Tuesday, October 30, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

(: ber poplook di pagi raya :)
with my 2nd sister. sila check size muka kami
aduyai!!! awat la jadi cenggini kan uhhh!


29 OKTOBER 2012 (ISNIN)
6.42 PM

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidil Adha
Saya masih di ofis! Sedang berkemas nak balik rumah
Baru dapat call dari my dad 'Awa balik rumah lah hari ni, gulai daging + daging goreng + daging macam2 lagi ada banyaaaak, tak da sapa nak makan'
huhuhu so ari ni kena balik rumah family lah...balik menambah lemak haha...

nasib baik belum on diet! kalau tak, mau hancus la diet ari ni haha
kalau balik umah ayah ni... memang alamat tak boleh diet laaaa
semua my dad masak sedap-sedap....dia selalu mengaku dia chef haha


with my adik bongsu
muka oh muka! rasa cam dah size triple XL ni
or adakah i tak sesuai pakai tudung cenggini kan?!!~+*#


pagi raya tu tak dak buat apa-apa
just pergi ziarah pusara arwah mak
makan ketupat. kari daging. kuih-muih
pastu layan orang datang sikit-sikit
terbungkang depan tv layan kartun dari pagi sampai petang...
sebab ada anak sedara kat rumah...
remote tv di kongker oleh mereka2
nasib baik malam tak da kartun haaaaa
tak de pic with my 1st sister :(
my sis balik umah mertua...
malam baru  my sis sampai umah ayah



sampai ke hari ni terasa-rasa lagi DURIAN CREPE ni
sedapppppnya
rasa nak order lagi jumaat ni...ada ramai pesan!


Monday, October 29, 2012

Merancang Perbelanjaan Bulanan

Merancang Perbelanjaan Bulanan


Merancang kewangan atau perbelanjaan yang digunakan dalam kehidupan seharian adalah penting bagi membantu kita mengawal perbelanjaan. Apabila kita mempunyai limit/had dalam berbelanja, secara tidak langsung kita dapat mengetahui di manakah kita membuang wang kita. Membuang wang dalam erti kata lain adalah menghabiskan duit kepada sesuatu yang kita rasakan tidak perlu atau duit yang seringkali kita tidak sedar ke manakah kita gunakannya.

Bagi yang suka berbelanja boros dan penghidap sindrom 'cinta pandang pertama'. Saya rasa adalah patut kita membuat perancangan kewangan ini. Keperluan perlu didahulukan berbanding kehendak. Berbelanja secara sistematik membantu kita dalam menetapkan prinsip hidup dan melatih kita untuk menjadi lebih berdisiplin.



Bagaimana nak merancang?

Buat senarai keperluan perbelanjaan yang mesti dilakukan dalam sebulan. Contoh; kos untuk sarapan pagi, makan tengahari, perjalanan, ansuran kereta, ansuran rumah, ansuran pinjaman peribadi, kos untuk pembelian bahan bacaan dll.

Dalam membuat senarai perbelanjaan ini, kita tidak perlu terlalu berkira/kedekut. Senaraikan semua perbelanjaan yang kita mesti dan akan lakukan. Means tak perlu menipu diri sendiri. Anggaran perbelanjaan juga perlu diletakkan berdasarkan logik akal di mana tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Keadaan ini adalah bagi mengelakkan berlakunya kegagalan mematuhi perancangan perbelanjaan anda. Contoh; masukkan sekali budget untuk shopping, beli jajan, duit untuk orang tua, belanja family dll. Senaraikan semuanya yang anda mesti mesti mesti lakukan dalam sebulan.

Bila dah berjaya senaraikan semua 'benda alah' perbelanjaan ini. Anda boleh menetapkan limit/had untuk setiap perbelanjaan. Dari tetapan yang telah dibuat, anda boleh mengetahui berapakan jumlah wang yang anda akan belanja dalam sebulan dan jumlah lebihan wang anda untuk disimpan. Contoh; kos untuk beli bahan bacaan RM150 per month, kos untuk shopping / tudung fareeda /ariani / pearl haya / thepoplook RM300 per month. (Perbelanjaan adalah mengikut kemampuan)



Pelaksanaan

Bagi bulan yang pertama, senarai perbelanjaan tersebut ditulis/taip dengan kemas dalam kertas bersaiz kecil dan sematkan di dalam wallet anda. Boleh juga kalau nak save dalam hp. Ini untuk memotivasikan diri kita supaya cuba mematuhi perancangan/janji pada diri sendiri yang telah dibuat. Cuba amalkan selama sebulan. Jika berjaya tanpa sebarang masalah. Maka boleh diteruskan sehingga ianya masih relevan dengan kehidupan seharian. Jika berlaku sebaliknya, maka anda perlu menyemak kembali senarai 'benda alah' perbelanjaan tersebut dan adjust apa yang patut sehingga anda rasakan anda berpuas hati dan boleh dilaksanakan dengan jayanya.



Motivasi

Tetapkan wish list anda dalam setahun atau per quarter. Contohnya, 'Dalam tahun 2012, saya mesti beli Laptop TOSHIBA dan Nikon DSLR'. Bagaimana nak dapatkan gadget impian anda? Anda perlu berusaha mematuhi perancangan perbelanjaan dan membuat simpanan anda seperti yang ditetapkan oleh diri anda sendiri. Selamat mencuba :)




Faedah

- Perbelanjaan anda lebih terancang
- Anda mempunyai wang simpanan
- Kehidupan lebih bermakna
- Mempunyai kualiti hidup
-Dapat melaksanakan dengan baik tanggungjawab anda sebagai anak, isteri/suami, ibu/bapa, pekerja/majikan dan rakyat Malaysia




kalau ada pokok duit macam ni, boleh tanam banyak-banyak kelililing rumah haha



Nota;
Ini adalah pandangan dari penulis yang tidak memiliki kelayakan dalam kewangan dan membuat perancangan perbelanjaan berdasarkan logik akal sahaja. Disebabkan penulis tidak menggunakan 'credit card', jadi tiada kos/planning berkenaan 'credit card' yea. TQ

Thursday, October 25, 2012

Durian Crepe

ya ampun! gemuk-gemuk kan


tengok yg kiri sekali tu...isi durian tu mmg nampak creamy *;)

25 Oktober 2012

Alhamdulillah...Masih bekerja hari ni...Di ofis agak lengang sebab ramai dah bercuti sebab esok nak Raya Qurban kan...

23/10 (malam) order dengan HanaBakeForYou
24/10 (petang) dah dapat di tangan

DURIAN CREPE
bagi yang dah rasa tu tau lah rasanya kan!
macam mana ye nak describe rasa durian crepe ni :)
YuMMy & Delicious!!!

Masa dapat kat tangan tu...Hana hantar kat depan KOMTAR....Dalam hati MasyaAllah kuatnya bau durian ni...Harap-harap lepas sekatan kat guard di Level 1 tu...Alhamdulillah guard senyum je...Dia tak sempat bau kot sebab jalan laju giler nak ke lif...Dah sampai kat bilik, member-member tanya bau apa ni? Macam bau gas..Haha terus bawa kuar durian crepe ni...Teruja tau tengok...Montel-montel & lembut-lembut...Terus rasa nak ngap la-la tu jugak...Dapat makan 3 pcs je sebab dah kenyang bangat...2 pcs lagi bagi kat housemate rasa...Bagi penggemar-penggemar durian! Korang mesti try sebab rasanya memang sangat-sangat sedap! Ada rasa macam makan ais krim durian...Ada jugak rasa macam makan durian betol yang tak de biji!!


Pastu grab cake in jar sama..Beli 5 biji..
3 - chocolate indulgence
2 - red velvet


kenapa beli 5?
1pcs yg wawa syaida punya...4 pcs lagi for my member-member kat ofis ni ;)



ini lah semua hasil rembatan dari HanaBakeForYou
Ni kali ketiga beli...
Alhamdulillah
semuanya YuMMy!!!




Wednesday, October 24, 2012

Oldtown HALAL


Oldtown Berhad menyangkal dakwaan yang tersebar menerusi laman web sosial sejak 20 September lalu mempersoalkan status pensijilan halal restoran Oldtown White Coffee miliknya yang dianggap tidak adil serta merosakkan namanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Pengerusinya, Datuk Dr Ahmed Tasir Lope Pihie, berkata semua makanan mahupun minuman yang dijual di Oldtown White Coffee adalah halal, malah semua bekalan diperoleh daripada pembekal yang memiliki pensijilan halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kata beliau, pihaknya sekian lama mengikuti jangka masa yang ketat untuk menerima pensijilan halal yang lengkap bagi kesemua francais restoran itu dalam memastikan sebarang produk dikeluarkan tidak dipersoalkan status halalnya.

“Kami tidak pun menyajikan makanan yang tidak halal atau beralkohol kepada pelanggan. Semuanya disediakan mengikut cara halal."

“Daripada 179 francais yang ada di seluruh Semenanjung, 60 peratus menerima perakuan halal Jakim sementara bakinya dalam proses menanti pengesahan. Dijangka pensijilan halal ini sempurna menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Menurut Ahmed Tasir, pihaknya juga mengikut tetapan Jakim yang mensyaratkan minimum dua kakitangan beragama Islam warga negara Malaysia bertugas setiap syif di setiap restoran disamping mempunyai sebilangan kafe yang dimiliki sepenuhnya oleh francaisi beragama Islam.

Beliau memberi jaminan makanan dan minuman disajikan di semua restorannya adalah halal dan segala tohmahan terbabit dianggap dilakukan individu berniat jahat.

“Kami bekerjasama rapat dengan Cyber Security Malaysia dan Biro Aduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memperbetulkan tuduhan yang dilemparkan secara dalam talian terbabit dan tidak akan teragak-agak mendakwa mana-mana pihak yang terus memfitnah Oldtown White Coffee,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 13/10/2012
Source: Metro


Tuesday, October 23, 2012

Sambal Tumis Sotong & Ubi Kentang

Jadi anak ke 3 dalam family ni memang best...Tambah-tambah pulak ada 2 orang yang atas kite tu kakak-kakak kan....Bab-bab memasak ni memang kita boleh relax lah...Sebabnya mak kita akan suruh dorang yang masak...kite ni just jadi chef ja / tukang rasa / tukang makan....memang heaven! tapi best masa tu je la....bila kita dah membesar...dah kena hidup sendiri....dah kena jadi bini orang...dah kena masak bagi orang lain makan....haaaa time tu baru kita tau langit tinggi ke rendah...hoho

ok...skang ni kan...mood memasak ni memang menjadi-jadi...maybe sebab dah boring makan lauk orang lain masak / lauk kedai huhu...kadang-kadang tu kalau mai angin nak makan lauk air tangan sendiri...memang mood rajin tu datang lah...dalam kepala time tu tak sabar-sabar nak masak...

nak dijadikan cerita....tingin nak makan sambal sotong dengan ubi kentang...lauk ni resepi mak kite tau...arwah mak rajin masak lauk plus dengan ubi kentang...so ubi kentang ni memang dah menjadi feveret anak-anak dia lah...pastu time balik keja tu, dah siap gi pacific beli apa yang patut...sotong ubi cili kering bla bla bla....pastu dah sampai umah....cepat-cepat tukar baju & mula memotong dan merebus apa yang patut...tup tup ---------> gas habis la pulak.... adeh la...ni second time tau jadi...mood dah membuak-buak nak masak sambal sotong resepi arwah omak den ni gas pulak mengacau...kalau kat rumah family, boleh mintak ayah gi tukar tong gas tu huuuuu

pastu...fikir punya fikir...nampak microwave!...haaa boleh kot buat sambal sotong guna microwave ni...tapi kang tak pasal-pasal jadi apa la sotong tu nanti...menyesal lak nanti...makan nasik berlauk kan air garam ko malam ni haaa ...kalau guna microwave ni, setakat buat maggie tu pernah la guna....tapi kalau nak buat sambal menyambal ni aduyai memang tak confident den....termenung tengok sotong yang dah lunyai pas dikongfu time siang menyiyang tadi...pastu, try la google...taip 'cara-cara memasak sambal sotong guna microwave' haha...pastu kan kuar 1 blog ni...CLICK SINI...blogger ni ajar masak sambal ikan bilis guna microwave... ambil masa 6 minit je tau...dia siap bagi cara-cara lagi...so korang boleh try...tp den tetap tak confident nak masak sambal guna microwave...sebab takut la klu sotong tu hancuss nanti...menangis den huuu

pastu fikir lagiiiii...haaaa google googe lagi....kuar 1 blog ni....rasanya yang ini idea paling berani nak try...haha tak terfikir pun tadi...CLICK SINI...masak menggunakan rice cooker.... legaaaa...yang ini memang confident la...sebab kita boleh tengok apa yang kita masak tu depan mata setiap masa kan....just control suis yang kita press untuk masak nasik tu...untung lah rice cooker den tak yah sendal-sendal dengan kertas...just press lama-lama tang suis tu, dia akan terus press selama-lamanya ;) haha

finally, siap sudah sambal sotong dengan ubi kentang! Dah boleh makan! YuMMY!


sambal sotong + ubi kentang yang dah siap...
tapi kan, terlebih pedas sudah
hope cubaan kali ketiga nanti ++ berjaya! haha


Kalau sape-sape yang gas abes kat rumah or tetiba nak test kehandalan masak guna rice cooker...korang CLICK SINI...blogger ni siap bagi resepi special tau untuk penggemar masakan rice cooker haha


with adik yg bongsu...dah sama tinggi ngan dia! huh

balik keje nanti...nak buat lagi sambal sotong ni haha


Still Remember


teringin nak berjalan menyusuri pokok-pokok rimbun tu...
bahagianya :)










pic: credit --> Life Through My Lense
thanks sis Muna Mahdzar-Fadaaq
sangat suka tengok pic2 pemandangan kat sini...

::: still remember him...what should i do :::

Rasulullah SAW dengan Sebiji Limau


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.



Entry lama ni :)

Friday, October 19, 2012

Pizza Pisang ~~ Banana Pizza


yummy yummy...ada pisang kat atas pizza tu


memang sedap bangat


small size je...sorang makan pun boleh habis



19 OKTOBER 2012

Assalamualaikum warahmatullah. Hari Jumaat penghulu segala hari. Hari ni seronok nak datang ofis sebab esok dah cuti. Tapi pagi ni perut tak selesa sebab semalam makan macam-macam. Melantak je kan keja nya...Mau tak sakit perut :)

ok...nak story mory pasal pizza pisang ni...nama saintifik pizza ni 'Banana Kaya Desert'. Beli kat Domino's. 1st time rasa ni. Ofismate yang bagi tau. Dia cakap pizza pisang Domino's ni memang sedapppp sangat. Pastu apa lagi terus rasa nak try la...Rasa pizza pisang ni memang marvelleous. Tapi kalau nak buat sendiri pun boleh kot sebab simple sangat.


Banana Kaya Desert

Ni lah rupa sebenar pizza pisang ni...Topping dia, just letak jem kaya (yg kaler hijau). Pastu letak hirisan pisang tu. Susun cantik-cantik. Dah siap susun semua. Taburkan gula aising/gula yang halus tu kat sekeliling roti pizza tu. Sedia untuk dimakan. YuMMy!!!!

Thursday, October 18, 2012

Dinner ~~ Domino's sss

18 Oktober 2012 (Khamis)

Salam semua...rasa macam dah lama tak bersiaran ;) Sekejap je kan dah nak jumaat...Pastu dah masuk November...Minggu ni hari-hari yang dilalui penuh dengan mainan emosi...ada yang sedih...ada yang suka...ada yang rasa nak marah....tak nama manusia la kan kalau tak diuji... ;) senyum sampai telinga :)


ok...pagi tadi breakfast - koey teow goreng + telur + hotdog + teh ais
tengahari pulak - lunch kat georgetown white coffee... makan asam laksa + milo ais
dinner - dah pening tak tau nak makan apa...nak makan nasik???tak mau lah...rasa cam jemu pulak...so kita try menu kat domino...makan yang simple-simple je ;)


chicken crunchy - amik yang tomyam


banana pizza
** yang ni terpengaruh ngan ofismate...dia cakap sedap bangat...
terus rasa nak try... yummy yummy


lastly, roti belit-belit ni....

mak aiiii...banyak nye order...larat ke nak makan....nak makan sorang je hihi...nak order sikit...karang kesian pulak kat orang yang nak menghantar tu kan...mesti dia rasa tak berbaloi...tak pe...nanti yang tak abis makan tu leh bagi kat housemate makan sama ;) senyum lagi



okes...dah siap order online...
kol 8.00 nanti hope staf domino tu dah terpacak depan pintu rumah ;)

okes...nak balik dah...kat ofis lagi ni....nak berkemas dan nak balikkk
dah tak sabar nak makan menda-menda kat atas tu...
sabar perut...sabar ;)))) senyum lagi :)





p/s: Alhamdulillah...R.E.D.H.A & S.A.B.A.R & D.O.A

Friday, October 12, 2012

My Sweetheart

pic ni diambil masa convocation my 2nd sister


Ya Allah,
ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami,
muslimin dan muslimat di dunia dan di akhirat.
masukkanlah kami ke dalam syurgamu,
bantuilah kami memperbaiki akhlak diri ini,
tenangkan hati kami,
satukan hati kami ya rahim,
berikanlah kami kasih sayang,
berikan kami keikhlasan dan ketulusan.
jauhkan kami dari fitnah-fitnah
dan dekatkan kami dengan jalan yang kau redhai,
permudahkan perjalanan kami
semoga kami pemenang di akhirnya
dan
bantulah kami dikala kami kesusahan.
amin ya Allah, amin ya Rahman, amin ya Rabbal alamin.
~~ Alfatihah untuk arwah mak ~~


Wednesday, October 10, 2012

PRELOVED FOR SALE!!! LEVI'S GUESS CHARLES & KEITH - SOLD OUT -

SOLD
LEVI'S JEANS
SIZE: 28
BUY: QUEENSBAY MALL PENANG
SHAPE: EVE STRAIGHT
CONDITION: TIP TOP
Pakai 3 kali je...
Beli masa over weight...Now, dah muat normal size :)
Nak let go, RM120 free postage
Berminat, email syai_da@yahoo.com




- SOLD -
GUESS HANDBAG
BUY: 1st AVENUE PENANG
CONDITION: TIP TOP 95%
SESUAI UTK FORMAL/ CASUAL
Pakai few months je
Nak let go, RM160 free postage
Berminat, email syai_da@yahoo.com





- SOLD -
CHARLES & KEITH WALLET BUY: 1st AVENUE PENANG
CONDITION: TIP TOP 95%
Pakai few months je
Nak let go, RM70 free postage
Berminat, email syai_da@yahoo.com



Wordless Wednesday ~ Alhamdulillah



::: Alhamdulillah, Ya Allah :::

Thursday, October 4, 2012

PAVLOVA


P.A.V.L.O.V.A

Amacam.....kenyang tak tengok gambar :))))
saje close up kasi besar punyaaa...
bagi semua tak senang duduk hoho

rasa???
sangat sedapppp...sampai leh repeat order untuk esokkkk
harga memang berpatutan
senang cakap memang murah la :)

kalau nak order....utk orang-orang penang la
ada delivery jugak...kalau wawa, Puan Hana ni akan terus hantar kat komtar je

kalau nak try;
leh order kat sini


Wednesday, October 3, 2012

Finally

berangan-rangan tengah duduk atas kerusi kayu tu dengan org tersayang tetttttt...best kan





'Mungkin sudah sampai masanya'








pic: credit --> Life Through My Lense
thanks sis Muna Mahdzar-Fadaaq
sangat suka tengok pic2 pemandangan kat sini...
hari-hari mesti view ;)