Friday, May 13, 2016

Part 1 - Detik Kelahiran Nur Amalin Aisyah Azahar

Nur Amalin Aisyah Azahar
10 Bulan

Dah lama berjanji nak cerita pasal kelahiran Si Amalin Aisyah ni. Hari ni baru terdetik nak cerita. Tetapi, banyak fakta dah lupa dari segi date dan lain-lain.

FASA DISAHKAN MENGANDUNG
Selepas berkahwin lebih kurang dalam 6 bulan, Alhamdulillah permohonan pertukaran saya dari kerja di sebelah Island dah dapat posting di sebelah Seberang iaitu di Kementerian xxx. Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari, Ujian yang Allah berikan kepada saya, bekerja dalam situasi yang sangat stress. Dan ketika beberapa bulan kerja di situ, saya menghadapi masalah sakit kepala yang agak teruk. Sakit kepala yang membuatkan saya tak dapat berdiri. Rasa macam nak baring je. Kalau gerak sikit pun dah muntah.

Dalam hati fikir jugak. Aku ni mengandung ke? Ada jugak check guna pregnant test tu. Tapi tak double line. Dan pergi jugak scan di private clinik. Tetap clean and clear. So assume this is penyakit. Maybe migrain. So kerap lah cuti sakit. Dan telah mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan sob sob sob. Abis rekod kecemerlangan kerja den. Dan end up, atas advice dr. dia minta refer ke pakar untuk buat CT Scan kepala. Cancer? Result scan semua baik-baik aje. Lepas tu dihantar refer ke Pakar ENT. Dr. suspect mungkin pening tu berpunca dari masalah telinga. Pergi 3 kali appointment. 2 appointment yang mula dr. lelaki dan 3rd appointment dengan dr. perempuan. Dr. tu tanya sakit kepala yang macam mana. Explain blablabla. Lepas tu terus dr. bagi borang suruh pergi lab buat urine test. Dr. tu cakap, 'Awak ni tak sakit, tapi saya confirm awak ni mengandung'. Saya pun cakap la, 'Tak dr., period saya tiap-tiap bulan datang'. 

Setiap kali appointment, Mr. A temankan isteri tersayang dia. Kedua-dua belah family memang tak diberitahu langsung pasal masalah yang kami berdua sedang hadapi. Sambung cerita. Pergi lah buat urine test. Tunggu punya tunggu. Orang lain semua dah dapat result. Kenapa lah result aku ni tak dapat-dapat lagi. Saya pun pergi lah tanya dekat kaunter lab tu. Sekali rupanya, result tu dorang letak untuk despatch terus kepada dr. Saya pun mintak lah untuk tengok. Sekeping kertas. Result ada di sebelah belakang. Berdebar-debar nak balikkan kertas. Sekali tengok, Ya Allah...Positif!. Tersengih-sengih saya tengok suami. Suami pun same je tersengih-sengih. Tak tau nak describe macam mana perasaan tu. So pergi lah buat muka tebal 5 inci gi jumpa dr.  bagi tahu 'saya mengandung' *___*

Happy terus lepas tu laki bini. Sebelum tau result tu. Serius saya agak down. Dengan kerja yang stress. Macam2 fikir. Aku ni kena cancer ke? Lepas tu baru 7-8 bulan kawen pulak tu. Siap cakap kat Mr. A. Awak sanggup ke jaga saya kalau saya sakit. Drama air mata. Nasib baik lah Mr. A melayan.

Lepas tu excited terus pergi klinik. Check perut. Sekali nah. Dah 3bulan mengandung. Memang perasaan yang tak dapat digambarkan. Padahal 3 bulan tu saya memang datang period cuma tarikh 1st day period for every month tu agak lambat dari selalu. So ibu-ibu jangan ingat korang period, tak boleh mengandung ye. Lepas disahkan mengandung tu. Saya terus tak datang period. Dan macam tau-tau je, alahan mengada-ngada pun datang. 

Conclusionnya, pening muntah selama 3 bulan itu, alahan saya mengandung. Perit tapi happy bila dah tau sebenarnya ada baby kecik dalam perut. Time tu terus flash back, patutla perut muncit sangat time tu, bila tarik nafas pun perut muncit tu tak kempis. Rupanya ada si baby ibu abah. +_______+



3 comments:

  1. dah lama yong tak melawat blog kak wawa. anak kak wawa pn dh besar. hehe comel dia :)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.... penyakit buatan suami sendiri rupanya ye Wawa:)
    Ini penyakit yg buat semua senyum lebar gembira tak terkata
    Nak kecikkan perut macamana kalau ada Amalin Aisyah duduk di dalam hihi..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. sakit bukan sebarang sakit rupanya ya.. he he

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!