Tuesday, July 19, 2016

Sakit itu nikmat


15 JULAI 2016 (SELASA)
5.06 PETANG

Rasa di motivated hari ni dengan kesakitan yang dirasai. Rasanya sejak bersalin, ini lah 'sakit' real yang Allah berikan. Sakit sebelum-sebelum ni, selepas telan ubat or tidor, InsyaAllah terus rasa sihat. Tapi lain dengan kali ni. Balik keje semalam. Rasa OK. Tapi menjelang maghrib terus rasa tak sedap badan, loya, seram sejuk. Tambahan pulak, semalam berdua je dengan anak. Mana lah tau apa-apa kan si Aisyah tu. Menahan sakit sendiri. Husband duty semalam. Pagi ni baru sampai rumah.

Dalam kol 10 semalam, Aisyah lapar susu. Masa tu belum tidor lagi, just berbaring depan tv sambil menahan sakit. Berselimut. Sambil temakan Aisyah main. Sejak dua menjak ni dia makin manja dan melekat dengan ibu abah dia. Mungkin dah mula kenal dan takut kena tinggal kot.

Berbalik kepada buat susu. Bangun la pergi ke dapur. Selalu memang tak benarkan Aisyah ikut ke dapur. Tapi semalam dah tak larat nak  melarang. Biarkan aje. Sambil merangkak tu dia menangis. Dah jadi peel dia kalau nak susu menangis. Tengah panaskan air tu, tiba-tiba dah tak tertahan nak muntah. Ya Allah, terus ke toilet dan muntah terus atas lantai toilet. Muntah yang amat banyak. Rasa macam air terjun dah. Sakit jangan cakap la. Penuh selantai dengan muntah. Aisyah yang menangis tadi, terus diam sambil tengok ibu dia muntah siap ada bunyi-bunyi lagi nak habiskan muntah. Kesian Aisyah. Lepas tu terus cuci lantai. Cuci tangan bersih-bersih. Siapkan botol Aisyah.

Aisyah jadi good girl semalam. Bagi botol terus tido sendiri. Tak payah didodoi-dodoi. Maybe faham ibu dia tak sihat.

Lepas tu, memang tak dapat tido. Masih lagi berselimut dan mengerang menahan sakit. Just wasap husband kata tak sihat. Husband cakap kol 8 pagi esok dia sampai rumah. Memang tak dpat tido semalam. Bangun muntah lagi siap pakej cirit birit. Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku. 

 Macam tu lah semalam. Husband balik suruh siap pergi klinik. Husband siapkan Aisyah semua pagi ni. Aisyah suka sangat bila siap pakai baju comel-comel. Sebab dia ingat nak pergi jalan-jalan. Sekali gi hantar kat pengasuh, menangis melolong dia tak nak pergi. Kesian Aisyah. Lagi 2 weeks kita gi jalan-jalan tido hotel k.

Sampai di ofis, masih tak ada rasa nak sihat. Perut sakit sangat. Rasa nak cirit. Rasa nak muntah. Kedua-dua tangan sejuk gedi. Rasa macam nak peluk orang. Tunggu balik karang peluk laki sendiri. 

Semoga kemudaratan kesihatan yang Allah berikan ini dapat menghapuskan berbilion-bilion dosa kecil yang telah dilakukan. InsyaAllah. Amin












Tuesday, July 12, 2016

Beraya Sungguh Kali Ni ::: Perlis ::: Penang :::


HARI RAYA PERTAMA
6 JULAI 2016
ARAU, PERLIS
RUMAH MERTUA

Buat pertama-tama kalinya kami laki bini beraya tak sedondon. Selalunya saya la yang buat adegan tak puas hati kalau husband tak nak beli baju melayu sedondon, sebab dia cakap dah banyak sangat baju melayu. Tapi kali ni, saya macam redha ja sebab .......... (*____*) 

Raya tahun lepas, saya dalam pantang sebab Aisyah lahir pada 14 Ramadhan. So last year banyak memendam rasa la....Semua benda tak dapat makan. Kali ni dah pasang azam, akan makan sepuas hati haha. Takyah fikir gemuk ka apa. Yang penting nak makan semua +______+. Rasa macam nak lompat-lompat sebab dapat makan macam-macam. Tapi ada 2 benda yang husband masih melarang isteri dia makan. LAKSA dan LAKSAM. Jadinya, bertabah aja lah.

Macam biasa, kali ni turn rumah mertua. Sampai kat rumah mertua sehari sebelum raya. Tolong potong daging dan apa yang patut. Tolong susun kuih raya masuk balang. Ikut 1 family pergi ziarah sedara mara sebelah mertua.



HARI RAYA KETIGA
8 JULAI 2016
BUKIT MERTAJAM, P. PINANG
RUMAH AYAH

Sampai-sampai terus bergambar dengan kakak-kakak dan adik. Adik lelaki ja tak ada dalam pic ni. Jelos laaa depa semua kurus-kurus uhuk uhuk.

Pastu beraya dengan ayah. Pastu makan nasik ayam kakak masak. Plan asal nak masak sekali pagi raya ketiga tu. Tapi tak sempat sebab bertolak dari rumah mertua lambat sob sob sob. So bila dah sampai rumah ayah, nasik ayan dah siap masak. Tak sempat den nak belajar. -_____-






HARI RAYA KEEMPAT
9 JULAI 2016
10.00 PAGI
BATU FERINGGHI, PENANG


Saya dengan family kakak-kakak, adik dan ayah datang berkelah kat Batu Feringghi. Tujuan asal sebab nak bagi si Aisyah ni mandi air masin. Aisyah ni jadi gatal-gatal 1 badan sampai ke kepala. Tapi walaupun dah baik gatal-gatal tu, tangan dia still lagi menggaru. So ikhtiarlah cuba bagi mandi air masin pulak.


Saya tak mandi pun.


Makan ja banyak. Semua masak kat rumah. Yang simple2 ja. Sebab malas nak membeli  kat sini.



Si Aisyah ni pun balik kampung jadi merap sungguh dia. Melekat ja dengan ibu abah dia. Dia tak mau kat orang-orang yang berumur. Maybe sebab persekitaran selalu jumpa orang mua-muda ja kot. Balik sekali lagi, hope dah ok si Mek Cah ni.



HARI RAYA KEEMPAT
9 JULAI 2016
3.00 PETANG
ASTAKA, PADANG KOTA LAMA, PENANG

Lepas dah puas mandi, singgah makan kat sini pulak. Mee sotong dengan coconut shake. Ya Allah sedapnya. Masa mengandung kat Aisyah, boleh dikatakan hampir setiap minggu (Sabtu/ Ahad), saya akan ajak husband makan mee sotong kat sini. Tak jumpa oiii rasa macam ni kalau nak cari kat tempat lain. Serius! Sedap! Tapi kena beratur kalau time musim cuti ni. Ramai orang.


Semua ada kecuali adik yang lelaki dan abang ipar ke 2. Depa dah start keja.



Lepastu balik naik feri. Malam tu dah bertolak balik Putrajaya. Sekian sahaja cerita raya saya.