Pages - Menu

Tuesday, November 22, 2016

7 Hari Mencintaiku - OBSES

30 Disember 2012, Suria KLCC


22 NOVEMBER 2016
1.28 TENGAHARI
OFIS


Bagi penggemar novel, saya rasa semua tengah demam dengan cerita 7 Hari Mencintaiku yang sedang ditayangkan di TV3. Termasuk lah dengan orang yang sedang menaip ni yeihuuu wuuu.

Saya sangat-sangat 'taksub aka teruja' dengan cerita ni bermula sejak 22 Disember 2012. Pic kat atas ni diambil pada 30 Disember 2012. Ketaksuban saya tu saya sanggup mengusung novel ni ke merata negeri. Hihi sebab time tu saya masib bergelar pjj student. Dan novel ni jugak antara novel terbaik yang saya pernah baca. Digarap dengan rapi, penuh kasih sayang dan sarat dengan nilai murni dan pengajaran hidup.

Pandangan saya, novel ni sesuai untuk dibaca oleh pakwe2 korang sebelum bergelar tunang. Saya dah paksa husband saya baca yang mana time tu dia belum pun menjadi tunang saya. Masih time cintan cintun duuuluuu.

Bila novel ni dah didramakan, saya selalu usik2 husband... Abang ingat tak? Abang ingat tak? Sebab novel ni adalah salah 1 babak dalam perjalanan cinta kami dulu. +______+

Kat bawah ni, ada entry2 lama saya (Tahun 2012) time saya tengah tangkap cintan dengan Dr. Khuzairi.





















RESEPI UPDATED ::: Bread Butter Pudding


21 OKTOBER 2016
9.00 PAGI
KOLEJ KOMUNITI SELAYANG


Hihi rasanya semakin sendu blog 'wawa syaida' ni. Hari ni saya sedang berkursus di Ipoh. Ada masa terluang sikit, curi masa untuk taip entri kat blog yang bersawang ni. Dalam bulan lepas, saya ada join program Puspanita Kementerian bagi aktiviti baking membaking. Memang minat sangat bab baking2 ni. Kebetulan ramai kawan-kawan kat ofis nak join, so amik la peluang ni.

Hihi bukannya baking apa sangat. Buat puding roti je. Korang yang pandai masak mesti rasa celah gigi je kan nk buat puding roti. Tapi bagi saya yang tak pandai masak ni, harus lah berguru kan.


Kelas di buat di Kolej Komuniti Selayang. Jadinya, pagi-pagi lagi saya dan kawan-kawan lain bergerak dari Putrajaya. Tunggu di Dewan Seri Indon dan naik bas ramai-ramai ke Kolej Komuniti Ampang.

Resepi saya update semula entry ni nanti. Sebab resepi tertinggal kat rumah. Disebabkan Chef yang ajar so rasa puding ni tersangat lah sedap. Tak sama resepi nya yang macam ramai-ramai share kat google tu.

RESEPI UPDATED

BREAD BUTTER PUDDING
Bahan-bahan
8 keping roti sandwich 
1 cawan susu segar
1/2 cawan krim UHT
1/2 cawan gula kastor
3 biji telur
1 TSP serbuk kayu manis (kalau suka, boleh lah letak)

Bahan-bahan Sapuan
Mentega
Jem

Hiasan
Kismis Hitam
Almond Flakes
Brown Sugar

Cara-cara
1. Sapukan Roti sandwich dengan mentega dan jem.
2. Potong dua roti.
3. Pukul telur bersama gula kastor sehingga larut.
4. Masukkan susu segar dan krim.
5. Kacau sehingga sebati.
6. Susun roti di dalam bekas.
7. Tuang adunan susu ke dalam acuan.
8. Tbur kismis hitam, almond flakes dan brown sugar.
9. Bakar pada suhu 180oC  selama 30 minit atau sehingga  kuning keemasan.



VANILLA SAUCE
Bahan-bahan
1 cawan susu segar/ susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan-bahan.
2. Masak sehingga adunan pekat.




Dah siap buat puding roti, kita akan buat kastard untuk makan dengan puding roti nanti. Dalam pic tu, kastard yang dah siap.




Sambil masak pun kita posing lagi. Yang baju merah tu kawan saya, Halimah. Dia kawan pertama yang saya jumpa masa di Putrajaya. Tapi dia dah nak bertukar kat Nilai next week. Sedih -____-




Tadaaa dah siap puding roti sebelum dibakar. 
Semakin kombang muka saya. Nak diet lama dah tapi hangat-hangat tahi ayam je





Ok. Nampak creamy kan. Puding roti sebelum dibakar.





Dah siap untuk dimakan. Sedap amat.


Ok. Tata.




Monday, November 21, 2016

Absolute Thai, Alamanda Putrajaya

Source: Google. Cari Absolute Thai kat Alamanda tak jumpa pic.

xx Oktober 2016
Friday Lunch
Alamanda Putrajaya

Saya tak ingat brp hb sy ke sini. Datang berdua dengan my ofis mate sebab teringin betol nk try makan kat Absolute Thai ni. Terletak di ground floor Alamanda. Dekat dengan laluan nak ke wayang. Restoran dia memang nampak so high class classic dari luar. Cantik. Sebelum ni lalu je dan tak pernah try.

Yang membuatkan saya nak cuba kat sini, apabila my ex-boss yg tak pernah miss makan kat sini setiap kali dia out station dari Penang ke Putrajaya.

Jom kita tengok apa yang best!



 Ni menu. Ada di atas meja. Macam2 ada.
Boleh pilih nak makan apa.
Yang direkemenkan oleh my boss;
Green Curry
Tom Yam
Fish Cake



Dah try. Saya amik tomyan n fish cake. Kawan saya amik green curry n fish cake. Fish cake pedas giler tapi sedap amat. Tom yam n green curry sangat +++sedap. Memang dah jatuh cintaaaa. 

Sesuai utk yang suka makan pedas. Akan ke sini lagi. Sedap amat.

Tata