Pages - Menu

Tuesday, January 24, 2017

Yik Mun Pau Tanjong Malim


26 NOVEMBER 2016 (SABTU)
TANJONG MALIM, PERAK


Selepas puas memujuk encik suami dan menunggu hari cuti encik suami ibarat 'menunggu bulan jatuh ke riba', maka sampai lah saya dan keluarga ke Yik Mun The Famous Tanjong Malim Pau. Dah lama mengidam nak ke sini. Dari umur belasan tahun lagi. Cuma time tu masih student dan just angan-angan je nak sangat ke sini. Bagi orang yang first time dengar, dorang akan tanya HALAL ke. Memang Halal ye semua. Kat kertas pelapik pau pun ada logo Halal. Nak kuatkan lagi, boleh search di JAKIM.

Yik Mun ni famous dengan kuih pau dia. Tanya lah kat sapa pun, mesti akan terbayang-bayang kesedapan pau yik mun ni. Ada di jual di RNR jugak. So apa lagi, cubalah makan.



Anak dara ibu abah yang ramai orang salah anggap sebagai boboboy. Muka ibu yang sentiasa tidak bermaya lately ni. Faktor penuaan hiuuu



Selain pau, ada menu macam-macam lagi ye. Cara order ala-ala makan kat old town. Tanda sendiri nak makan apa.



Ni menu saya. Sedap. Saya tak plus apa-apa cili sebab nak suap anak sekali. Sedap.



Ni husband punya. Sedap dan portion banyak. Tak habis makan sebab banyak.



Kedai sentiasa full house. Saya sampai tu dalam kol 11.30 pagi. Pun dah ramai orang. Kena makan kongsi-kongsi meja. Flash back macam makan kat kedai kopi zaman dulu-dulu. Seronok. Jangan tanya kenapa rasa seronok. Nasib baik encik suami melayan perangai isteri dia hiiii


Location kedai ni tepi jalan. Senang nak cari.

Yik Mun 益民茶餐室 
Restoran
Alamat3, Jalan Besar, 35900 Tanjong Malim, Perak
Waktu perniagaan
Dibuka hari ini · 9:30PG–9:00PTG





1 comment:

  1. wowww!!! mmg nmpk menarik menu2 kt kedai tu wawa. syoknya kalo dekat bole la p jjcm hihii

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!