Thursday, February 25, 2016

the BURGER FACTORY Cyberjaya


6 February 2016 (Sabtu)
5.00 petang
The Burger Factory, Cyberjaya



Dah lama sebenarnya teringin nak makan kat sini. Memang sebelum bermastautin kat Putrajaya ni pun memang dah ada hati nak merasa makanan kat sini. Alkisahnya ada rancangan makan2 kat tv pernah cover restoren ni. So dari situ la bermula nak makan kat sini. Finally, tercapai ^___^




 Restoran ni luas dan lokasi kedai di shoplot. Lot tepi. Masa pergi hari tu tak ramai orang maybe petang and ramai balik kampung cuti Chinese New Year.

Ada dua jenis tempat nak menelan. Macam kat dalam pic ni yang santai. Kerusi ala2 kayu pallet. Cantik!




Boleh jugak duduk kat tempat makan tepi dinding ni. Rasa lebih privacy.

Memandangkan bawak aisyah, saya makan kat kerusi merah ni. Aisyah senang sikit nak main.




Menu makanan kat The Burger Factory ni tak lah hanya tertumpu kat burger je. Ada macam2 lagi yang super duper nampak sedap. Ada set and ala carte.

Sebelum datang plan memang nak makan burger, tapi bila dah tengok menu burger alahai bermacam2 jenis sampai tak tau nak makan yang mana. Saya and suami pun order la chicken chop. Sekali waiter datang hantar makan, ohoi ada nasik sekali. Hihi. Memang perut melayu kan. Tak lepas nasiknya +___+  Masa order tu seriously tak perasan ada nasik.




1 lagi attraction kat sini. Bila duduk sila la angkat kepala. Lampu candelier dia menggunakan botol. Cantik amat. 2 3 kali tengok. Tapi kalau nk letak kat rumah takut jatuh atas kepala pulak botol2 tu hihi.




Aisyah dan abah dah kenyang. Rate kesedapan makanan boleh lah. So so aje. Kenyang!






3 comments:

  1. Allah lamanya tak jengah blog dah duduk Putrajaya dan Aisyah pun dah besar.

    ReplyDelete
  2. Mahal sgt tak? Tekak mengidam rasa teringin la pulak ketam burger tu. huhuhuhu

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!