Tuesday, July 31, 2012

A woman is like a tea bag




A woman is like a tea bag- you never know how strong she is until she gets in hot water.


Eleanor RooseveltUS diplomat & reformer (1884 - 1962)

Monday, July 30, 2012

Thinking of u


Kadang-kadang, kita rasakan dia lah yang terbaik untuk kita

Tapi Allah lebih tahu segalanya

Walaupun perit untuk ditelan, berat untuk ditanggung

Perlu tabah dan tenang untuk melalui jua

Hari yang bersilih ganti membuatkan kita lebih kenal apa yang dikatakan pengalaman

Belajar apa itu ujian Allah

Mengenal untuk bergantung harap hanya kepadaNya

Semua yang berlaku ke atas diri bahkan seluruh alam

Telah ditetapkan oleh Allah s.w.t

Sesakit kesusahan atau kesulitan itu pasti ada kemudahan atau kemanisan di hujungnya

Percayalah Allah pasti ada agendanya

Tabahlah menempuhi hari mendatang dengan iman yang kental di dada


InsyaAllah....Amin

Oh Isteri....Ini Pesan Ustaz Azhar Idrus untuk Si Suami ;) Tolong Sebarkan!!!



LIKE 1000000 X jawapan ustaz azhar idrus ;))

let;s shoppinggg ;)))

Hitam dan Coklat? Saya Pilih Hitam

Salam...10 Ramadhan dah kan hari ni...jap je rasa...

Tajuk tu macam something je kan hihi...Sebenarnya nak pilih kaler handbag tu...

Ari tu wawa tunjuk handbag guess kaler coklat brown kan...Sebenarnya wawa grab kaler hitam *____*



tadaaaa ini handbagnya



prefer yang tali panjang...sebab rasa selesa je bila galas & senang nak ambil barang



pastu beli purse charles & keith ni...tengok kat guess & carlo rino semua tak berkenan...sebab nak cari purse yang buka 2 side ja...saja cuci mata kat ck ni ada yang 2 side...so terus grab lah...harga pun lebih murah...


tapi material rasanya kena pakai ayu-ayu...kalau ganas memang cepat rosak sebab material ny lembut...kalau guess macam tebal sikit kan...so boleh lah nak pakai lasak-lasak....


ok....nanti dah jemu pakai....wawa let go ;)))))))

Friday, July 27, 2012

MUST BUY (AUGUST) - PINK SONY LAPTOPS









INSYAALLAH akan cuba dapatkan dalam bulan Ogos ni


Pink Sony 15.5" VAIO VPCEH32FX Laptop PC with Intel Core i5-2450M Processor and Windows 7 Home Premium with Carrying Case and USB Drive with Windows 8 Pro


Terdapat 3 pilihan warna;

Hitam, Putih & Pink


Dah lama cuci mata tau

(: PINK PINK PINK :)



6 Ramadhan 1433H 26 Julai 2012 - Rice Cooker comel ;)

Semalam berbuka sorang-sorang...Rasa macam kelakar pulak...Sebab tiba-tiba terfikir nak masak apa kalau dah kawen nanti hihihi...Duduk sorang-sorang ni tak kisah lah perut nak makan apa...Ikut selera sendiri je...


Menu Berbuka 6 Ramadhan 1433H

terdiri daripadaaaa

jeng jeng jeng


Telur dadar anak dara pemalas ;)



Murtabak maggie...2biji telur tau untuk sebungkus maggie
Semalam saja-saja nak try guna sebiji telur....tapi idok le cukup....kena plus lagi sebiji telur



Tadaaaaaa

ini murtabak maggie saya yang besaaaaarrrrr



dan ini rice cooker saya yang sangat comel...

muat utk masak 2 org makan je....

suka tengok rice cooker ni sebab comel bangat ;)



haaa tudiaaa

menu anak dara pemalas


nasi putih

sambal ikan bilis pedas

telur dadar

murtabak maggie


kenyang sampai terlentang depan TV heeheehee


Thursday, July 26, 2012

RESEPI Roti Melt Cheese

Hari ni berbuka sorang-sorang lagi...Esok baru balik rumah family...Plan nak makan simple-simple je...Wawa ni bukan cerewet orangnya...Makan nasik dengan sambal ikan bilis goreng pedas + telur dadar mayonis pun dah cukup...


ok...tadi godek-godek hp terjumpa pic-pic ni...wawa masak awal tahun ni kalau tak silap...Rasanya sedapppp bangat bagi penggemar cheese ;)


ROTI MELT CHEESE


Bahan-bahan;

(untuk sorang makan)
4 keping roti

2 keping slice cheese

1 biji telur (dipukul dan letakkan sedikit garam)

sedikit butter


Cara-caranya;


1. Potong bahagian tepi roti


2. Letakkan sekeping cheese di atas roti tadi


3. Ambil sekeping lagi roti dan letakkan di atas roti tadi

4. Potong kepada 4 bahagian


5. Celupkan roti tadi ke dalam telur yang telah dipukul


6. Cairkan sedikit butter dalam non-stick frying pan

7. Goreng dengan api yang perlahan

8. Balik-balikkan roti sehingga kekuning-kuningan


Sedia diangkat dan dimakan ;)



cheese meleh kuar dari roti...Boleh cepat-cepat masuk mulut ;))


Cenggini rupanya...Kalau nak garing lagi pun boleh...Ikut pada kesukaan masing-masing




PRELOVED HANDBAG FOR SALE!!! GUESS & CHARLES & KEITH

PRELOVED HANDBAG FOR SALE!!!


PRICE INCLUDING POSTAGE



GUESS SLING BAG

RM130

-SOLD-



GUESS HANDBAG
RM12O
-SOLD-


GUESS HANDBAG/TOTE BAG
RM120
-SOLD-





GUESS PURSE
(Limited Edition)
RM70
-SOLD-


CHARLES & KEITH HANDBAG/TOTE BAG

~sesuai bagi mereka yang gemar memabawa beg bersaiz besar~
~ tali bahagian dalam ada terkupas sikit~
RM110

-SOLD-




GUESS HANDBAG

~ada defect sikit (refer pic atas ni)~

~boleh jahit semula or letak gam sebab kulit tu terkuar dari jahitan~

RM110

-SOLD-







IMPORTED TOTE BAG

~beli di Hong Kong~

RM80

-AVAILABLE-






VINCCI SHOES
Saiz 6

~Pakai sekali je~

RM35

-BOOKED-








NYC Wedges

Saiz 6

~Pakai sekali je~

RM50

-AVAILABLE-







Berminat;








Wednesday, July 25, 2012

Guess Handbag & Vincci Wedges

Dah dapat handbag baru....Alhamdulillah

Bagi yang nak beli brand GUESS, sales girl bg tau tadi BIG SALE start 30hb ni ye sampai Ogos!!!!

Jangan beli sekarang...tungguuuu SALE



Pastu grab 2 pasang wedges kat atas ni...Design hampir sama kan ;) Suka kaler hitam & suka wedges...Senang nak bergerak kat komtar yang kena banyak berjalan ni...Kalau pakai high heels, cepat je rosak tumit tu...


Ofis dekat dengan shopping complex ni memang laju je duit tu...++ time gaji ni...Cakap je nak apa semua ada...Siap duit je...Tapi kena bijak berbelanja ;)

Selamat ber shopping yang baru dapat gaji tu & Selamat Berpuasa



Better tutup mulut kan

Baju PINK...Tudung PINK...Gigi pun PINK ;)




Better tutup mulut kan....Rasa cam malu ja senyum nampak besi ni...Bila nak boleh bukak braces ni huhuhu



Tuesday, July 24, 2012

Jika Dia Telah Ditakdirkan Oleh Allah Untukku



"Ya Allah, jika dia adalah untuk diriku, maka Engkau rapatkan hatinya dengan hatiku, Engkau kuatkanlah perasaanku untuk terus berpegang pada dirinya. Dan andai sebaliknya yang Engkau takdirkan antara aku dan dia, maka damaikanlah antara hati-hati kami berdua. Ameen."


"Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi. Ameen."


"Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.'
(Surah al-An'am ayat 162)

Busana Radiusite


Radiusite akan keluarkan baju kurung sempena raya ni ye...

Congrats team RADIUSITE!!!

Berkenan...sopan dan longgar

Tapi tak minat tang manik2 tu la...

Kalau plain memang akan beli...Biasa la kan...minat dan kesukaan setiap orang tak sama....

Tapi kalau TERberkenan wawa akan beli jugak lah ;)

Monday, July 23, 2012

Menu Sahur - Sambal Goreng Pedas Bersira

Assalamualaikum ;)


3 Ramadhan 1433 H


Wawa hari cuti ja dapat bersahur dan berbuka dengan family...Kalau hari kerja berbuka dan bersahur sorang-sorang lah....Disebabkan anak dara ni agak malas untuk masak sahur...Jadinya wawa dah siapkan sambal goreng pedas ni...Pagi-pagi bagun masak nasik je lah..


Pastu nasik panas-panas makan dengan sambal goreng pedas ni alahai memang superrrbbb...Boleh siap tambah-tambah nasik lagi even makan sorang-sorang heee.... ;))




Fadhilat Ramadhan - Sejarah, Kelebihan dan Amalan



Sejarah Ramadhan
Ramadhan: ertinya panas terik
Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
Di pilih untuk ibadat puasa.
Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran)


Kelebihan Bulan Ramadhan
Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
Bulan penuh keberkatan
Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
Amal sunat sama dengan solat fardhu
Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
Bulan menambah rezeki
Memberi buka banyak pahala
Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan – pengampunan,
10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan
Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Menempah pakaian untuk Ramadhan
Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
Berazam melakukan Terawih
Bertadarus
Solat berjemaah setiap waktu
Solat jemaah di masjid/surau
Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
Sahur diwaktu akhir
Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
Mandi Janabah sebelum Imsak
Kurangkan tidur
Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
Tunaikan Solat Dhuha
Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
Tunaikan solat Rawatib
Jaga pacaindera
Elakkan gosok gigi pd waktu petang
Hadiri majlis ilmu
Buat baik pada ibubapa
Isteri hendaklah taat pada suami
Banyakkan bersedekah
Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
Berbuka bersama orang tua
Jemput tetamu berbuka
Kurangkan berat badan
Banyakkan i’tikaf di masjid
Baiki hubungan suami isteri
Baiki hubungan jiran
Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
Elakkan berbelanja berlebihan
Kuatkan kesabaran
Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
Elakkan menonton TV yang membangkitkan nafsu
Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
Berdoa dengan nada lembut dan merayu
Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
Melazimkan solat 5 waktu
Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar
Elakkan banyak berhutang
Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
Tunaikan zakat fitrah

Friday, July 20, 2012

KEDEKUT merugikan




Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah
(Hadis Riwayat - At-tirmidzi)




Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yg mulia

(Surah Al-Hadiid Ayat 57:58)




- Sama-samalah kita renung, fikir dan amalkan..InsyaAllah -




ROTI BOY

ROTI BOY di 1st Avenue, Penang

1st Floor


Aneka jenis Tart



Loaf & Muffin



yg ini sedap ;)



Pastry & Cake




Muffin



Muffin lagi



Finally beli yg ini ;)



roti ini jugak.....flavour mocha & vanilla...yg original flavour sedap lagiii




Pastu, baru je tadi celebrate burfday my staff...


Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan dipertemukan jodoh...Amin


Selamat Berpuasa dan Selamat Bercuti semua ;)))))