Pages - Menu

Friday, November 30, 2012

KODOK NGOROK l POTONG BEBEK ANGSA l QUE SERA SERA l ROW, ROW, ROW YOUR BOAT l KOOKABURA

30 November 2012

Hari ni pakai baju kaler soft peach match dengan tudung bawal warna yang sama... Hari ni hati rasa berbunga sebab esok cuti (+____+) My lil sis pun dah abis exam SPM... Nak kena teman dia pi beli Samsung Ace... Dia dah mengidam dari sebelum exam lagi... My dad dah cakap nak beli apa pun semua pas dah abis exam... Sebab my lil sis ni jenis hantu IT... confirm dia akan melekat dengan HP 24 hours except tido & mandi... Time lain melekat aja... Tapi ok la kan dari dia merewang keluar tempat tak tentu hala :) Tapi yang tak syoknya pasal my lil sis ni, dia ni dapat apa saja kat tangan dia dia mesti ROSAK... haaa tu cam mana....haru! (>.<)


okes... nak share lagu zaman-zaman kecik-kecik dulu.... belajar kat sekolah rendah.... cikgu yang ajar tu Cikgu Aliza & Cikgu Azrul... ada banyak lagi sebenarnya... tapi yang boleh ingat sampai sekarang, 5 lagu ni je... tapi kan... dalam banyak-banyak lagu yang cikgu ajar... ada 1 lagu ja yang cikgu tak pernah ajar... nak tau tak lagu apa... lagu 'twinkle twinkle little star'.... sampai ke hari ni just tau 1 ayat ni je... tu pun dengar iklan kat tv huhu.... kesian kan... tapi lagu yang cikgu ajar ni semua best-best... sampai ke hari ni boleh ingat :) nanti leh nyanyi kat anak-anak pulak kan :) kalau nak tau bunyi cam mana.... sila-sila la search kat youtube :)


KODOK NGOROK
Kodok Ngorok Rokotok-Rokotok
Di Pinggir Kali Rikitik Rikitik
Ia Jatuh Rokotok Rokotok
Lalu Mati Rikitik Rikitik




POTONG BEBEK ANGSA
Potong Bebek Angsa
Masak Di Kuali
Nona Minta Dansa
Dansa Empat Kali
Sorong Ke Kanan
Sorong Ke Kiri
La La La La La La La La La La
Sorong Ke Kanan
Sorong Ke Kiri
La La La La La La




QUE SERA SERA
When I was just a little girl
I asked my mother,
what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart
what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, SeraWhat will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.



ROW, ROW, ROW YOUR BOAT
"Row, row, row your boat,

Gently down the stream
,
Merrily, merrily, merrily, merrily,

Life is but a dream

Row, row, row your boat
,
Gently up the creek,
If you see a little mouse, 

Don't forget to squeak!

Row, row, row your boat
,
Gently down the stream,
If you see a crocodile, 

Don't forget to scream!

Row, row, row your boat
,
Gently to the shore,

If you see a lion
,
Don’t forget to roar!

Row, row, row your boat,
Gently down the river,
If you see a polar bear,
don't forget to shiver!

Row, row, row your boat,
Gently down the stream,
If you see a butterfly,
don't forget to smile!



KOOKABURA
Kookaburra sits in the old gum tree
Merry, merry king of the bush is he
Laugh, Kookaburra! Laugh, Kookaburra!
What a life you lead

Kookaburra sits in the old gum tree
Merry, merry, merry little bird is he
Sing, Kookaburra! Sing, Kookabura!
Sing your song for me

Kookaburra sits in the old gum tree
Eating all the gum drops he can see
Stop, Kookaburra! Stop, Kookaburra!
Leave some there for me

Kookaburra sits in the old gum tree
Counting all the monkeys he can see
Stop, Kookaburra! Stop, Kookaburra!
That’s not a monkey that is me





Wednesday, November 28, 2012

Gambar Istiadat Konvo

Paling suka pic ni! Sebab tu letak pic ni 1st :)




Untuk konvo ni tak buat baju baru pun, just pakai baju batik yang selalu dok pakai hari khamis je... Kasut pun pakai kasut pi ofis... Nasib baik berjaya lepas sekatan, sebab sepatutnya kena pakai kasut bertutup... Kalau sangkut time protocol spotcheck tu, memang tak boleh naik stage... Ada 3 kali protocol spotcheck before naik stage :) Ada jugak member yang sangkut... Kena pinjam kasut staff... Jangan tiru amalan nakal ni! Ni mencari nahas namanya *_____*


MEE UDANG BANJIR DAN IKAN BAKAR


AGENDA:
MAKAN BESAR FAMILY

LOKASI:
D'KING
MEE UDANG BANJIR DAN IKAN BAKAR
SUNGAI PETANI, KEDAH

TARIKH:
25 NOVEMBER 2012 (AHAD)

MASA: 
8.00 MALAM


Makan besar kali ni my 2nd sister belanja.... tu yang baju merah tudung merah tu.... Restoran ni provide 2 jenis tempat makan... boleh pilih sama ada nak makan duduk bersila dalam wakaf macam ni.... ataupun nak makan macam biasa kat meja... my family prefer yang boleh duduk bersila sebab senang budak kecik nak main kan... senang la depa nak berlari sana sini sementara mak ayah depa dok melantak kan... dalam pic ni tak da my 1st sister dengan anak 2nd dia hadif... 1 lagi, parking pun banyak... tapi klu sampai lambat memang restoran ni full la sebab orang ramai sangat... nasib baik datang awal hari tu...


Ni dia menu utama... dah nama restoran pun MEE UDANG BANJIR kan... mesti lah order yang ini... tapi aku tak makan la sebab udang besar sangat... takut nak makan hoho.... my sis cakap aku 'pe me rak mak' udang besar pun takut nak makan....aku ngan adik bongsu prefer nasik lagi... so menu untuk nasik... order macam biasa lah ikan siakap sweet sour, sotong goreng, sambal udang, sup sayur + cendawan... depa yang lain semua makan mee udang ni


cer tengok... saiz udang dengan saiz sudu tu!... udang ni besar ya amat... bukannya tak mau makan.... aku ni kan alergic... kang tak pasal-pasal jenuh gatal-gatal nanti... sabor je la


ni ha pencuci mulut... hamik kau...pencuci mulut sate... 20 sate ayam 10 sate daging... harga? jangan tanya... sebab i makan je.... orang lain yang bayor :)


ni 4 orang anak sedara aku... main je keja depa.... 
makan sikit main yang banyak
Afrina, Adril, Adelia, Hadif


dengan my boifren....kenyang giler... mengah... sampai tak buleh nak bangun 


tengok la ni.... sapa la yang makan kan.... dengan ada air tumpah lagi... yang ni kerja adelia


sebelum masuk restoran... boleh check promotion price dengan HAPPY HOUR
Berbeza-beza setiap hari tau... siap ada website lagi tu MEE UDANG BANJIR ni


okes... dah kenyang... dah boleh balik... posing dulu kat pintu masuk 
D'KING MEE UDANG BANJIR & IKAN BAKAR
boleh tahan makanan dia....tapi personally, aku lebih prefer makan kat JURU :) maybe sebab aku tak berapa suka udang kan... Penggemar udang, sila-sila la mai try makan kat sini... mesti hampa semua teruja sebab udang besaq sangat :)



Friday, November 23, 2012

1st Giveaway by kumbang jingga


Assalamualaikum...

Sejak aktif berblog semula ni (setahun stop blogging), ni lah 1st giveaway yang aku terasa nak join. Sebabnya special tang hadiah tu. Hadiah untuk giveaway ni NOVEL. Penulis novel ni nama Matt Romeo... Yang special pasal Matt Romeo ni pulak, dia ni penulis untuk majalah gila-gila... So, tak tercapai akalku macam mana cara penceritaan novel yang dihasilkan oleh seorang kartunis! Selalu dok baca novel cintan cintun je... Tangkap nangis tangkap sendu sedan je :) Memang aku tertarik giler lah tang hadiah KUMBANG JINGGA ni! Dah join!


Cara nak sertai:

1. Follow blog nie (DONE)
2. Letak blog ni kt bloglist korang (DONE)
3. Buat entry mengenai 1st GA kumbang jingga (DONE)
tajuk entry anda : 1st Giveaway by kumbang jingga
Letak pic kt atas then link kan ke entry GA nie
4. sila tinggalkan url anda di ruangan komen di bawah untuk disemak ;p (DONE)

Tarikh tutup: 25 Nov 2012 (Besday si kumbang jingga hehe)

Nah! aku bagi kek ni :)


Makanan Yang MESTI MAKAN Bila Datang Ke Penang

Assalamualaikum.

Sekarang ni sedang musim cuti sekolah kan. Bagi yang nak datang bercuti ke Penang. Saya nak cadangkan beberapa makanan yang MESTI TRY kalau datang ke Penang.


source: google

Roti Cheese Tandoori Kapitan

Memang sangat sedap....& sangat kenyang giler...
korang tak perlu makan nasik sehari...fuhhhh mmmmemang best!
kalau tak percaya....boleh try! 

 
 
source: google

Biryani Claypot Kapitan

Second, biryani ni pun kena try...option untuk sape-sape yang tak berape suka nasik kandar...
yang ini pun sangat sedapppp
marvellous!!!

 
source: google

Burger Special Rahim Burger

Third, kena try yang ini jugak....sangatttttt sedappp sampai tak terkata...
nak kena datang beli awal-awal dalam kol 3
kalau beli time balik keje kol 5...memang kena tungguu lama
sangattt sedappp....kena makan time panassss



 
source: speedrider networks


ni ha burger special Rahim Burger...
lain dari yang lain.....dorang letak daging & hot dog sekali
sedapppp bangattt
saje kasi pic besar...nak bagi korang jeles  :)

ok....untuk nasi kandaq, char koey teow, mee sotong Padang Kota....nanti free2 saya story mory lagi...k tata


Thursday, November 22, 2012

Shawl RADIUSITE


SHAWL RADIUSITE

Shawl di RADIUSITE semua cantik-cantik... Kalau sekali tengok, rasa macam nak grab semua warna... Tapi aku hanya mampu tengok je... Tak boleh nak membeli... Sebab aku ni spesis yang boleh accept tudung bawal je... Abis-abis nak stylo pun cari tudung ARIANI dan FAREEDA je... Kalau FAREEDA pulak aku akan make sure brooch tu tak menonjol... Ohh! spesis apekah ini? fikir senyap-senyap dalam hati :) 

Nak stylo lilit-lilit kepala tak berapa nak expert... Dan kalau lilit pun, bertahan 30 minit je... Pastu mula la nak mencari toilet :) Ni luahan dari orang yang tak biasa pakai shawl... Tapi rasanya ni alergic bagi peringkat awal orang yang baru pakai shawl... Dah terbiasa nanti mesti selesa dan senang kan...

Pandangan dari orang yang expert lilit melilit shawl ni, my fren cakap pakai shawl lagi mudah! lagi senang! dari pakai tudung lain yang seangkatan dengannya....

ni trademark my fren 'ala lilit lilit je'
Syaratnya kena biasakan pakai shawl la...
kan dah cakap pakai shawl senang! huhu


Tapi nak buat macam mana.... tudung bawal tetap di hatiku :)
Berdoa moga satu hari nanti terbuka hati nak try shawl... InsyaAllah :)

Korban di Gaza Terus Meningkat

Sedih tengok situasi ni. Bantulah Bumi Gaza selagi terdaya dan bantulah dengan cara apa sekali pun mengikut kemampuan yang ada 


Bandar Raya Gaza, 21 Nov 2012 : Enam lagi penduduk Palestin terkorban dalam serangan di Gaza pagi semalam, selepas malam yang tenang buat kali pertama sejak serangan Israel tujuh hari lalu, kata jurucakap perkhidmatan ambulans.

“Enam penduduk mati syahid dalam dua serbuan di kawasan Mughraqa di selatan Bandar Gaza dan yang ketiga terkorban di Beit Lahiya,” kata Adham Abu Selmiya.

Beliau berkata, korban terbaru dikenali Abdel Rahman Hamed yang terbunuh di Safina dan Mohammed Badr yang terkorban dalam serangan di Deir al-Balah di tengah Gaza.

Kematian terbaru meningkat angka kematian di pihak Palestin kepada 116 orang dengan mereka yang cedera lebih 920 orang.

Sokong usaha Mesir

Semalam, 10 menteri luar negara Arab dan Turki, menyeberang ke Gaza bagi menyatakan sokongan padu kepada wilayah Palestin ditadbir Pergerakan Hamas.

Lawatan itu dirancang pada mesyuarat tergempar Liga Arab di Kaherah Sabtu lalu, ketika negara Arab menyatakan sokongan kepada usaha Mesir untuk melaksanakan gencatan senjata antara Israel dan Palestin.

“Menteri berkenaan adalah dari Mesir, Maghribi; Palestin; Iraq; Sudan; Qatar; Lubnan; Jordan dan Turki. Mereka diiringi pemimpin Liga Arab, Nabil Elaraby,” kata sumber pertubuhan itu.

Sementara itu tentera Israel berkata, ia menyerang kira-kira 100 sasaran di jaluran pantai pada waktu malam, menggunakan pesawat, kapal perang dan meriam.

Perkhidmatan kecemasan Palestin berkata serbuan itu merosakkan Bank Islam Nasional yang ditubuhkan kerajaan Hamas.

“Sebuah institusi kewangan yang digunakan Hamas untuk membantu aktivitinya menjadi sasaran tentera Israel di utara Semenanjung Gaza,” kata kenyataan tentera.

Rumah di bom

Kementerian dalam negeri Palestin dan saksi juga memberitahu AFP bahawa serangan itu mengenai rumah beberapa pemimpin militan, termasuk Raed Aatar, seorang komander kanan dalam sayap senjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam.

Rumah Abu Anza, seorang pegawai Qassam di Khan Yunis, juga dibom bersama pejabat Jihad Islam di bandar sama selatan Gaza.

Seorang jurucakap tentera memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya tiga roket mengenai selatan Israel semalaman, dan dua lagi dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome (Kubah Besi).

Kelmarin, adalah hari paling berdarah operasi Israel sejak ia dilancarkan Rabu lalu dengan 32 orang terbunuh. - AFP
    Sumber: BeritaHarian

VIVA Forever ::: FRIENDS Forever BFF

Diploma Batch
Geng sehostel till final sem :)


Degree Batch
Geng melantak...
Bersantai di atas Bukit Kachi 2


Kerja Batch


Alhamdulillah, saya telah ditemukan oleh Allah dengan kawan yang baik-baik semuanya.

Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya. (Hadis riwayat al-Hakim)   



10 JENIS KAWAN YANG BAIK


1. Jenis Pendengar

Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili anda salah atau tidak. Mereka tidak akan menyampuk luahan hati anda dan tidak akan memberi nasihat sehingga anda pinta. Anda patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan lagi jika kawan jenis ini juga sangat bagus menyimpan rahsia.

2. Jenis Jujur

Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang anda dengar. Mereka sangat jujur sehingga ada yang ditafsirkan sebagai biadap. Sahabat jenis ini akan sentiasa menegur dan mengingatkan ketika kita melakukan sebarang kesalahan. Tanpa diminta, dia akan mengkritik jika kita melakukan sesuatu yang salah. Sahabat jenis ini sangat baik untuk mengingatkan kita kepada jalan yang benar, meskipun kadangkala agak menjengkelkan dan menyakitkan hati untuk bersama sahabat seperti ini. Kawan jenis ini yang akan memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang atau sekiranya kasut yang anda pakai tidak sesuai dengan baju anda.

3. Jenis Bermotivasi dan Berfikiran Positif

Mempunyai sahabat jenis ini bermakna kamu sangat bertuah, kerana sahabat seperti ini akan sentiasa mendukung (memberi semangat) apa yang kamu lakukan dan turut serta gembira dengan kejayaan kamu. Kamu akan berasa bersemangat dan motivasi dalaman meningkat semasa bersama dengan dia.

4. Jenis pengambil berat

Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu atau kakak yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu atau kakak anda. Anda juga akan rasa lebih bahagia jika mempunyai sahabat yang seperti ini. Berada di sekitarnya akan membuatkan kamu rasa damai dan tenang. Dia akan memberikan nasihat dan dorongan yang berguna kepada kamu diwaktu kamu memerlukannya. Kehidupan kamu akan menjadi lebih terurus dan tidak serabut jika mempunyai sahabat yang seperti ini bersama kamu.

5. Jenis Penggembira 'Happy Go Lucky!'

Mungkin jenis ini lebih banyak disukai. Bersahabat dengan seseorang yang penggembira akan sentiasa membuatkan kamu mudah tertawa di waktu sedih dan duka. Rasanya seperti tidak lengkap kehidupan jika tidak mempunyai seorang sahabat yang seperti ini. Di saat tertekan dan kecewa, sahabat seperti ini akan sangat membantu untuk menceriakan diri kamu semula.

6. Jenis Penggemar Fesyen

Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Coach. Maka, anda patut memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini kerana mereka mempunyai pengetahuan mengenainya. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya sekali sekala anda ingin berbelanja untuk satu-satu barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa dan pandangan yang boleh dijadikan panduan.

7. Jenis Cergas

Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau gym yang baru dibuka berdekatan dengan rumah anda patut dicuba atau tidak? Tanya saja si cergas. Mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsia berkenaan kecergasan dan masakan rendah kalori yang lazat dan enak. Ingin berjoging tapi tiada yang teman? Ajak saja mereka ini, mereka sangat berbesar hati menemankan anda bersenam di taman.

8. Jenis Ala Diva

Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tidak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka ini bukan ‘drama queen’ tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri, comel dan tiada musuh.

9. Jenis Lasak

Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki yang boleh menolong anda. Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka sangat boleh diharap.

10. Jenis sentiasa ada ketika susah dan senang

Yang ini paling susah nak dapat. Kawan yang sentiasa ada bersama di waktu susah dan senang. Dalam senarai panjang kawan yang dimiliki oleh semua orang, kawan sebegini hanya boleh dikira dengan jari sahaja. Kawan yang di dalam jenis ini biasanya seorang yang humble, setia, sering membantu, gemar berkongsi dan merendah diri.


Ali bin Abi Talib r.a pernah berkata;

“Sejahat-jahat kawan ialah yang menyuruh engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Wasiat Khalifah Umar Abdul Aziz ini;

“Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.”


5 JENIS KAWAN YANG PATUT DIJAUHI


1 . Mementingkan Diri Sendiri

Dia terlalu banyak meminta dan sedikit memberi. Mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara. Segalanya mesti dia yang utama dan tidak boleh melihat orang lain lebih darinya. Keutamaannya ialah nafsu diri sendiri kerana tamak pada kemewahan, status diri dan harta dunia.

2 . Pengampu

Setiap perkara yang kita lakukan dia akan bersetuju, tidak kira sama ada perkara itu betul ataupun salah. Apabila dihadapan, dia memuji kita namun di belakang kita, dia merendahkan dan mungkin mengkhianati kita.

3 . Pemboros Dan Suka Hiburan

Apabila seronoknya datang. Dia menjadi kawan yang setia. Dia senang menjadi sahabat jika kita berhibur, berkeliaran dan melepak pada bila bila masa, serta suka ke tempat tempat hiburan da meminati hiburan yang melalaikan.

4 . Membuat Kita Semakin Jauh Daripada Allah

Seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain serta mendekati jalan jalan kemungkaran. Hidupnya penuh ranjau dan onak yang membawa kepada kekufuran.

5 . Suka Membantah Bantah

Jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain. Bagi dirinya, dia sahaja yang betul. Hati-hati dalam berkawan. Kalau ada yang tidak kena, cubalah mengalah. Tidak apa, mengalah bukan bererti kalah, berserah bukan bererti menyerah. Mengalah itu indah, berserah itu saleh. Cuma Allah S.W.T hanya memperlambatkan kemenangan untuk menguji hambaNya yang beriman.

Hadis Riwayat Abu Daud;

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”

Surah Ali-Imran: Ayat 200;

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah S.W.T agar kamu beruntung."


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Wednesday, November 21, 2012

Tuesday, November 20, 2012

ENTRY INI UNTUK STOBERI.CICAH.RACUN

stobericicahracun perasan tak...pic ni macam kita posing kat pokok sakura depan rumah tu :)


SPECIAL ENTRY
FOR
STOBERICICAHRACUN


INI LAH CIK KAK YANG DOK TERJAH
BLOG WAWA SYAIDA
BILA LAH KAN ORANG TU
NAK ACTIVE KAN BALIK 
BLOG STOBERICICAHRACUN NI!
DAH MENGIDAM NAK BACA ENTRY GILA-GILA TU!



JENUH GODEK-GODEK ENTRY LAMA-LAMA NI ~~~


Hari-Hari Mesti Posing


Tragedi Toilet Tersumbat ~~ Tunggu plumber


Terperangkap dalam pagar depan umah ~~ Leh posing lagi tu...
Hampir2 nak call BOMBA!


Latest pic 2012
Comeynya riben kat tengkok dia!!!! riben i maintain :))))



tetiba terjumpa pic niiii..bila la nak kurus camni balik....
sejak sejak mai komtar...sejak sejak ada lif ni....terus bertambah-tambah tembun kau



Monday, November 19, 2012

SHARK FIN SOUP

KHASIAT SHARK FIN SOUP
  • Menguatkan pinggang
  • Membantu memulihkan tenaga
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mencergaskan buah pinggang dan paru-paru
  • Melancarkan penghadaman
  • Kaya dengan protein



  
RESEPI SHARK FIN SOUP

Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak bijan
4 biji cendawan cina dihiris
9 sukatan cawan stok ayam
4 aun shark fin tiruan buatan agar-agar
8 aun isi dada ayam – dihiris
8 aun isi ketam
1 biji telur – putih shj
1 ½ sudu besar kicap soya
1 sudu kecil perasa ikan
1 ½ sudu tepung jagung (dicampur dengan stok ayam)

Cara memasak:
Masukkan stok ayam ke dalam sup bersama air sebelum mendidih
Kemudian masukkan pula campuran tepung jagung hingga pekat
Selepas itu masukkan cendawan cina dan isi dada ayam serta isi ketam kedalam periuk
Selesai diaduk masukkan minyak bijan dan perasa ikan ke dalam masakan
Kacau putih telur terlebih dahulu sehingga halus sebelum mencampurkan ke dalam bahan lain
Masukkan pula shark fin tiruan
Akhir sekali tambahkan kicap soya dan kacau hingga sesuai rasanya
Hidangkan Shark Fin Soup bersama teh cina

Sumber Resepi:

Doa Memohon Ketetapan Hati



Hayati makna doa tersebut dan pintalah sungguh-sungguh dengan ALLAH. KepadaNYA lah kita pinta akan hidayah dan taufiq.


Saturday, November 17, 2012

Hotdog dan Ubi Kentang Masak Sweet Sour

16 November 2011 ( Jumaat)


Dok rumah saja semalam... Ber facebook, tengok tv, baca novel 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' dan masak! Memang tak teror bab masak memasak ni...Tapi nak try jugak masak sebab bab ni memang tak boleh lari kan... Masak yang senang dan apa yang perut sendiri nak makan... Memang best! Sedap ke tak sedap ke sendiri yang nak makan kan :)


BREAKFAST
Roti Gardinea Celup Telur

Senang je, pukul telur + bawang + garam + mayonis
Pastu celup telur dan goreng
Siap!


LUNCH
Hotdog + Ubi Kentang Masak Sweet Sour

Macam western sikit bila siap masak.... Imagine jadi macam lain haa... Tapi bila siap jadi macam ni pulak... Layan! Rasa ada pedas2 sikit, sweet & sour :) Resepi? Tak tau nak cerita sebab main campak-campak je! Makan dengan nasik panas memang best... Pastu boleh sambung baca novel dan tertido sampai petang haha



* Saje kasi enlarge pic! Sedap tau :)

DINNER
Roti Auntie Anne's

Makan roti je... Sebab my housemate trainee kat Auntie Anne's... Kerap jugak dia bawak balik roti... Masalahnya, tekak dah tak boleh terima... Masa mula-mula dulu suka la makan sebab roti ni mahal ken... Tapi bila dah selalu sangat, memang naik muak lah... Seplastik dia bawak balik semalam... Tekak just leh layan 3 ketol roti celup coklat ni je... Tu pun dah terkial-kial... Selebihnya sedekah kat jiran-jiran... Alhamdulillah




Ari ni lunch time nak masak kangkung masak air...uhhh teringin sangat dah! My sis baru sms resepi... Haha +_____+

Friday, November 16, 2012

::: PANTAI QUEENSBAY ::: BATU FERINGGI ::: PANTAI SEAGATE :::

Aktiviti 15 November 2012 (Khamis)


::: BATU FERINGGI :::

Bagi orang Penang tak sah lah kalau tak pernah berkelah or main-main air kat Batu Feringghi... Bagi orang yang bukan dari Penang pulak mesti teringin nak mandi kat sini kan :) Pantainya panjang tapi problem tang parking keta tu...Sebab kena parking kat tepi-tepi jalan yang memang sedia ada sempit... Parking yang disediakan ada tapi sangat-sangat limited.... Tapi jangan risau, kalau tiba-tiba sampai tengok-tengok parking dah full.... Teruskan drive sebab kat depan depan lagi pun boleh berenti, pantai ni kan panjang... Tak perlu berebut-rebut... Yang bezanya kalau lagi jauh berenti... Tak de la kedai-kedai makan kat tepi-tepi pantai tu dan tak boleh la korang nak merasa makan ABC Batu Feringghi sambil mengadap pantai yang indah ni haha... Just boleh mandi-manda... Sesuai bagi family yang bawa bekalan makanan untuk berkelah...

Pantai yang aku sampai ni pun...selepas dah lalu 3 perhentian... Parking full aje maybe sebab hari cuti.... Best tau main air!! :))))

Dah sampai apa lagi....terus la  main air! Best ooooo!
Sekali-sekala dapat main air...memang heaven!

Tengok ombak lama-lama...Pening kepala!

Ada 3 buah family berkelah kat sini
1 Malaysia... Ada family Melayu, Cina & India :)

Ya Allah.... Damai nya rasa hati bila nampak ombak membadai batu-batu kat persisiran ni... Idea nak karang sajak terus mai menderu-deru... haha 

Cuba tengok kat batu tu... Bukan tengok kasut tau! Kat batu tu penuh dengan kulit kerang/siput yang melekat... Xsure la kerang/siput tu hidup ke tak... Bila aku letak tangan nak duduk... Rasa cam something bergerak-gerak... Terus tak jadi duduk

Time jalan nak balik pulak... Ter jumpa agar-agar ni... Silap! obor-obor kan... Nasib baik time main air tadi tak nampak 1 pun obor-obor ni... Kalau tak, mau berbirat-birat kaki kan
Tapi memang nampak sedap giler lah... Nak makan!

okes... dah puas main air! nak balik! next destination!



::: PANTAI QUEENSBAY :::



Bagi yang pernah ke Queensbay Mall... Betol-betol kat depan Qbay Mall ni ada tempat yang korang boleh duduk ber dating atau makan-makan dengan family sambil menikmati permandangan pantai... Pantai Pulau Jerejak kalau tak silap... Sepanjang-panjang jalan menghadap pantai tu memang ada banyak sangat gerai...Nak makan apa semua ada... makanan penang! western! macam2 lah... Cuma larat makan dan tak larat makan ja :) 

Sebelum ni lalu ja dan terus ke Qbay Mall... Ni kira 1st time lah sampai dan duduk2 makan2 kat sini...Best!

makan time! pekena laksa quensbay...
ni namanya laksa kedah... bukan laksa penang tau... rasa lebih kurang ja :)

masa sampai ni awal lagi... so orang pun tak ramai lagi... dari sini boleh nampak Penang Bridge

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya!

Subhanallah



::: PANTAI SEAGATE :::


Dah selalu datang makan sini... Port kali ni kat tepi jalan! So tak de la amik gambar pantai... Kalau yang nak datang sini! Pilih la gerai yang mengadap pantai! Boleh makan-makan sambil feeling-feeling :)

Horlick Ais
Teh o Ais


Balik!!!  +____+