Pages - Menu

Tuesday, December 31, 2013

JEMPUT UCAPKAN SEPATAH DUA KATA DI WEDDING GUESTBOOK SAYA ^___^

STICKY POST


Sempena majlis perkahwinan saya yang akan berlangsung tak lama lagi, mohon kawan-kawan untuk menulis sepatah dua kata di dalam WEDDING GUEST BOOK SAYA

TERIMA KASIH ^___^ 


http://www.weddingwire.com/wedding/UserViewWebsiteIntro?wid=7ca0fd61c26f61a6&pid=bb1cf4295719e867&themeCode=
Ucapan di dalam wedding guest book ini, akan dibaca semasa majlis perkahwinan berlangsung. Terima kasih :)



Friday, December 27, 2013

CROWN PENGANTIN

 27 DISEMBER 2013 (JUMAAT)

Sekarang ni dalam proses melengkapkan item-item kecil yang diperlukan....Item-item tu adalah aksesori untuk pengantin perempuan....Aksesori yang utama adalah CROWN ataupun MAHKOTA...Time ni boleh lah nak feeling-feeling Miss Universe ^___^

Saya suka crown yang tak tak tinggi tak besar tak kecil tak crowded dan semua yang tak tak...Nak yang sedang-sedang je....Yang paling berkenan macam Azrinaz Mazhar Hakim pakai ni....Cantiknyaaa



 Crown yang macam Fasha Sandha pakai ni pun cantik jugak



 Simple but very princess kan...cantik


 yang ini pun cantik jugak....classic crown



 classic crown jugak



 cantiknya baju kurung moden sengket ni kan



 dan


 kat bawah ni, ada di antaranya yang saya akan pakai di hari bahagia saya nanti ^___^








Friday, December 20, 2013

Peknga Kelapa dan Peknga Pisang

 14 DISEMBER 2013 (SABTU)

Pernah makan peknga tak....Peknga ni bahasa orang utara....Nama sebenar nya lempeng ^____^....Kalau kat rumah, kita biasa tengok peknga ni hanya dimasak di dalam kuali kan....Tak da daun-daun pisang ni...Tapi kalau kat kedai makan yang saya singgah makan ni, memang nampak cantik sangat waktu dimasak....Saya yang bukan penggemar peknga ni pun leh order :)



 Ada dua jenis peknga yang kedai ni jual



 Peknga nyok (kelapa) dan peknga pisang inti nyok



 Seriously, sekali sekala makan memang sedapppp
Pekena pulak baru lepas  jogging...Memang nikmat!



Peknga Nyok dan Peknga Pisang
Kedai makan depan Bangunan Umno, Sungai Semambu, Bukit Mertajam




Monday, December 16, 2013

The Wedding Dress - Progress


 Source: Google

 16 DISEMBER 2013 (ISNIN)


Alhamdulillah....dress untuk akad nikah, majlis resepsi dan majlis bertandang dah siap 95%...Sekarang ni cuma tengah dalam proses touch up dengan manik, pearl dan lain-lain....Baju yang saya decide kali ni still macam trademark baju bertunang ^____^ ...Simple je....Dress yang simple dan tak meleret-leret-leret...Sebab majlis untuk kedua-dua belah pihak buat kat rumah je...Kalau kat dewan sesuai kan yang vouge da vass tu....

Baju ni memang hasil eksperimen 100%....Eksperimen dari segi design, penggunaan fabrik dan hiasan tambahan...Rasa macam kecut perut dan tido tak lena sementara nak tunggu baju tu siap....Tailor call cakap baju siap pun, saya dah macam cacing kepanasan...sebab takut nak tengok hasilnya....takut apa yang di 'imagine' tak sama dengan hasil yang jadi...sama 85% pun dah memadai....lain lah kalau sendiri yang jahit, boleh la nak expect 100% sama kan...skang ni alhamdulillah, dah boleh fokus lebih untuk part yang lain pulak...

Akad Nikah
Atas permintaan Mr. A, dia request saya pakai sekali lagi baju time bertunang...Kalau ikutkan Mr. A, dia nak saya pakai baju bertunang tu untuk majlis bertandang....suka katanya...sebab time majlis bertunang tu, dia jumpa saya dalam 15 minit je...so tak sempat tengok lama lah...oh! oh! oh! saya rasa tak syok la kan nak pakai sekali lagi...Untuk tidak menghampakan dia, saya pakai semula untuk Majlis Akad Nikah....Tapi baju bertunang tu saya ada buat sedikit pengubahsuaian...Means tak sama dah macam time bertunang ari tu...Kalau nak tengok, nanti after 12 Januari 2014 bersamaan 17 Rabiulawal 1435H saya tunjuk ^___^

Resepsi
Baju untuk majlis resepsi....Baju yang agak memeningkan untuk fikirkan fabrik...Maybe sebab darah anak tukang jahit (arwah mak seriously the very best tailors i have ever met in my life)...Jadinya, sampai bereksperiman bagai....Sekarang tengah jahit manik, pearl and so on

Bertandang
Baju yang pada saya mendamaikan....Sebab bermula dari pembelian fabrik, semuanya lancar je...Design untuk baju ni pun statik dari awal hingga akhir...Tak berubah-ubah....senang jiwa ^___^

Baju Melayu
Semua dah siap dan siap sangat awal dari baju saya...Sekarang ni saya dan Mr. A tengah cari sampin dan tengkolok yang match




Pada kawan-kawan blogger yang dah email address, nanti saya pos kad ye...
Bagi yang baru bertandang di blog kecil saya, jemput tulis sepatah dua kata di wedding guest book saya....TQ =)





Friday, December 13, 2013

Counting Days 1 MONTH - nervous ohh!

  12 DISEMBER 2013 (KHAMIS)
(5.40 petang...Masih di office)

Salam semua :) Semakin hari rasa semakin berdebar...Seriously rasa macam tak percaya diri ni dah nak kawen (dah nak jadi isteri orang oh oh oh)...tepuk-tepuk pipi jap....Yup! memang lagi sebulan!


********


Dengan lafaz bismillah, di kesempatan ini saya nak menjemput kawan-kawan yang berdekatan ke majlis saya seperti di bawah;
 
AKAD NIKAH: 12 JANUARI 2014
MAJLIS RESEPSI: 19 JANUARI 2014 (PENANG)
MAJLIS BERTANDANG: 1 FEBRUARI 2014 (PERLIS)

(Yang nak datang, bagi address di syai_da@yahoo.com...nanti wawa pos kad jemputan)


Di sini jugak, rasanya tak terlalu awal kan...Saya nak jemput kawan-kawan blogger untuk tulis sepatah dua kata di online wedding guest book saya...


----- CLICK SINI ------
 ONLINE WEDDING GUEST BOOK




Terima kasih semua :)




Friday, December 6, 2013

Counting Days 1 Month + +

3 DISEMBER 2013 (SELASA) 

Assalamualaikum....

Sekarang ni dah mula mengira hari....Rasa berdebar-debar....Dan kadang-kadang rasa macam tak percaya yang diri ni dah nak kawen.....Sebab rasa macam kanak-kanak ribena lagi ^___^...Harap Mr. A dapat bertabah ^_6

Kawan-kawan blogger, nanti saya nak mintak address ye bagi yang boleh datang..Kenduri saya di Penang dan kenduri belah tunang di Perlis

Ramai email mintak saya share menu atkins diet saya....Saya makan 'antaranya' macam kat bawah ni...Sehari makan breakfast, lunch dan dinner dan tak pernah skip...Cuma menu je macam kat bawah ni...

Tapi saya tak follow betol-betol tau teori atkins ni...sebab kadang-kadang saya ambil jugak tepung dan lain-lain ^___^




fish ball tak digalakkan sebab ada tepung...tapi saya bedal jugak :)


nasi ayam....boleh makan ayam je...sila bertabah ^_6


walaupun nampak sikit...tapi sangat kenyang ye...breakfast time


ayam tak digalakkan sebab salut tepung
nugget pun tak berapa digalakkan sebab ada tepung
sos tak boleh makan ye

tapi saya makan semua kecuali sos ^___^


makan isi murtabak je, kulit/tepung tak makan


semua boleh makan...dan kenyang 




MENU YANG SAYA NAK MAKAN BILA BERAT SAYA CAPAI 48KG - 50 KG
^________^


Oleo Spaghetti



Double Cheese Burger dan Apple Pai





BAJU BERTUNANG UNTUK DISEWA - ENGAGEMENT DRESS FOR RENT

- STICKY POST -



Salam...
Disebabkan ramai yang emel saya tanya berminat untuk menyewa baju bertunang ni...Jadinya, selepas berfikir panjang...Saya buka untuk disewa ye...Butiran seperti di bawah;








Sesuai untuk dipakai semasa bertunang / akad nikah

DRESS SET
(with or without veil)
warna: same macam dalam pic
size: fit S to M
pm for size details
details: modern baju kurung
material: full beaded chiffon silk
by GULATIS SILK HOUSE


VEIL
warna : same macam dalam pic
details: heavy patched beaded chiffon silk



FABRIC HANDBOUQUET
from Lolavie Handbouquet
size L
warna: cream, pink, shocking pink
harga rent: rm20 + refundable deposit



Bagi yang berminat untuk membuat sewaan,
boleh hubungi saya melalui:
FB: Najwa Othman
H/P: 017 4119196

insyaAllah akan di reply asap.


**** Kalau nak tengok lagi banyak gambar, boleh click link My E'day di side disebelah kanan...


DULANG HANTARAN COMPLETE DENGAN AKSESORI UNTUK DISEWA

Jumlah dulang dan bakul ye

Dulang Yang Telah Siap Dengan Aksesori untuk Disewa

DULANG HANTARAN
(untuk mereka yang tinggal area utara sahaja)

Dulang - 7
Bakul Buah-buahan - 1
Pelapik Kotak Kek - 1
Semua dah siap dengan hiasan ye...Boleh terus letak barang hantaran je ye
harga rent: RM8 per pcs


Bagi yang berminat untuk membuat sewaan,
boleh hubungi saya melalui:
Email: syai_da@yahoo.com
FB: Najwa Othman
H/P: 017 4119196

insyaAllah akan di reply asap.












Friday, November 22, 2013

SELIMUT PATCHWORK - Thanks JualJual2u.blogspot.com

 22 NOVEMBER 2013 (JUMAAT)


First sekali nak cakap THANKS A LOT kat kak shila ;)
Sebab bagi hadiah kat saya. Nak tau kenapa dapat hadiah! baca kat bawah ni ^___^


 Alhamdulillah ^__^


 Inilah hadiahnya. Belum bukak plastik lagi dah nampak cantik. Thanks JualJual2u ^___^
SELIMUT PATCHWORK

Bagi yang berminat, boleh contact sini;
SHIMAL SUPPLIER
SHILA
jualjual2u@yahoo.com
013-3940926



 Corak bahagian luar
 Corak bahagian dalam

Selimut patchwork ni boleh guna bahagian dalam dan luar...Sebabnya, selimut ni ada 2 corak ye untuk bahagian luar dan dalam...So lepas guna, nak lipat macam mana pun boleh...Sebab 2-2 bahagian cantik

Dah boring guna design yang luar, boleh guna pulak design yang sebelah dalam...




 Dah selamat digunakan. Selesa dan sesuai jugak untuk kanak-kanak. Tak nipis sangat dan tak tebal sangat.



 Lastly, tuan tanah nak enterframe. Lepas bukak braces ni, rasa macam terserlah 2 gigi arnab tu ^____^ Selamat bercuti hujung minggu bagi yang bercuti

Ada orang emel tuan tanah, tanya muka pakai apa gebu...Haha saya jawab gunalah cream 360....haha sape yang faham, duduk diam-diam ye ^__^













Tuesday, November 12, 2013

ATKINS DIET AGAIN AND AGAIN


owner blog wawa syaida ni memang suka enterframe besar-besar ^___^



12 NOVEMBER 2013 (SELASA)
7.45 PAGI

Pagi ni pakai kurung moden warna merah coklat dengan tudung georgette hitam...Baju ni saya rasa lebih match dengan tudung warna merah ^__^...Tapi memandangkan saya ni penakut dengan tudung warna merah...Terpaksa lah menggunakan tudung warna hitam sebagai jalan penyelesaiannya :)

Muka dah kembang, badan apatah lagi kembangnya...Oleh yang demikian, semalam 11 November bermulalah hari peperangan saya untuk RE-INDUCTION ATKINS DIET...Harap-harap diri dapat bertabah melihat makanan-makanan yang sedap-sedap dan lazat-lazat

Nak buat ATKINS ni kena kuat dan berdisiplin....Satu lagi cara kena ada something untuk membakar semangat...Tak susah pun, rajin-rajin lah mengadap group Atkins di FB....mesti rasa bersemangat untuk ber diet...Macam saya ^___^ dah ada orang janji nak bagi hadiah if capai 50Kg....Jadinya, memang tengah high motivation lah sekarang ni...maklum lah umpan besar kan ^___^

Bagi yang nak berdiet, cari something untuk lebih bermotivasi tau...Guna kata-kata perangsang pun boleh...Tapi kata perangsang tu biar lah kita sorang je yang tau ;) Berjanji dengan diri...Berjanji dengan hati.... InsyaAllah ^_____^





Gigih bersenam walaupun pakai baju gi office haha :D