17 Mac 2013
Makanan feveret saya sambal sardin dalam tin tu....Tapi dengan syarat sambal sardin air tangan ayah saya opps! Limited edition tau...Tak kan jumpa kat tempat lain....Saya ni tak berapa suka makan ikan yang lembut...Contoh ikan rebus and so on....Saya suka ikan yang dimasak garing...Kalau sambal sardin kat kedai, ikan dia macam lembut2 kan...Tekak tak boleh nak accept huhu...Ok...Pastu ahad lepas saya belajar la masak sardin dengan ayah saya....Ha amik kau...Umo dah 28 baru nak belajar masak sardin huhu...Saja nak letak resepi...Nanti lain kali saya nak masak...Dah tak perlu nak buat-buat lupa dll :)
Sardin Limited Edition
Bahan-bahan;
1 tin sardin
sedikit cili blend / cili boh
sedikit sos tomato
limau nipis / air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
2 biji bawang besar - dipotong besar-besar
1 biji cili - dipotong besar-besar
Cara-caranya;
1. Asingkan ikan dengan kuah yang terdapat di dalm tin terlebih dahulu
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan tadi segaring mana yang suka. Ketepikan.
3. Panaskan minyak di dalam periuk. (Boleh guna minyak ikan tadi)
(Ayah saya cakap kalau tak nak kuah sambal jadi hitam, guna la minyak yang baru)
4. Masukkan kuah sardin tadi dan masak sehingga agak mendidih.
5. Masukkan cili blend/cili boh, sos tomato dan perahan limau nipis. Masak sehingga mendidih
6. Masukkan ikan yang telah digoreng
7. Masukkan bawang dan cili yang telah dipotong
8. Siap dan sedia dimakan
Tadaaa! ini la rupa sambal sardin saya :)
goreng ikan sardin best kan. tp part y xbest tu meletop2 time goreng. wawawa
ReplyDeleteSy ttp dgn tdung piuk
ReplyDeleteSy ttp dgn tdg piuk.. then ikn msuk sblm mnyk pns
ReplyDelete