Friday, August 26, 2016

Cerita Pasal Petai

Bekalan Setelah Pulang dari Cameron Highlands




Sejak dari kecil saya memang jenis suka makan petai. Menurun emak. Ayah dan adik beradik yang lain semua tak suka makan petai. Tapi saya hanya boleh makan petai yang dimasak. Kalau petai yang fresh memang tak jalan.

Masa arwah mak ada dulu, mak memang rajin masak petai. Buat sambal pedas. Sedap. Teringat-ringat lagi.

Tapi, apa yang nak saya kongsikan hari ni, bukanlah pasal kesedapan petai. Tetapi pasal saya dah tak lalu nak makan petai. Bukan setakat tak lalu, tengok petai je pun saya dah nak muntah dan hilang selera makan. Sob sob sob.

Semuanya berlaku setelah pulang bercuti dari Cameron Highlands. Dalam entry ni saya ada story pasal saya singgah beli petai masa dalam perjalanan balik dari Cameron.

Memandangkan saya hantu petai, saya dah tak sabar-sabar nak masak petai yang dibeli tu. Hari isnin lepas balik keja, saya terus excited potong-potong petai. Plan di hati nak masak sambal udang petai. Menjadi kebiasaan, saya akan siang-siangkan petai tu buang hitam-hitam di kulit petai tu. Sambil-sambil siang tu, saya perasan petai tu agak lembik. Tapi saya teruskan je siang. Saya potong-potong dan keluarkan isi petai. Saya tak makan kulit.

Lepas dah kuarkan hampir 1 papan petai. Betol tak penjodoh bilangan 'papan'. Adeh, belasah je lah. Saya terasa macam nak potong petai tu (setiap biji dipotong dua). Lepas potong tu, saya terperasan macam ada kaler grey-grey kat dalam biji petai tu. Saya biarkan je. Lepas tu saya potong lagi dan ada lagi benda lembik-lembik grey tu. Saya kais-kais dengan mata pisau. Alangkah terkejutnya saya benda tu adalah ulat. Bukan ulat kecik. Tapi ulat yang gemuk-gemuk. Ya Allah! geli yang amat.

Terus saya flash back, selama ni yang saya beli kat kedai, petai yang tak dibelah. Dikunyah sebiji-sebiji. Ya Allah, nak termuntah semua ada. Saya wasap husband cakap kata tak dapat nak buat petai hari tu sebab saya geli nak pegang petai dan tak mampu dah nak masak yang lain sebab geli (yang ni ++ mengada-ngada sekali).

Husband tak percaya dalam petai tu ada ulat. Lepas dia balik keja. Dia tengok sendiri dan baru dia percaya. Dia siang sampai habis. Ulat-ulat tu dia bagi ikan dia makan. Huhu

Saya tanya husband, macam mana ulat tu boleh parking elok-elok je tengah-tengah dalam biji setiap biji petai tu tanpa ada tanda-tanda dari luar kulit petai. Husband ada explain 'temengat'. Tapi saya dengar buat tak dengar dan tak faham. So saya biarkan je kengerian tu berlegar dan berlalu dalam fikiran saya.

Sejak hari tu, saya dah tak mampu nak makan petai yang suatu masa dulu memang menjadi makanan yang saya sentiasa nak makan. Bila nak makan kat kedai nasi campur, bila nampak petai je terus saya rasa nak muntah even petai tu dah dibelah. Mungkin  juga saya dah telan banyak ulat sebelum-sebelum ni time makan petai sebiji-sebiji yang dijual di kedai.


sob. sob. sob.




1 comment:

  1. kihkihkih..trauma la nih.
    nasib baik seumur hidup memang tak pandai petai jering semua.
    tak reti. n alergik dengan bau busuk.huhu

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!