Friday, November 22, 2013

SELIMUT PATCHWORK - Thanks JualJual2u.blogspot.com

 22 NOVEMBER 2013 (JUMAAT)


First sekali nak cakap THANKS A LOT kat kak shila ;)
Sebab bagi hadiah kat saya. Nak tau kenapa dapat hadiah! baca kat bawah ni ^___^


 Alhamdulillah ^__^


 Inilah hadiahnya. Belum bukak plastik lagi dah nampak cantik. Thanks JualJual2u ^___^
SELIMUT PATCHWORK

Bagi yang berminat, boleh contact sini;
SHIMAL SUPPLIER
SHILA
jualjual2u@yahoo.com
013-3940926



 Corak bahagian luar
 Corak bahagian dalam

Selimut patchwork ni boleh guna bahagian dalam dan luar...Sebabnya, selimut ni ada 2 corak ye untuk bahagian luar dan dalam...So lepas guna, nak lipat macam mana pun boleh...Sebab 2-2 bahagian cantik

Dah boring guna design yang luar, boleh guna pulak design yang sebelah dalam...




 Dah selamat digunakan. Selesa dan sesuai jugak untuk kanak-kanak. Tak nipis sangat dan tak tebal sangat.



 Lastly, tuan tanah nak enterframe. Lepas bukak braces ni, rasa macam terserlah 2 gigi arnab tu ^____^ Selamat bercuti hujung minggu bagi yang bercuti

Ada orang emel tuan tanah, tanya muka pakai apa gebu...Haha saya jawab gunalah cream 360....haha sape yang faham, duduk diam-diam ye ^__^













Tuesday, November 12, 2013

ATKINS DIET AGAIN AND AGAIN


owner blog wawa syaida ni memang suka enterframe besar-besar ^___^



12 NOVEMBER 2013 (SELASA)
7.45 PAGI

Pagi ni pakai kurung moden warna merah coklat dengan tudung georgette hitam...Baju ni saya rasa lebih match dengan tudung warna merah ^__^...Tapi memandangkan saya ni penakut dengan tudung warna merah...Terpaksa lah menggunakan tudung warna hitam sebagai jalan penyelesaiannya :)

Muka dah kembang, badan apatah lagi kembangnya...Oleh yang demikian, semalam 11 November bermulalah hari peperangan saya untuk RE-INDUCTION ATKINS DIET...Harap-harap diri dapat bertabah melihat makanan-makanan yang sedap-sedap dan lazat-lazat

Nak buat ATKINS ni kena kuat dan berdisiplin....Satu lagi cara kena ada something untuk membakar semangat...Tak susah pun, rajin-rajin lah mengadap group Atkins di FB....mesti rasa bersemangat untuk ber diet...Macam saya ^___^ dah ada orang janji nak bagi hadiah if capai 50Kg....Jadinya, memang tengah high motivation lah sekarang ni...maklum lah umpan besar kan ^___^

Bagi yang nak berdiet, cari something untuk lebih bermotivasi tau...Guna kata-kata perangsang pun boleh...Tapi kata perangsang tu biar lah kita sorang je yang tau ;) Berjanji dengan diri...Berjanji dengan hati.... InsyaAllah ^_____^





Gigih bersenam walaupun pakai baju gi office haha :D






Friday, November 8, 2013

ISTIKHARAH CINTA

REPOST


ISTIKHARAH CINTA

Bersaksi cinta diatas cinta

Dalam alunan tasbih ku ini

Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta


(lagu blog 'wawa syaida')







Ujian HIV dan Thalassemia UNTUK BAKAL PENGANTIN


25 SEPTEMBER 2013 (RABU)
3.00 PETANG

Assalamualaikum dan good morning untuk semua pembaca blog kecil wawa syaida ni ^___^ Bagi yang 1st time datang, jemput lah tengok-tengok blog kecil wawa syaida yang tak seberapa ni...Dah feeling macam retis kan...Hihi bukan retis pun...cuma mood dah jadi lain macam sikit sejak jarang update entry ni...mood jadi macam malu  meow meow nak post entry ^___^

untuk entry kali ni, saya nak cerita pasal salah satu dokumen yang perlu disediakan oleh bride to be..dokumen tu adalah keputusan ujian HIV...keputusan ujian ni perlu disertakan semasa kita nak submit borang Permohonan Untuk Berkahwin ke Pejabat Agama di negeri masing-masing

Apa yang berlaku kepada saya, sebelum nak buat ujian tu...saya dah menggeletar takut-takut.....dah banyak kali bagi alasan macam-macam kat Mr. A sebab tak nak gi klinik....sebab saya sangat takut bab-bab nak cucuk keluarkan darah kita ni....nyamuk je saya berani :) saya ada jugak survey dengan kawan-kawan...tanya sakit tak ambik darah time nak buat ujuan HIV ni....pastu kawan-kawan cakap, tak sakit pun...nurse just ambil darah cucuk kat jari tu...pastu ok fine...sikit je kan!

Nak dijadikan cerita, Mr. A gi buat dulu ujian tu sebab dia nak kena submit borang kahwin dalam kem 1st...saya pun ok lah.... dah balik klinik tu, Mr. A cakap, 'alah, tak sakit pun'...pastu saya tanya la, 'banyak tak darah amik'...Mr. A cakap, 'banyak jugak'....pastu saya kata la 'bukan ambil setitik je ke'...pastu Mr. A kata, 'ambil banyak la, kan darah tu ambil di siku'...terkejut saya, 'hah sudah, kenapa ambil kat siku pulak?'....pastu Mr. A cakap 'ujian ni HIV + ujian thalasemia'...huhuhuhu

takut macam mana pun, the next day tu Mr. A bawak saya gi buat ujian tu...Alhamdulillah dah selesai...apa yang saya boleh cakap!

'alah, tak sakit pun' ^_______^ hihihi

bride to be yang lain, jangan takut ok...tak sakit pun...percayalah :)


bagi yang nak tau kenapa kita kena buat ujian ni, saya sertakan maklumat kat bawah ni...ujian thalassemia tu tak wajib sebenarnya, tapi klinik yang saya buat ujian HIV tu memang sarankan untuk buat kedua-dua ujian sekali...



Ujian Saringan HIV - Pra Perkahwinan
Ujian saringan HIV pra perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma. Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain. Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

 Ujian Thalassemia
Thalassemia adalah sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel-sel darah merah yang normal. Sel darah merah pesakit ini mudah musnah dan ini akan menghasilkan bahan zat besi yang tertumpu di beberapa organ penting seperti jantung, otak, hati dan buah pinggang serta merosakkannya. Pesakit tersebut sering menghidap paras hemoglobin yang rendah (anaemia) dan memerlukan transfusi darah secara berterusan. Dianggarkan antara 3 hingga 5% penduduk Malaysia (atau antara 780,000 hingga 1.3 juta orang) adalah pembawa penyakit genetik 'Thalassemia" ini dan 120 hingga 350 bayi thalassemia major dilahirkan setiap tahun. Adalah digalakkan pihak remaja menjalani ujian thalassemia kerana ia hanya perlu dijalankan sekali seumur hidup. Di samping itu, ahli keluarga pesakit thalassemia, yang terdiri daripada ibu bapa, adik-beradik dan juga saudara terdekat adalah digalakkan untuk mendapatkan ujian saringan thalassemia.
Sumber: Ministry of Health




selepas selesai urusan kat klinik, saya dan Mr. A terus lapar....haha...kat luar klinik tu ada banyak gerai jual makanan best-best...lupa nak cakap saya buat ujian ni kat Klinik Butterworth

saya try popia basah POPIA WARISAN...Gerai pakcik ni betol-betol depan klinik (ikut jalan belakang)

Mr. A cakap sedap...beli lah 1 set RM3.00




Seriously, memang sedap...lembut dan isi popia ni pun best



sedap bangat!!!




Makan bersama-sama meehun sup ayam dan teh ais ni...Memang terangkat!!!