Diploma Batch
Geng sehostel till final sem :)
Degree Batch
Geng melantak...
Bersantai di atas Bukit Kachi 2
Kerja Batch
Alhamdulillah, saya telah ditemukan oleh Allah dengan kawan yang baik-baik semuanya.
Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya. (Hadis riwayat al-Hakim)
10 JENIS KAWAN YANG BAIK
1. Jenis Pendengar
Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili anda salah atau tidak. Mereka tidak akan menyampuk luahan hati anda dan tidak akan memberi nasihat sehingga anda pinta. Anda patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan lagi jika kawan jenis ini juga sangat bagus menyimpan rahsia.
2. Jenis Jujur
Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang anda dengar. Mereka sangat jujur sehingga ada yang ditafsirkan sebagai biadap. Sahabat jenis ini akan sentiasa menegur dan mengingatkan ketika kita melakukan sebarang kesalahan. Tanpa diminta, dia akan mengkritik jika kita melakukan sesuatu yang salah. Sahabat jenis ini sangat baik untuk mengingatkan kita kepada jalan yang benar, meskipun kadangkala agak menjengkelkan dan menyakitkan hati untuk bersama sahabat seperti ini. Kawan jenis ini yang akan memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang atau sekiranya kasut yang anda pakai tidak sesuai dengan baju anda.
3. Jenis Bermotivasi dan Berfikiran Positif
Mempunyai sahabat jenis ini bermakna kamu sangat bertuah, kerana sahabat seperti ini akan sentiasa mendukung (memberi semangat) apa yang kamu lakukan dan turut serta gembira dengan kejayaan kamu. Kamu akan berasa bersemangat dan motivasi dalaman meningkat semasa bersama dengan dia.
4. Jenis pengambil berat
Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu atau kakak yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu atau kakak anda. Anda juga akan rasa lebih bahagia jika mempunyai sahabat yang seperti ini. Berada di sekitarnya akan membuatkan kamu rasa damai dan tenang. Dia akan memberikan nasihat dan dorongan yang berguna kepada kamu diwaktu kamu memerlukannya. Kehidupan kamu akan menjadi lebih terurus dan tidak serabut jika mempunyai sahabat yang seperti ini bersama kamu.
5. Jenis Penggembira 'Happy Go Lucky!'
Mungkin jenis ini lebih banyak disukai. Bersahabat dengan seseorang yang penggembira akan sentiasa membuatkan kamu mudah tertawa di waktu sedih dan duka. Rasanya seperti tidak lengkap kehidupan jika tidak mempunyai seorang sahabat yang seperti ini. Di saat tertekan dan kecewa, sahabat seperti ini akan sangat membantu untuk menceriakan diri kamu semula.
6. Jenis Penggemar Fesyen
Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Coach. Maka, anda patut memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini kerana mereka mempunyai pengetahuan mengenainya. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya sekali sekala anda ingin berbelanja untuk satu-satu barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa dan pandangan yang boleh dijadikan panduan.
7. Jenis Cergas
Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau gym yang baru dibuka berdekatan dengan rumah anda patut dicuba atau tidak? Tanya saja si cergas. Mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsia berkenaan kecergasan dan masakan rendah kalori yang lazat dan enak. Ingin berjoging tapi tiada yang teman? Ajak saja mereka ini, mereka sangat berbesar hati menemankan anda bersenam di taman.
8. Jenis Ala Diva
Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tidak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka ini bukan ‘drama queen’ tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri, comel dan tiada musuh.
9. Jenis Lasak
Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki yang boleh menolong anda. Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka sangat boleh diharap.
10. Jenis sentiasa ada ketika susah dan senang
Yang ini paling susah nak dapat. Kawan yang sentiasa ada bersama di waktu susah dan senang. Dalam senarai panjang kawan yang dimiliki oleh semua orang, kawan sebegini hanya boleh dikira dengan jari sahaja. Kawan yang di dalam jenis ini biasanya seorang yang humble, setia, sering membantu, gemar berkongsi dan merendah diri.
Ali bin Abi Talib r.a pernah berkata;
“Sejahat-jahat kawan ialah yang menyuruh engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”
Wasiat Khalifah Umar Abdul Aziz ini;
“Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.”
5 JENIS KAWAN YANG PATUT DIJAUHI
1 . Mementingkan Diri Sendiri
Dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi. Mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara. Segalanya mesti dia yang utama dan tidak boleh melihat orang lain lebih darinya. Keutamaannya ialah nafsu diri sendiri kerana tamak pada kemewahan, status diri dan harta dunia.
2 . Pengampu
Setiap perkara yang kita lakukan dia akan bersetuju, tidak kira sama ada perkara itu betul ataupun salah. Apabila dihadapan, dia memuji kita namun di belakang kita, dia merendahkan dan mungkin mengkhianati kita.
3 . Pemboros Dan Suka Hiburan
Apabila seronoknya datang. Dia menjadi kawan yang setia. Dia senang menjadi sahabat jika kita berhibur, berkeliaran dan melepak pada bila bila masa, serta suka ke tempat tempat hiburan da meminati hiburan yang melalaikan.
4 . Membuat Kita Semakin Jauh Daripada Allah
Seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain serta mendekati jalan jalan kemungkaran. Hidupnya penuh ranjau dan onak yang membawa kepada kekufuran.
5 . Suka Membantah Bantah
Jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain. Bagi dirinya, dia sahaja yang betul. Hati-hati dalam berkawan. Kalau ada yang tidak kena, cubalah mengalah. Tidak apa, mengalah bukan bererti kalah, berserah bukan bererti menyerah. Mengalah itu indah, berserah itu saleh. Cuma Allah S.W.T hanya memperlambatkan kemenangan untuk menguji hambaNya yang beriman.
Hadis Riwayat Abu Daud;Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
Surah Ali-Imran: Ayat 200;
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah S.W.T agar kamu beruntung."
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.
Sahabat2 yg baik adalah rezekimdr Allah :)
ReplyDeleteQA'S ~ Alhamdulillah! :)
ReplyDelete