Pages - Menu

Friday, March 8, 2013

The Engagement Preparation


8 March 2013 (Jumaat)

Alhamdulillah masih bernyawa di bumi Allah ini di penghulu segala hari yang menjanjikan sesuatu yang pasti berlaku cuma bila dan waktunya sahaja yang belum diketahui...Percayalah janji Allah itu pasti....Buat pertama-tama kalinya sepanjang berblog dan sepanjang hidup ini saya akan update sesuatu yang akan merubah status saya pada tahun ini...InsyaAllah...Kita hanya merancang, Dia yang menentukan....

Dilahirkan sebagai anak Melayu, sentiasa kaya dengan adat ketimuran kita...Membesar dengan adat yang penuh sopan sentiasa menghalusi perbuatan kita....Pokok pangkalnya saya dibesarkan di dalam keluarga yang mementingkan peraturan adat...Tiba-tiba jadi macam serius kan bila cakap pasal nak ubah-ubah status ni :) ok...tak mau serius2....kita santai-santai je :)



MERISIK
:::
BERTUNANG
:::
IJAB QABUL
:::
MAJLIS RESEPSI
-PEREMPUAN-
:::
MAJLIS RESEPSI
-LELAKI-


MERISIK
Majlis merisik buat kecil-kecilan...Perbincangan antara kedua-dua keluarga...Done - 10 Februari 2013

BERTUNANG
Tarikh telah ditetapkan :) Almost 1 month dari sekarang....Preparation tak buat apa-apa lagi...Tapi kakak-kakak yang excited :) Maklum la kan rumah dah lama tak buat kenduri-kenduri besar ni melainkan kenduri arwah dan kenduri doa selamat... Bila sebut pasal bertunang ni...1st tu rasa macam simple je....Tapi bila dah siap check list..Mak ai banyak nye nak kena buat....Ok...kita buat pelan-pelan....Don't be gelabah ok :)

1. Hantaran
- 9 dulang dari pihak perempuan

2. Goodies Bag
- Kak ajan nak buat...

3. Catering
- Jumlah orang
- Kanopi (maybe...belum decide)

4. Mini Pelamin
- Nak buat ke? Huh rasa macam malu nak duduk atas pelamin tu huhu

5. Bilik

6. Photographer (maybe)

7. Dress bertunang (Paling penting)
- Yang paling penting kena letak yang paling last sekali hihi


Banyak benda kan nak kena buat time bertunang ni....My sis cakap memang la bertunang tu kita rasa macam simple dan more to menepati adat, tapi moment bertunang tu InsyaAllah hanya sekali dan sampai bila-bila pun kita tak kan dapat rasa dah moment tu....So cuba lah buat sehabis baik kan! *______*



5 comments:

  1. cantik bunga tangan pic tu... hihihi... semoga persiapan berjalan dgn baik yeaa..happy for u

    ReplyDelete
  2. tryla yg ni hehehhe sekadar perkongsian

    http://www.cheyantie.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=50

    http://www.cheyantie.blogspot.com/2012/12/tadaaapelamin-diy-cik-anis.html

    ReplyDelete
  3. nak kongsi gak hehehe

    http://www.cheyantie.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=50

    ReplyDelete
  4. cheyantie
    thanks a lot...dah tengok kat blog...pandai nya decorate....buat sendiri lagi puas hati kan....plan nak buat sendiri jugak ni :)

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!