengan kawan-kawan dari bahagian lain


Ofismate


Selesai sudah open office...
Semoga bertemu semula Ramadhan dan Syawal seterusnya...InsyaAllah




Tuesday, September 3, 2013

Baking ~ Apple Cake


1 SEPTEMBER 2013 (AHAD)

Sesi membaking kek dengan my father...Decide untuk buat kek ni dalam tempoh 1 jam...Sebab ada tetamu nak datang rumah...Keja last minute ni selalu idea ayah...Nasib baik, tetamu sempat makan...Makan kek apple panas-panas baru keluar dari oven :)

Jangan tanya resepi tau...Saya tolong kacau je...Yang mencampak-campak bahan tu ayah saya ^____^...



Sesi mengacau :D


Hirisan apple dilapis 2 layer


Tadaaa...selalu akan biar apple tu garing sikit....tapi sebab tetamu dah sampai, bila dah masak tu memang terus bawak kuar dari oven...