Pages - Menu

Thursday, June 8, 2017

Tomyam Sedap Pedas


Berbuka hari isnin yang lepas, saya buat tomyam. Kali ni sebab cukup bahan, saya cuba cara yang tengok video kat FB. Hasilnya tomyam yang sangat sedap dan ummphh....pedas berapi. Bagi penggemar tomyam pedas sesuai guna resepi ni.

Resepi Tom Yum Sedap Pedas

Ayam dipotong kecil (Saya guna 1 ketul ayam saiz agak besar)
Udang (Saya guna 10 udang)
Chicken ball (option)
Bawang holland sebiji (dipotong kasar)
Bawang putih (3 ulas - diketuk)
Daun limau purut
2 batang serai (diketuk)
Sedikit lengkuas
Kubis bunga
Carrot
Tomato
Cili Padi
Perencah Tomyam Adabi 1 bungkus
Perencah Thai Tom Yum (Kalau tak ada, guna sepaket lagi perencah tomyam adabi)
Garam (hujung sudu kecil)
Gula (1 sudu kecil )

Cara-caranya

Rebus ayam sampai mendidih
(Kisar tomato 2 biji yang dibelah bersama-sama 12 biji cili padi dan sebungkus perencah tomyam adabi dan 2 sudu perencah thai tomyam serta masukkan sedikit air - kisar sampai semuanya hancur)
Masukkan bahan kisar ke dalam rebusan ayam yang telah mendidih
Masukkan serai
Masukkan lengkuas
Masukkan bawang putih
Masukkan bawang holland
Masukkan daun limau purut
Masukkan sedikit gula dan garam (agak2 ikut citarasa)
Gaulkan sekejap
Masukkan udang
Masukkan chicken ball
Masukkan serbuk perasa (Bagi yang suka)
Masukkan kubis bunga, carrot dan tomato




Siap dan sedap dan pedas!!!






Friday, May 12, 2017

Menu Sedap dan Memasak


12 MEI 2017 (JUMAAT)

1st time ever and ever saya publish full entry makanan yang saya masak lebih dari 1 menu hihi. Sebabnya saya memang tak pandai masak dan kurang confident nak bagi orang lain makan termasuk suami. Tapi kan, tak tau lah, lately ni tiba-tiba ter rajin memasak. Husband, kakak dan kawan-kawan pun pelik. Depa tegur 'rajinnya masak' (^___^).

Skang ni saya lebih aktif IG dari FB. So suka upload menu-menu yang dimasak. Kalau yg follow IG saya, lebih kepada sharing makanan sahaja. Almaklumlah owner IG pun dah mengembang dengan jayanya.



Masak simple-simple je.
Sambal tumis telur rebus. Encik suami request 2 kali menu ni. Telur tu lepas kopek kulit, goreng sekejap sebelum masukkan dalam sambal yang 'sedap' tu. +____+


Ayam masak merah
Husband suruh goreng ayam tu bagi garing lagi,
Masak pastu bungkus, makan berkelah kat tepi Pantai Teluk Kemang, PD.


Ni pun nak letak kan. Telur dadar + cili benggala fresh from CH.


Sambal sotong ubi kentang - menu turun temurun family saya
Sayur kubis bunga mix telur



HAAA meriah kan....
Ni menu kat rumah ayah saya, masa balik kampung hari tu. Memang tak leh lawan masakan tangan orang lelaki ni.

Semua air tangan ayah. Sedap. Yummy!!!
Sotong goreng kunyit
Sambal sotong ubi kentang
Sayur Kubis bunga + udang
Lala masak air
Ikan belah belakang (Letak sambal)


Sedapnya lahaiiii!!!


Tuesday, May 9, 2017

Resepi Tom Yam Mudah dan Sedap Sangat


7 MEI 2017 (AHAD)

Masa buat tom yam ni, baru sampai di Putrajaya. Bercuti panjang balik ke Penang dan Perlis. Dah lama tak buat tom yam, memandangkan dah beli macam-macam sayur kat Cameron Highland hari jumaat tu (dalam perjalanan balik, singgah CH) :), maka masaklah tomyam sedap ni. Hihi terpuji diri sendiri.

Sebenarnya, rahsia kesedapan tom yam ni adalah saya guna perencah/pes yang dibeli dari Padang Besar, Perlis. Husband pun puji sedap dan cakap macam kedai buat. Perencah ni kakak ipar yang recommend untuk beli. Ini dia perencah tu. Senang sangat nak buat tom yam. Confirm jadi.



Resepi Tom Yum Sedap

Ayam dipotong kecil (Saya guna 3 ketul ayam saiz agak besar)
Sotong (Saya guna 2 sotong saiz besar)
Bawang holland sebiji (dipotong kasar)
Bawang putih (3 ulas - diketuk)
Daun limau purut
2 batang serai (diketuk)
Kubis bunga
Carrot
Tomato (Saya tak letak sebab terlupa beli)
Cendawan (Dicerai-ceraikan)
Garam

Cara-caranya

Rebus ayam sampai mendidih
Masukkan 3 sudu besar pes tomyam yang telah dicampur dengan sedikit air
Maukkan tomato
Masukkan serai
Masukkan bawang putih
Masukkan bawang holland
Masukkan daun limau purut
Masukkan 1/2 sudu kecil garam (agak2 ikut citarasa)
Gaulkan sekejap
Masukkan kubis bunga dan carrot
Masukkan cendawan akhir sekali
Siap dan sedap!!!


Sebenarnya, rasa tak percaya bila dapat masak tom yam sedap ni. Sebab selalu tak confident bab masak  memasak ni (^____^)








Friday, March 31, 2017

Counting Days


31 MAC 2017 (JUMAAT)
1.40 TENGAHARI
WISMA SUMBER ASLI



Seriously, rasa tak sabar nak tunggu encik suami balik. Tinggal lagi seminggu ja lagi. Nak nangis pun ada kadang-kadang. Maybe sebab tak pernah berenggang 'straight' lama macam ni. Selalaunya habis lama pun seminggu ja. Walaupun hari-hari encik suami buat video call, tapi rasa sayu tu lain sikit bila jauh terpisah lama macam ni. Maybe sebab banyak benda yang dirisaukan. Kesihatan anak dan lain-lain lagi.

2 minggu ni dapat diharungi dengan jayanya. Alhamdulillah. Tinggal seminggu ja lagi. Sabtu next week, flight encik suami dari Paris, transit di Dubai, dan lepas tu terus ke KLIA. Jangkaan sampai hari Ahad 10 malam macam tu. Mudah-mudahan semuanya selamat.

Mudah-mudahan. Ya Allah. Salam sayang dan rindu dari ecah dan ibu yang jauh. Kalau encik suami pegi lagi, ibu dengan ecah nak ikut hihihihi




Tuesday, March 21, 2017

Lunch Box Delivery - Putrajaya

21 MAC 2017 (SELASA)
1.45 TENGAH HARI
WISMA SUMBER ASLI

Sejah berpindah ke Putrajaya ni, tahap kemalasan semakin menjadi-jadi. Tapi kemalasan kita (pelanggan) ni dapat membantu orang lain. Alhamdulillah. Macam sekarang ni, sejak ada bermacam-macam benda dah boleh online. Bermacam-macam bisnes yang tak pernah difikirkan akal wujud. Segala macam delivery ada. Tambah-tambah bila korang menetap di bandar-bandar. Semua orang berpusu-pusu nak buat side income disebabkan kesan kenaikan harga barang dan lain-lain.

Bila wujud spesis yang 'malas' macam i ni, maka bisnes dorang ni memang boleh on dan success. Hihihi suka-suka je buat conclusion sendiri. Tapi apa yang nak cakap, business ni memang membantu golongan pekerja yang tak sempat nak beli kat cafe or tak sempat nak keluar cari makanan. Just wasap, dorang dah boleh terus hantar ke pejabat ataupun rumah. Dengan syarat, lokasi tu masih dalam cover area dorang.



WARONG KIMCHI FOOD DELIVERY

Ada macam-macam menu Korean ye. Bagi yang minat kpop dan nak style hari-hari makan korea food tu. Boleh beli dari Warong Kimchi ni. No. fon ada kat atas tu ye. Kalau nak tengok menu, boleh ke FB dorang. Menu dorang tetap mengikut hari. Mcam kat atas ni menu untuk hari Isnin - KIMCHI BOKKEUMBAP. Harga RM8 sahaja termasuk kos delivery.





HAIDA HAZIQAH VENTURES

Yang ini 1st lunch box saya pernah order dalam hidup saya. Menu dia berubah-ubah ye setiap hari. Nanti admin akan text dalam wasap menu apa yang dorang sediakan. Saya ingat lagi, 1st lunch box yang saya order nasi putih, telur mata dan sambal sotong. Harga RM8 termasuk kos delivery. Rasa sambal sotong tu sedap amat. Lepas tu, kerap jugak saya order kalau ianya melibatkan menu sambal. Macam menu kat atas ni, nasi putih, telur mata, sambal udang petai dan FOC wedges.



KLIA - DUBAI - PARIS, FRANCE


19 MAC 2017 (AHAD)
11.45 MALAM


Bermulalah episod saya menjadi 'ibu tunggal' sekejap sebab encik suami perlu mengikuti Short Course di Paris, France. Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah pertengahan bulan April nanti, barulah dia balik. Bagi Aisyah pulak, ini first time dia berjauhan dengan abah dia dalam jangka masa yang panjang. Sebelum ni just paling lama pun dalam 4 hari macam tu. Skang ni dia still dalam mode biasa, sebab dia mesti ingat sekejap je tu dia tak jumpa abah dia.

Ikut perancangan asal, encik suami mintak saya bercuti dan balik ke kampung. Tapi saya ambil kesempatan ini untuk cabar diri saya. Berdikari sendiri. I can do it!!!! (^___^)




Tengah malam semalam, encik suami wasap pic-pic kat sana. Jeles u. Cakap kat suami, kalau ada rezeki lebih. Nanti kita pergi 1 family.

Kat sini 11.45 malam, kat Paris dalam 5.00 petang macam tu. Skang ni tengah musim bunga ye kat sana. Tapi encik suami cakap still sejuk jugak dalam 14 darjah celcius camtu. 

Ada banyak pic lagi, nanti saya share. untuk kenangan.





Monday, March 13, 2017

Terapi - Mengemas Rumah


13 MAC 2017 (ISNIN)
1.45 TENGAHARI

Sejak ada anak ni, perasaan menjadi ibu dan sebagai ibu tu semakin menular dalam diri. Kalau ada sesuatu yang mengusutkan fikiran, ternyata mengemas rumah/membaca buku dekorasi mampu menjernihkan suasana. Ditambah lagi sering bersendirian dengan anak di rumah, perlu dicari sesuatu aktiviti yang boleh mengisi masa yang acapkali sering dirasakan lambat berlalu apabila suami tiada di sisi.

Sedang melayari FB semalam, terbaca 1 kisah yang dikongsi oleh agak ramai orang. Kisah tu berlandaskan penceritaan pengalaman sebagai tunang/isteri/sahabat kepada seorang pejuang negara. Saya juga merupakan seorang isteri kepada seorang suami yang berkhidmat sebagai Tentera Udara Diraja Malaysia. Sejak berkahwin lagi, saya sudah sematkan di dalam hati. Saya perlu berkongsi suami saya itu. Berkongsi dengan keluarga mertua dan berkongsi dengan negara.



Inilah pengalaman saya. Saya tahu, apa yang saya lalui ini biasa-biasa sahaja jika dibandingkan dengan isteri-isteri tentera yang lain.


Fasa Berkawan
Alhamulillah kami bukanlah pasangan belangkas. Dating jika masing-masing ada keinginan untuk berjumpa. Means, tak lah every week jumpa. 

Tapi pernah lah lalui, dah siap cun cun, lepas tu encik suami (masa tu boyfren hihi) tak dapat keluar. Sebabnya, ada sekatan di post pengawal. Bagi yang pernah lalui, kita akan rasa geram dan stress. Sebab dah siap kan pastu tiba-tiba je kena cancel. Haih....


Fasa Bertunang
Persiapan banyak yang saya beli dengan my sister. Sebab kadang-kadang encik suami tak dapat nak join. Sebab kena kerja. Masa bertunang ni, jadual kerja suami ok ok je. JADUAL KERJA MACAM MANUSIA +______+



Fasa Nak Berkahwin
Encik suami kena minta sign macam-macam untuk permohonan berkahwin tu. Siap kena tunjuk slip gaji segala macam lah. Isteri tu sengih-sengih. Mesti dah tau kan. Slip gaji suami diperlukan untuk membolehkan, potongan elaun kepada isteri dibuat. Hip hip horeee. Hip hip horeee.

Askar panggil potongan paksa. Duit mu duit ku jua.


Fasa Berkahwin
Mula-mula ditinggalkan sehari kalau encik suami duty malam. Lepas tu ditinggalkan awal pagi kalau ada sorty. Lepas tu ditinggalkan berhari-hari kalau persop, tak pun kursus. Lepas tu ditinggalkan setiap minggu, jadi weekend husband (Husband kena posting). Time tu saya tengah mengandung si mek ecah. Jumpa suami weekend je. 

Lepas bersalin, dengan saya-saya pun transfer ikut encik suami. Nasib baik la jawatan dan gred saya ni, senang untuk bertukar.

Dan yang terkini, akan ditinggalkan berbulan-bulan. Kali ni terpisah terus antara benua. Mokcik redho.


Jadual Kerja Suami Latest
Waktu kerja 24 hours. Kadang-kadang dia balik tengah-tengah malam, esok pagi dah kena masuk kerja. Kadang-kadang tu jaga tengah malam, encik suami dah sedap tidor kat sebelah. Mula-mula dulu ingatkan hantu (^_^) Kalau hari tak busy, dapat lah jumpa dari jam 5.00 petang ke esok paginya. Encik suami dapat bercuti 2 minggu sekali. Means dalam sebulan, ada dua kali sabtu ahad je yang saya dan suami dapat bercuti bersama-sama. Tu pun kalau dia tak terlibat dengan program la. Kalau terlibat, nan hado la cuti tu.

Disebabkan jadual dia yang saya pun tak boleh nak faham, maka tak dapatlah saya nak book tiket AA yang murah tu dan tak dapat lah nak plan awal apa-apa perancangan bercuti. Semuanya perlu berlaku last minute. Ok. Sudah. Letih dah nak bercerita.



Nak cerita mengemas rumah, tiba-tiba melalut cerita pasal suami pulak. Ok bai.



Friday, March 10, 2017

Restoran JEMARI, Bandar Baru Bangi

Source: Google
Terlupa nak snap pic masa pergi hari tu.


5 MAC 2017 (AHAD)
9.00 MALAM


Saya dan suami penggemar tomyam. Bila datang mood malas memasak tu, saya dan suami akan makan je kat restoran-restoran yang kami rasa macam best (hahaha). JEMARI ni my ofismate yang recommend kan. Dia cakap menu yang famous kat JEMARI ni kerabu kangkung. Lain dari yang lain dan wajib try.

Memandangkan saya tinggal di Putrajaya, saya ke JEMARI yang dekat dengan saya. Jemari di Bandar Baru Bangi. JEMARI ni terletak di shop lot berhadapan dengan office show house Sunway Gandaria. Senang je nak cari.


Ini menu yang saya order.

The best kerabu  kangkung, telur bistik, tomyam campur yang super duper sedap dan ayam goreng tepung untuk mek ecah.


Rasa:
Tomyam campur tu memang sedap amat. Husband yang selalunya susah nak puji pun cakap memang 'terbaik'. Menu ni wajib try ye.

Telur bistik. Pun sedap jugak. Memang  berebut dengan husband. 

Kerabu kangkung. Rangup-rangup. Makan saja pun sedap. Ditabur dengan bijan kalau tak silap.

Ayam goreng tepung. Untuk mek ecah.


Nora bagi 5 bintang *****





Kerabu Kangkung dan Telur Bistik




Tomyam ni memang membuatkan anda nak datang lagi makan kat JEMARI. Tomyam ni macam berlemak. Sedap!
Ayam goreng tepung dah nak habis. Sebab menu ni sampai dulu. So mek ecah pun pulun makan dengan sedapnya.


Next time pergi, boleh try siakap masak 3 rasa or siakap stim pulak.



Wajib try makan kat JEMARI Bandar Baru Bangi.



Resepi Pancake Mudah



10 MAC 2017 (JUMAAT)
2.10 PETANG

Kali ni nak share saya buat pancake AKA lempeng masa weekend lepas. Pancake yang saya buat ni mudah dan memang jadi kesukaan si ecah yang umur 1 tahun 8 bulan tu. Pancake ni lembut dan sesuai untuk semua orang makan. Dan 1 lagi yang menyebabkan ecah suka makan, saya letak susu tepung sikit dalam adunan pancake tu.

Resepinya mudah je. Saya guna resepi yang sama untuk buat waffle.


Bahan-bahan dan cara membuatnya:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/3 cawan minyak
1 biji telur
1 1/2 sudu baking powder
2 sudu susu tepung
2 sudu gula

Campur je semua dan gaulkan.
Panaskan kuali, letak minyak sikit atas tisu dan sapukan pada kuali.
Buat bulatan, tutup pakai penutup periuk. Tutup dalam 3 minit.
Siap.

Tapi kalau korang ada alat pembakar waffle tu. Confirm jadi macam waffle. Sedap dan jangan risau, confirm jadi. Selamat mencuba.


Ini  lah dia pancake saya +____+



Thursday, March 2, 2017

Resepi Apam Lenggang Mudah dan Sedap


2 MAC 2017
1.10 TENGAHARI

Setiap kali hari cuti, saya akan cuba sediakan sarapan pagi yang mudah-mudah dan yang penting sedap. Macam biasa, resepi di ambil dari Google. Kali ni saya nak share resepi saya buat APAM LENGGANG. Kalau orang utara dia panggil Apom Lenggang. Dah 3 4 kali saya buat apom lenggang ni. Anak dengan husband suka. Husband cakap macam beli kat kedai hihihi. Perasan cek sekejap.

Resepi ni saya ambil dari FB Azlina Ina. Sangat mudah dan yang penting confirm jadi. Itu yang penting.


Bahan-bahan dan cara membuatnya:

2 cawan tepung beras
1 - 2 sudu makan yis kering (tapi tak payah la penuh-penuh)
3 sudu besar gula
Sedikit garam
3/4 cawan air suam
Satukan dan kacau. Tutup biar 30 minit.

Bukak tutup dan masukkan 1 biji telur
1/2 cawan santan pekat
Tak perlu tambah or kurangkan air atau santan.
Panaskan kuali, letak minyak sikit atas tisu dan sapukan pada kuali.
Buat bulatan, tutup pakai penutup periuk. Tutup dalam 3 minit.
Siap dan gulung kan.

Boleh di makan dengan kaya, sambal bilis atau makan kosong macam tu je.


Ini  lah dia apam lenggang saya +____+





Sunday, February 26, 2017

Restoran Murni Discovery, Shah Alam


23 Februari 2017 (Khamis)
9.30 malam

Ambil kesempatan makan kat sini hari khamis sebab this week husband keja terus menerus dari Jumaat - Isnin. Jadinya guna peluang yang ada untuk makan bersama kat Restoran MURNI Discovery ni. Terletak di Shah Alam, Selangor. 

My 1st view, kedai ni nampak happening. Lokasi kedai corner lot. Kerusi di susun di dalam kedai, di coridor kedai dan di di luar area tepi kedai. Means boleh memuatkan ramai orang dalam 1-1 masa. Ada menu western dan tempatan. Servis laju berdesup. Sesuai untuk yang bawak anak kecik. Rasanya, owner kedai ni anak muda belia. Sebab pekerja dia ramai yang muda-muda belia + jambu kihkihkih.

Kedai ni kawan husband yg recommend kan. Katanya spaghetti nya sedap. Jom kita try.


Ni menu saya. 
Nasi Goreng Tomyam Seafood.
Price dalam RM13++.
Rasa: Sebab saya ni memang penggemar nasi goreng tomyam dan dah makan kat banyak restoran. Bagi saya, rasanya so so aje sebab saya pernah makan yang lagi sedap & kebaboom.


Spaghetti Meatball Bolognese tu encik husband punya. Price tak ingat. Husband cakap rasanya boleh lah. 
French fries ni pulak si mek ecah punya. Masa dia hantar tu fries ni dah suam-suam kuku. So mudah lah saya nak suap mek ecah makan. Tak perlu nak sejukkan.


Finally, ini dia air pilihan saya dan encik suami. Fresh oren dan Teh tarik Terapung. Presentation semua memang cantik. Tahniah!!!




Friday, February 24, 2017

Cubaan Berjimat



24 Februari 2017 (Jumaat)
2.16 petang


Bulan ni kesedaran lebih sikit bab berjimat ni. Ditambah pula perlu survive sendiri, pertengahan bulan March nanti husband fly ke France. Ada short course kat sana around 1 month. So kalau terlebih belanja sendiri tanggung lah. Tak ada sapa nak tolong topup kan.

Bulan ni ambik peluang buat trial dulu sesi berjimat ni. Cubaan pertama nak beli keperluan je. Kehendak kalau boleh nak cuba elakkan beli (kalau kuat iman).

Kalau lah mampu berjimat macam ni setiap hari, mesti bahagia hidup. Zaman yang memerlukan segala-galanya duit. RM50 boleh habis hanya dengan sekali berbelanja. Seingat saya 'dulu', RM10 tu agar besar nilainya. Saya boleh beli macam-macam. Tapi di 'zaman sekarang', pada saya RM50 tu cerminan RM10 di waktu dulu.

Jadinya, marilah sama-sama kita berjimat!










Thursday, February 16, 2017

Hiasan Bilik Pengantin Sempit


16 FEBRUARI 2016
1.30 TENGAHARI

Baru berkesempatan nak review hiasan bilik pengantin saya setelah 3 tahun berkahwin kehkehkeh... Masa perancangan berkahwin dulu, part hiasan atau susun atur balik ni lah yang paling sukar bagi saya sebab bilik saya bersaiz kecil. Saya ada buat sedikit bacaan melalui google untuk dapatkan info cara nak deko bilik pengantin saya ni. kalau berminat boleh CLICK kat 2 entry kat bawah ni;



Inilah bilik pengantin saya yang tak seberapa +_____+

 Cari-cari dalam cd kahwin, tak ada pic full, semua cameraman snap time encik suami solat sunat.

Hiasan simple,

1) Katil menghadap dinding
2) Ada meja sisi kiri dan kanan katil
3) Langsir sedondon
4) Ada carpet gebu merah pink antara katil dan meja solek
5) Ada Meja solek
6) Cermin besar
7) Ada almari di dinding sebelah pintu




Inilah rupanya bilik pengantin saya. Bantal putih tinggi tu bantal saya duduk untuk nikah. Kakak sandarkan kat tepi almari. Bantal ni saya tak jadi duduk sebab tok kadi panggil suruh duduk dekat dengan pengantin lelaki. Oh mai. Sebab ni lah muka saya jadi masam sepanjang majlis nikah berlangsung. Sebab rasa macam malu duduk dekat depan semua orang huhuhuhu



Meja solek kononnya lah. Saya guna meja konsol dan rembat kerusi meja makan ayah saya. ;)
Photobook time bertunang tu kat tepi meja.



Cermin besar digunakan untuk menampakkan bilik sempit saya ni menjadi lebih besar.
Memang menjadi.



Almari kecil berwarna sedondon dengan meja dan cermin diletakkan di tepi pintu dan diletakkan bunga renek warna pastel diatasnya untuk menambahkan seri bilik.



Sekian sahaja. Inilah dia bilik pengantin Wawa Syaida.



Tuesday, February 14, 2017

Reading Corner WAJIB


14 FEBRUARI 2017 (SELASA)
10.55 PAGI

Saya suka membaca. Memang dah berniat dari sebelum kawen nak ada reading corner sendiri. Cuci-cuci mata tengok reading corner kat google. Saya suka reading corner yang berdekatan tingkap. Ada pencahayaan yang baik. Damai suasananya. Dapat membaca dengan aman dan tak berasa sesak. Boleh susun buku-buku kegemaran. Boleh membaca anytime. Dan yang penting tak membuang masa.

Di rumah sewa sekarang ni pun, walaupun sempit amat, saya buat jugak reading corner kecil sekadar yang termampu. Ini reading corner saya. Tapi plan nak ubah ke ruang sebelah tingkap bila husband free nanti.

Si kecik yang aktif mengemas barang.


Kat bawah ni reading corner IDAMAN saya +____+















Monday, February 13, 2017

Kitchen Cabinet IDAMAN


13 FEBRUARI 2017 (ISNIN)
1.15 TENGAHARI

Semua yang dah jadi mak-mak mesti ada impian dalam bab-bab macam kat atas ni kan. Sekarang ini, dekorasi ni dah macam jadi satu terapi atau ubat penenang jiwa bagi saya. Rasa macam tak percaya boleh ada habit ni. Ni maksudnya memang feeling anak dara tu dah pergi jauh...Dah datang feeling omak-omak je sekarang.

Saya kalau cuti husband cuti, suka ajak husband round round area rumah besar-besar rumah banglo. Sambil tengok tu sambil berangan haha. Bukan apa, ada satu perasaaan...boleh menaikkan semangat kita untuk meningkatkan taraf hidup dan membuatkan kita rajin bekerja. 

Takpe tak salah berangan kan. Tak kena bayar.

Berangan dulu sambil kumpul idea. Tak tau lah bila nak boleh duduk rumah sendiri. Maybe lepas husband pencen. Rumah yang ada disewakan dulu kat orang. Yang penting, kita berangan dulu. InsyaAllah.












InsyaAllah. 1 Hari Nanti.

Mood berangan.