Wednesday, July 18, 2012

Resepi Aiskrim Goreng SEDAP

Ni aiskrim yang siap digoreng...


Wawa simpan semalaman...Terus goreng pas balik kerja semalam...Rasa aiskrim goreng ni memang sangat best...Rangup-rangup pastu ada ais sejuk kat dalam...Memang marvellous lah...Semua pun boleh try sebab resepi simple je ;)



Nyummi nyummi



Belum digoreng...Baru bawak kuar dari freezer


Bahan-Bahan:
Roti gardenia
Aiskrim apa-apa perisa
Cawan (utk tekan buat bentuk bulat)
Minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya:
Ambil sekeping roti
Letakkan aiskrim di tengah roti tersebut
Ambil sekeping lagi roti dan letak di bahagian atas roti tadi
Ambil cawan untuk tekan di tengah2 roti tadi
Tekan kuat-kuat dan potong keliling roti yg berlebihan (bahagian luar cawan)
Keluarkan dengan hati2 bahagian bulat yg terbentuk di dalam cawan
Ulang cara yang sama dan buatlah mengikut kuantiti yang dikehendaki

.....

Simpan sekurang2nya 1 jam atau lebih elok semalaman roti tadi di bahagian sejuk beku.
Apabila minyak panas, gorengkan sekejap sahaja dalam 20 ke 30 saat.

................

Sedia dimakan dan selamat mencuba ;)



Source:
FB Jom Masak
Fried Ice Cream



1 comment:

  1. Terrific article! That is the type of information that are meant to be shared around the internet.
    Shame on Google for no longer positioning this publish higher!
    Come on over and visit my web site . Thanks =)

    My web page; cari jodoh

    ReplyDelete

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!