HARI RAYA PERTAMA
6 JULAI 2016
ARAU, PERLIS
RUMAH MERTUA
Buat pertama-tama kalinya kami laki bini beraya tak sedondon. Selalunya saya la yang buat adegan tak puas hati kalau husband tak nak beli baju melayu sedondon, sebab dia cakap dah banyak sangat baju melayu. Tapi kali ni, saya macam redha ja sebab .......... (*____*)
Raya tahun lepas, saya dalam pantang sebab Aisyah lahir pada 14 Ramadhan. So last year banyak memendam rasa la....Semua benda tak dapat makan. Kali ni dah pasang azam, akan makan sepuas hati haha. Takyah fikir gemuk ka apa. Yang penting nak makan semua +______+. Rasa macam nak lompat-lompat sebab dapat makan macam-macam. Tapi ada 2 benda yang husband masih melarang isteri dia makan. LAKSA dan LAKSAM. Jadinya, bertabah aja lah.
Macam biasa, kali ni turn rumah mertua. Sampai kat rumah mertua sehari sebelum raya. Tolong potong daging dan apa yang patut. Tolong susun kuih raya masuk balang. Ikut 1 family pergi ziarah sedara mara sebelah mertua.
HARI RAYA KETIGA
8 JULAI 2016
BUKIT MERTAJAM, P. PINANG
RUMAH AYAH
Sampai-sampai terus bergambar dengan kakak-kakak dan adik. Adik lelaki ja tak ada dalam pic ni. Jelos laaa depa semua kurus-kurus uhuk uhuk.
Pastu beraya dengan ayah. Pastu makan nasik ayam kakak masak. Plan asal nak masak sekali pagi raya ketiga tu. Tapi tak sempat sebab bertolak dari rumah mertua lambat sob sob sob. So bila dah sampai rumah ayah, nasik ayan dah siap masak. Tak sempat den nak belajar. -_____-
HARI RAYA KEEMPAT
9 JULAI 2016
10.00 PAGI
BATU FERINGGHI, PENANG
Saya dengan family kakak-kakak, adik dan ayah datang berkelah kat Batu Feringghi. Tujuan asal sebab nak bagi si Aisyah ni mandi air masin. Aisyah ni jadi gatal-gatal 1 badan sampai ke kepala. Tapi walaupun dah baik gatal-gatal tu, tangan dia still lagi menggaru. So ikhtiarlah cuba bagi mandi air masin pulak.
Saya tak mandi pun.
Makan ja banyak. Semua masak kat rumah. Yang simple2 ja. Sebab malas nak membeli kat sini.
Makan ja banyak. Semua masak kat rumah. Yang simple2 ja. Sebab malas nak membeli kat sini.
Si Aisyah ni pun balik kampung jadi merap sungguh dia. Melekat ja dengan ibu abah dia. Dia tak mau kat orang-orang yang berumur. Maybe sebab persekitaran selalu jumpa orang mua-muda ja kot. Balik sekali lagi, hope dah ok si Mek Cah ni.
HARI RAYA KEEMPAT
9 JULAI 2016
3.00 PETANG
ASTAKA, PADANG KOTA LAMA, PENANG
Lepas dah puas mandi, singgah makan kat sini pulak. Mee sotong dengan coconut shake. Ya Allah sedapnya. Masa mengandung kat Aisyah, boleh dikatakan hampir setiap minggu (Sabtu/ Ahad), saya akan ajak husband makan mee sotong kat sini. Tak jumpa oiii rasa macam ni kalau nak cari kat tempat lain. Serius! Sedap! Tapi kena beratur kalau time musim cuti ni. Ramai orang.
Semua ada kecuali adik yang lelaki dan abang ipar ke 2. Depa dah start keja.
Lepastu balik naik feri. Malam tu dah bertolak balik Putrajaya. Sekian sahaja cerita raya saya.
Allahu sedapnya tengok Mee sotong tu. kitorang panggil mee Pata. dah lama x kena nih! nyum nyum
ReplyDelete