Friday, August 26, 2016

Cerita Pasal Petai

Bekalan Setelah Pulang dari Cameron Highlands




Sejak dari kecil saya memang jenis suka makan petai. Menurun emak. Ayah dan adik beradik yang lain semua tak suka makan petai. Tapi saya hanya boleh makan petai yang dimasak. Kalau petai yang fresh memang tak jalan.

Masa arwah mak ada dulu, mak memang rajin masak petai. Buat sambal pedas. Sedap. Teringat-ringat lagi.

Tapi, apa yang nak saya kongsikan hari ni, bukanlah pasal kesedapan petai. Tetapi pasal saya dah tak lalu nak makan petai. Bukan setakat tak lalu, tengok petai je pun saya dah nak muntah dan hilang selera makan. Sob sob sob.

Semuanya berlaku setelah pulang bercuti dari Cameron Highlands. Dalam entry ni saya ada story pasal saya singgah beli petai masa dalam perjalanan balik dari Cameron.

Memandangkan saya hantu petai, saya dah tak sabar-sabar nak masak petai yang dibeli tu. Hari isnin lepas balik keja, saya terus excited potong-potong petai. Plan di hati nak masak sambal udang petai. Menjadi kebiasaan, saya akan siang-siangkan petai tu buang hitam-hitam di kulit petai tu. Sambil-sambil siang tu, saya perasan petai tu agak lembik. Tapi saya teruskan je siang. Saya potong-potong dan keluarkan isi petai. Saya tak makan kulit.

Lepas dah kuarkan hampir 1 papan petai. Betol tak penjodoh bilangan 'papan'. Adeh, belasah je lah. Saya terasa macam nak potong petai tu (setiap biji dipotong dua). Lepas potong tu, saya terperasan macam ada kaler grey-grey kat dalam biji petai tu. Saya biarkan je. Lepas tu saya potong lagi dan ada lagi benda lembik-lembik grey tu. Saya kais-kais dengan mata pisau. Alangkah terkejutnya saya benda tu adalah ulat. Bukan ulat kecik. Tapi ulat yang gemuk-gemuk. Ya Allah! geli yang amat.

Terus saya flash back, selama ni yang saya beli kat kedai, petai yang tak dibelah. Dikunyah sebiji-sebiji. Ya Allah, nak termuntah semua ada. Saya wasap husband cakap kata tak dapat nak buat petai hari tu sebab saya geli nak pegang petai dan tak mampu dah nak masak yang lain sebab geli (yang ni ++ mengada-ngada sekali).

Husband tak percaya dalam petai tu ada ulat. Lepas dia balik keja. Dia tengok sendiri dan baru dia percaya. Dia siang sampai habis. Ulat-ulat tu dia bagi ikan dia makan. Huhu

Saya tanya husband, macam mana ulat tu boleh parking elok-elok je tengah-tengah dalam biji setiap biji petai tu tanpa ada tanda-tanda dari luar kulit petai. Husband ada explain 'temengat'. Tapi saya dengar buat tak dengar dan tak faham. So saya biarkan je kengerian tu berlegar dan berlalu dalam fikiran saya.

Sejak hari tu, saya dah tak mampu nak makan petai yang suatu masa dulu memang menjadi makanan yang saya sentiasa nak makan. Bila nak makan kat kedai nasi campur, bila nampak petai je terus saya rasa nak muntah even petai tu dah dibelah. Mungkin  juga saya dah telan banyak ulat sebelum-sebelum ni time makan petai sebiji-sebiji yang dijual di kedai.


sob. sob. sob.




Monday, August 22, 2016

Bubur Nasi

22 Ogos 2016 (Isnin)
7.45 pagi


Selalu orang cakap bubur nasi ni sedap tambah-tambah kalau makan time sakit. Tapi berbeza dengan saya. Serius cakap time sekolah rendah till anak dara, saya 'tak lalu' kalau tengok bubur nasi. Kawan-kawan cakap sedap. Saya rasa situasi ni jadi maybe sebab family saya memang tak diajar makan bubur nasi even time tak sihat. Mak ayah lebih sediakan buah-buahan kalau time sakit. Situasi ni jugak maybe disebabkan ayah saya still smpai ke tua ni tak suka makan bubur nasi/ nasik lembik. Sebab pada ayah saya dia terbayangkan tahi telinga huhuhu. Saya rasa faktor-faktor di atas ni yang menyebabkan saya 1 family tak di ajar makan bubur nasi.

Nak dijadikan cerita, selepas kawen. Selepas kawen ye. Saya baru dapat tau husband suka bubur nasi. Semuanya bermula lepas saya, suami dan anak lunch di food court Presint 9. Husband beli semangkuk. Time tu aisyah still menyusu lagi. Saya tengok husband makan macam sedappppp. Tapi tak terbuka hati nak try lagi. Saya tengok aje dia makan sampai licin semangkuk.

Pastu skang ni aisyah dah ada gigi dan dah boleh makan macam-macam. So bila saya dan suami makan, confirm dia akan nak jugak dan tak sabar-sabar nak makan. So dari situ lah bermula saya pun turut sama melayan makan bubur nasi hoho. Bermula dengan beli 1 khas untuk aisyah, sebelum nak suap dia, saya test dulu kat mulut panas or tak. Lepas tu sekali makan, mak aiiiii sedappppppnye. Terus terasa rugi bertahun weyyy tak makan bubur nasi.

Dan alkisahnya baru-baru ni aisyah demam. Demam on off. Bila aisyah baik. Husband pulak demam. Seingat saya sepanjang berkahwin ni, ni lah 1st time husband demam yang boleh dikatakan agak teruk. Dia demam yang panas sangat sampai tak boleh bangun. Saya pulak tak dapat nak ambik cuti untuk jaga dia. Sebabnya dah banyak sangat ambil cuti masa aisyah tak sihat. Sekali time nak balik keje, berwasap dengan husband huhu.

Orang lelaki ni kalau demam memang manja. Tengok ayat yg atas tu sudah lah, tanya ok ke tak...Slumber je jawab X. Tapi nasib baik lah husband ni dia ada soft skill. So bini dia pun cair la. 

Masa dah tau nak kena buat bubur, terus flash back rasa bubur nasi time makan kat food court tu. Pastu google cara nak buat bubur. Senang je rupanya. Balik tu terus masak bubur. Guna rice cooker je +_____+
 Resepi Bubur Nasi

Beras 1 cawan
Air 7 cawan
Halia 1/2 inci - Dihiris
Bawang besar 2 labu - Dihiris
Bawang putih 2 ulas - Ditumbuk kasar
1/2 kiub ayam - Guna stock ayam yang real lagi sedap

Cara-cara:
Masukkan semua ke dalam rice cooker dan tunggu sehingga masak. Pekat or cair bergantung kepada suka yang macam mana.


Masa tengah masak tu, wangi 1 rumah. Husband pulak dok tanya dah siap ke belum. Dah siap ke belum. Sabar je lah.

Bila dah siap tu, terus serve kat dia dengan telur masin. Ingat nak goreng ikan bilis buat pedas-pedas sikit, tapi husband tak nak. Sekali tengok, licin dia makan. Lega rasa +_____+ Risau jugak takut tak sedap.

Bubur nasi ni pun dah jadi kegemaran saya. Tak lah suka sangat tapi boleh lah makan kalau nak compare dengan dulu.


Pic kat atas ni, bubur yang saya makan kat food court hihi...Bubur yang serve kat husband, tak sempat nak amik gambar sebab tak sampai hati pulak nak amik gambar depan orang sakit ni huhu


Husband cakap lulus ;)







Tuesday, August 2, 2016

Nur Amalin Aisyah TURNS 1


28 JULAI 2016 (KHAMIS)
RUMAH PENGASUH
PRESINT 11, PUTRAJAYA

1 Julai 2016 genap lah umur anak sulung saya setahun. Sekejap je membesar. Masih terbayang-bayang lagi dia masa dilahirkan. Merah. Husband cakap aisyah ni merah sebab abang nak letak nama dia humairah = kemerah-merahan. Tak pe lah abang, adik aisyah nanti kita letak humairah. Aisyah ni lahir warna merah. Ambik masa lama jugak nak hilang warna merah tu.


Buat besday secara kecil-kecilan je kat rumah pengasuh. Sekali sekala nak bagi dia happy. Dan yang penting nak bagi moment untuk dikenang. Bila Aisyah besar nanti, boleh lah ibu tunjuk pic ni dengan izin Allah kalau umur ibu panjang.


 Pengasuh wasap picture.
Ada bagi belon 2 pack. Kreatif betol Ummi si aisyah ni. Gantung kat syiling. Nampak macam wow *___8
Anak dara ni kurang suka makan kek. Dia lebih suka cookies/ biskut. Tengok lah 1st pic, setia dia makan biskut.


Ini aje yang ibu dan abah sempat sediakan. Kek with didi's edible image. Kek ni moist chocholate cake 2kg. Cream puff dan apam solo. Nak order apam polkadot tapi call2 semua tak buat apam polcadot. So apam solo pun jadi lah.

Pastu, ibu gigih DIY goodies untuk kawan-kawan aisyah. Sticker tu pun ibu DIY. 




Ibu dan abah doakan Aisyah membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik dan solehah. Semakin Aisyah membesar, ibu dan abah pun jadi semakin tua uhuk uhuk uhuk. 


InsyaALLAH.





Century Pine Resort, Cameron Highlands


30 Julai 2016 (Sabtu)
Cameron Highlands

Kali terakhir bercuti adalah ke Melaka. Selepas balik Melaka, kami dua-dua dah pasang hajat nak tunggu Aisyah besar sikit baru nak bercuti ke mana-mana. So inilah masanya bila Aisyah dah mencecah setahun. Ibu abah Aisyah pun dah lama nak bercuti, nak ambik angin luar. Tapi apakan daya, demi anak, terpaksa ku tahan jebat. (*_____8)

Dah lama pesan kat husband, kata kita bertolak lepas suboh. Konon nak breakfast kat Brinchang. Tapi sekali bila sampai hari kejadian, memang tak da nya bertolak lepas suboh. Sebabnya lepas suboh baru nak kemas barang. Hari Jumaat tu busy sangat di pejabat, husband pun balik keja jumaat tu sampai rumah malam. Jadinya, dua-dua penat. Esoknya tu breakfast je di Putrajaya. Sampai kat Tanah Rata dalam kol 2.00 petang. 

Untuk percutian singkat kali ni, kami memilih untuk menginap di Century Pines Resort, Tanah Rata. Selalunya kami sering menginap di Rossa Passadena, Brinchang. Sengaja nak berubah angin untuk menginap di Tanah Rata kali ini.



CENTURY PINES RESORT, CAMERON HIGHLANDS

Check in dalam kol 2.00 petang. Saya booking bilik melalui Agoda. Tapi ni lah 1st time check in hotel kena keluarkan deposit. Yang sebelum2 ni, kalau booking melalui agoda, memang bawak diri dan bag je time check in. Tak perlu keluarkan sebarang deposit untuk menginap. So deposit RM150 per night.

Saya booking bilik jenis deluxe garden. So dapat bilik ground floor dan ada taman yang comel dan best. Toilet semua ok. Katil besar. Bilik luas dan best sangat bagi yang ada anak kecik. Ada space luas untuk anak-anak merangkak dan lain-lain. Yang tak bestnya, bayar harga bilik 300++ (rate agoda, normal price lagi mahal) semestinya kita assume servis yang best kan. Yang kurang ok, air mineral tak disediakan. Kalau nak iron baju, kena naik ke 1st floor. Pihak hotel sediakan 1 bilik kecil untuk iron baju. Nasib baik iron best. So sejuk lah sikit hati. Request sejadah, tak dihantar sampai lah check out. 

Breakfast time dari 7.30 pagi till 10.30 pagi. Menu biasa-biasa je. Yang lain-lain ok. First time komen bab hotel ni. Yang sebelum2 ini, alhamdulillah semua ok je. 





BIG RED STRAWBERRY FARM, BRINCHANG

Sebelum sampai Cameron , memang dah terbayang-bayang nak makan kat big red ni. Tempat yang tak boleh dilepaskan kalau pergi Cameron. Sampai kat sini orang tak ramai sangat. Tengok-tengok bunga, sayur, strawberry, cactus. Beli cactus jugak 7 pokok. Pastu terus ke cafe kat bahagian atas. Tadaaa terus order dan makan. Terus hilang segala yang dok mengidam tu.

Beli Strawberry Waffle, Ais krim goreng Strawberry, Fries dan Hot Chocholate utk husband. Saya tak order air sebab minum air kosong je.





PASAR MALAM BRINCHANG

Ni lagi satu tempat yang best bagi orang yang suka makan la. Dari rumah dah terbayang segala mak nenek goreng-goreng tu. Husband patern suka round semua kedai baru beli. Kontra dengan wife dia, terus nampak terus nak beli, lepas tu menyesal kemudian hari sebab ada tempat jual lagi best. So berbekalkan pengalaman yang lepas, follow husband jalan round2 dulu. Baru lah membeli. Beli cendawan goreng, ketam goreng dan udang goreng. Semua sedap. Balik makan kat hotel. Bila bawak budak kecil ni, kita kena bagi masa yang cukup untuk dorang rest. Lain la kalau jalan berdua macam honeymoon dulu. Boleh ukur kawasan sampai sendiri penat. Bab ni pun belajar dari pengalaman, kesian Aisyah.





KEA FARM

Singgah sini untuk beli strawberry, buah-buhan Cameron dan sayur-sayur. Memang murah sangat dan kelabu mata. Semua jual benda yang sama. So beli strawberry dan sos coklat. Tak lupa jugak beli bunga rose. Kena beli sendiri la, nak tunggu orang tu bagi, tak tau la bila boleh dapat. Sob sob sob. Husband cakap, macam perli abang ja? hihihi





CAMERON VALLEY

Singgah sini untuk makan scone  dan nak tengok ladang teh. Dah tak kuasa nak naik Ladang Teh Sungai Palas. Time moda-moda dulu rajin. Dah jadi mak-mak ni, semua nak yang mudah je. Kat Cameron Valley ni, ladang teh sebelah hidung. Cafe dia ada kat atas bukit. Sebelah cafe tu  terus ada ladang teh. So jalan kaki je ke ladang teh. Sesuai untuk yang bawak anak kecil macam saya.


JUALAN ORANG ASLI DI CAMERON HIGHLANDS

Dalam perjalan ke Cameron, lalu ikut Ringlet. Memang banyak kedai jualan orang asli. Ada jual durian, petai, rebung, madu. kraftangan rotan. Berniat nak beli apa-apa. Time balik husband lalu ikut jalan Simpang Pulai, ada orang asli yang menjual, tapi tak seramai kalau ikut Ringlet. So beli lah petai. Belum masak lagi. Nampak fresh amat. Sekian saja perjalanan bercuti di Cameron Highlands.


Jom. Plan nak bercuti mana pulak lepas ni.