15 JULAI 2016 (SELASA)
5.06 PETANG
Rasa di motivated hari ni dengan kesakitan yang dirasai. Rasanya sejak bersalin, ini lah 'sakit' real yang Allah berikan. Sakit sebelum-sebelum ni, selepas telan ubat or tidor, InsyaAllah terus rasa sihat. Tapi lain dengan kali ni. Balik keje semalam. Rasa OK. Tapi menjelang maghrib terus rasa tak sedap badan, loya, seram sejuk. Tambahan pulak, semalam berdua je dengan anak. Mana lah tau apa-apa kan si Aisyah tu. Menahan sakit sendiri. Husband duty semalam. Pagi ni baru sampai rumah.
Dalam kol 10 semalam, Aisyah lapar susu. Masa tu belum tidor lagi, just berbaring depan tv sambil menahan sakit. Berselimut. Sambil temakan Aisyah main. Sejak dua menjak ni dia makin manja dan melekat dengan ibu abah dia. Mungkin dah mula kenal dan takut kena tinggal kot.
Berbalik kepada buat susu. Bangun la pergi ke dapur. Selalu memang tak benarkan Aisyah ikut ke dapur. Tapi semalam dah tak larat nak melarang. Biarkan aje. Sambil merangkak tu dia menangis. Dah jadi peel dia kalau nak susu menangis. Tengah panaskan air tu, tiba-tiba dah tak tertahan nak muntah. Ya Allah, terus ke toilet dan muntah terus atas lantai toilet. Muntah yang amat banyak. Rasa macam air terjun dah. Sakit jangan cakap la. Penuh selantai dengan muntah. Aisyah yang menangis tadi, terus diam sambil tengok ibu dia muntah siap ada bunyi-bunyi lagi nak habiskan muntah. Kesian Aisyah. Lepas tu terus cuci lantai. Cuci tangan bersih-bersih. Siapkan botol Aisyah.
Aisyah jadi good girl semalam. Bagi botol terus tido sendiri. Tak payah didodoi-dodoi. Maybe faham ibu dia tak sihat.
Lepas tu, memang tak dapat tido. Masih lagi berselimut dan mengerang menahan sakit. Just wasap husband kata tak sihat. Husband cakap kol 8 pagi esok dia sampai rumah. Memang tak dpat tido semalam. Bangun muntah lagi siap pakej cirit birit. Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku.
Macam tu lah semalam. Husband balik suruh siap pergi klinik. Husband siapkan Aisyah semua pagi ni. Aisyah suka sangat bila siap pakai baju comel-comel. Sebab dia ingat nak pergi jalan-jalan. Sekali gi hantar kat pengasuh, menangis melolong dia tak nak pergi. Kesian Aisyah. Lagi 2 weeks kita gi jalan-jalan tido hotel k.
Sampai di ofis, masih tak ada rasa nak sihat. Perut sakit sangat. Rasa nak cirit. Rasa nak muntah. Kedua-dua tangan sejuk gedi. Rasa macam nak peluk orang. Tunggu balik karang peluk laki sendiri.
Semoga kemudaratan kesihatan yang Allah berikan ini dapat menghapuskan berbilion-bilion dosa kecil yang telah dilakukan. InsyaAllah. Amin
Ya Allah..kesiannya wawa. Moga cepat sembuh ye. :(
ReplyDelete