Merancang Perbelanjaan Bulanan
Merancang kewangan atau perbelanjaan yang digunakan dalam kehidupan seharian adalah penting bagi membantu kita mengawal perbelanjaan. Apabila kita mempunyai limit/had dalam berbelanja, secara tidak langsung kita dapat mengetahui di manakah kita membuang wang kita. Membuang wang dalam erti kata lain adalah menghabiskan duit kepada sesuatu yang kita rasakan tidak perlu atau duit yang seringkali kita tidak sedar ke manakah kita gunakannya.
Bagi yang suka berbelanja boros dan penghidap sindrom 'cinta pandang pertama'. Saya rasa adalah patut kita membuat perancangan kewangan ini. Keperluan perlu didahulukan berbanding kehendak. Berbelanja secara sistematik membantu kita dalam menetapkan prinsip hidup dan melatih kita untuk menjadi lebih berdisiplin.
Bagaimana nak merancang?
Buat senarai keperluan perbelanjaan yang mesti dilakukan dalam sebulan. Contoh; kos untuk sarapan pagi, makan tengahari, perjalanan, ansuran kereta, ansuran rumah, ansuran pinjaman peribadi, kos untuk pembelian bahan bacaan dll.
Dalam membuat senarai perbelanjaan ini, kita tidak perlu terlalu berkira/kedekut. Senaraikan semua perbelanjaan yang kita mesti dan akan lakukan. Means tak perlu menipu diri sendiri. Anggaran perbelanjaan juga perlu diletakkan berdasarkan logik akal di mana tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Keadaan ini adalah bagi mengelakkan berlakunya kegagalan mematuhi perancangan perbelanjaan anda. Contoh; masukkan sekali budget untuk shopping, beli jajan, duit untuk orang tua, belanja family dll. Senaraikan semuanya yang anda mesti mesti mesti lakukan dalam sebulan.
Bila dah berjaya senaraikan semua 'benda alah' perbelanjaan ini. Anda boleh menetapkan limit/had untuk setiap perbelanjaan. Dari tetapan yang telah dibuat, anda boleh mengetahui berapakan jumlah wang yang anda akan belanja dalam sebulan dan jumlah lebihan wang anda untuk disimpan. Contoh; kos untuk beli bahan bacaan RM150 per month, kos untuk shopping / tudung fareeda /ariani / pearl haya / thepoplook RM300 per month. (Perbelanjaan adalah mengikut kemampuan)
Pelaksanaan
Bagi bulan yang pertama, senarai perbelanjaan tersebut ditulis/taip dengan kemas dalam kertas bersaiz kecil dan sematkan di dalam wallet anda. Boleh juga kalau nak save dalam hp. Ini untuk memotivasikan diri kita supaya cuba mematuhi perancangan/janji pada diri sendiri yang telah dibuat. Cuba amalkan selama sebulan. Jika berjaya tanpa sebarang masalah. Maka boleh diteruskan sehingga ianya masih relevan dengan kehidupan seharian. Jika berlaku sebaliknya, maka anda perlu menyemak kembali senarai 'benda alah' perbelanjaan tersebut dan adjust apa yang patut sehingga anda rasakan anda berpuas hati dan boleh dilaksanakan dengan jayanya.
Motivasi
Tetapkan wish list anda dalam setahun atau per quarter. Contohnya, 'Dalam tahun 2012, saya mesti beli Laptop TOSHIBA dan Nikon DSLR'. Bagaimana nak dapatkan gadget impian anda? Anda perlu berusaha mematuhi perancangan perbelanjaan dan membuat simpanan anda seperti yang ditetapkan oleh diri anda sendiri. Selamat mencuba :)
Faedah
- Perbelanjaan anda lebih terancang
- Anda mempunyai wang simpanan
- Kehidupan lebih bermakna
- Mempunyai kualiti hidup
-Dapat melaksanakan dengan baik tanggungjawab anda sebagai anak, isteri/suami, ibu/bapa, pekerja/majikan dan rakyat Malaysia
-Dapat melaksanakan dengan baik tanggungjawab anda sebagai anak, isteri/suami, ibu/bapa, pekerja/majikan dan rakyat Malaysia
kalau ada pokok duit macam ni, boleh tanam banyak-banyak kelililing rumah haha
Nota;
Ini adalah pandangan dari penulis yang tidak memiliki kelayakan dalam kewangan dan membuat perancangan perbelanjaan berdasarkan logik akal sahaja. Disebabkan penulis tidak menggunakan 'credit card', jadi tiada kos/planning berkenaan 'credit card' yea. TQ
Ini adalah pandangan dari penulis yang tidak memiliki kelayakan dalam kewangan dan membuat perancangan perbelanjaan berdasarkan logik akal sahaja. Disebabkan penulis tidak menggunakan 'credit card', jadi tiada kos/planning berkenaan 'credit card' yea. TQ
No comments:
Post a Comment
Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!