Pages - Menu

Tuesday, January 24, 2017

Yik Mun Pau Tanjong Malim


26 NOVEMBER 2016 (SABTU)
TANJONG MALIM, PERAK


Selepas puas memujuk encik suami dan menunggu hari cuti encik suami ibarat 'menunggu bulan jatuh ke riba', maka sampai lah saya dan keluarga ke Yik Mun The Famous Tanjong Malim Pau. Dah lama mengidam nak ke sini. Dari umur belasan tahun lagi. Cuma time tu masih student dan just angan-angan je nak sangat ke sini. Bagi orang yang first time dengar, dorang akan tanya HALAL ke. Memang Halal ye semua. Kat kertas pelapik pau pun ada logo Halal. Nak kuatkan lagi, boleh search di JAKIM.

Yik Mun ni famous dengan kuih pau dia. Tanya lah kat sapa pun, mesti akan terbayang-bayang kesedapan pau yik mun ni. Ada di jual di RNR jugak. So apa lagi, cubalah makan.



Anak dara ibu abah yang ramai orang salah anggap sebagai boboboy. Muka ibu yang sentiasa tidak bermaya lately ni. Faktor penuaan hiuuu



Selain pau, ada menu macam-macam lagi ye. Cara order ala-ala makan kat old town. Tanda sendiri nak makan apa.



Ni menu saya. Sedap. Saya tak plus apa-apa cili sebab nak suap anak sekali. Sedap.



Ni husband punya. Sedap dan portion banyak. Tak habis makan sebab banyak.



Kedai sentiasa full house. Saya sampai tu dalam kol 11.30 pagi. Pun dah ramai orang. Kena makan kongsi-kongsi meja. Flash back macam makan kat kedai kopi zaman dulu-dulu. Seronok. Jangan tanya kenapa rasa seronok. Nasib baik encik suami melayan perangai isteri dia hiiii


Location kedai ni tepi jalan. Senang nak cari.

Yik Mun 益民茶餐室 
Restoran
Alamat3, Jalan Besar, 35900 Tanjong Malim, Perak
Waktu perniagaan
Dibuka hari ini · 9:30PG–9:00PTG





Tahun 2017

My feveret Macau Egg Tart by Baker's Cottage, Putrajaya


24 JANUARI 2017 (RABU)


Ternyata azam di hujung tahun lepas tu untuk publish one entry per day tak kesampaian. Ini bermakna azam ini memang tak boleh diteruskan untuk tahun 2017 ini juga. Dah jadi mak mak ni lain macam konsentrasinya.

Azam kurus pun tak kesampaian. Kalah dengan hari Selasa dan Khamis. Sebab kat ofis ada jualan untuk ke 2-2 hari tu. Jualan dia bukan sikit-sikit tau. Dah macam Jalan Tar. Tak kuat iman mak kau nak.

Azam tahun ni saya dan suami tak list kan betol-betol pun lagi. Tapi just discuss santai-santai dalam sembang-sembang. Ada jugak azam saya yang huband dengar terus pangkah. Sakit hati ibu. Tapi azam untuk kurus tu dapat sokongan 100% plus kali ni husband mention terus reward apa dia nak bagi. Wow! Sebelum ni just cakap surprise2 je. So nampak sangat dia terdesak nak suruh wife dia kurus ohoho. Ok bang! Reward tu berjaya mencairkan hati ni untuk kurus. Pelan-pelan okes.

Azam tahun ni lebih kepada nak 'menambah'
Menambah 'saving' laki bini
Menambah 'aset' hartanah
Menambah 'aset' emas (._.)
Menambah 'anak' - InsyaAllah
Short vacation

Apa pun, diharapkan tahun ini lebih segala-galanya dari tahun terdahulu. Tahun yang lebih santai harapnya. InsyaAllsh dengan keizinan Dia.