Thursday, June 2, 2016

Part 3 - Asam Garam Menjadi Penyewa


2 JUN 2016 (KHAMIS)





Kami mula mendiami rumah yang disewa apabila sebaik sahaja selesai kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan oleh Agen. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kerosakan minor, tetapi suami mengambil pendekatan untuk repair sendiri. Untuk sewa bulan berikutnya, Agen meminta saya memasukkan ke dalam akaun Agen. Tapi saya dan suami agak khuatir dan meminta akaun no. tuan rumah terus dari agen. Selepas dari itu, semua urusan kami terus deal dengan tuan rumah.

Namun begitu, sepanjang kami menyewa, terdapat beberapa perkara yang kami tidak dapat mencapai kata sepakat dengan tuan rumah. Hal tersebut tidak dapat saya ceritakan. Biarlah ia menjadi rahsia *____*

Jiran-jiran sangat baik dan jiran-jiran saya jugak yang tolong carikan rumah yang lain. Jiran jugak banyak ceritakan tentang rumah yang saya duduk tu dan apa yang berlaku kepada penyewa2 sebelum kami. Hal ini jugak tidak dapat diceritakan. +____+

Ketika entry ini ditulis, saya telah mendiami rumah yang lain di kawasan yang sama tetapi dengan sewa yang lebih murah iaitu separuh dari jumlah sewa rumah sekarang. Alhamdulillah berkat pertolongan jiran-jiran di sini.

Cuma apa yang ingin saya ceritakan, berlaku kesukaran untuk saya menuntut kembali deposit yang telah dibayar. Saya telah maklumkan kepada tuan rumah untuk berpindah keluar pada bulan April 2016 iaitu 2 bulan awal seperti mana yang dimaklumkan oleh Agen sebelum ini. Means tarikh akhir saya menyewa rumah ini adalah sehingga 30 Jun 2016. Tuan rumah maklumkan Agen akan uruskan berkenaan hal pindah keluar ini.

Selapas itu, saya dapat call dari Agen yang bernama En. Nabil, Dia maklumkan kepada saya deposit saya akan burn kalau saya berpindah keluar sekarang kerana tempoh mendiami tidak sampai 2 tahun "seperti di dalam agreement". (Masalah yang terjadi kepada penyewa2 lain, kini telah hampir berlaku kepada saya). Saya cuba explain apa yang telah disepakati di awal perbincangan dulu. Tapi apa yang berlaku Agen Nabil tu tiba-tiba bercakap dengan nada mengherdik saya seolah-olah mempersoalkan saya tidak membaca agreement. Dan juga apabila saya bertanya kenapa saya belum terima agreement yang sah, tiba-tiba dia bercakap seperti orang naik angin. Yang ada pada saya hanyalah salinan agreement bukanlah agreement yang sah sepertimana yang telah dimaklumkan oleh agen yang mana akan diberi kepada penyewa dalam tempoh 14 hari selepas menyewa. Oleh kerana saya tidak sanggup lagi nak bercakap dengan dia, saya minta dia discuss terus dengan husband saya.

Selepas itu, saya dan suami sudah tidak lagi menerima sebarang call atau wasap dari agen. Tuan rumah pula continue. Dia maklumkan Agen inform dia yang saya dan suami sukar untuk dihubungi. Saya maklumkan saya dan suami tidak menerima sebarang call atau wasap selepas call yang pertama tadi. Selepas itu, saya tak tau apa yang berlaku antara tuan rumah dan Agen, tetapi tuan rumah continue untuk handle proses nak keluar rumah.

Jangkaan kami meleset, kami sangkakan semuanya akan baik-baik saja. Tetapi tuan rumah terus mendesak dengan ayat yang sama seperti agen. Iaitu semua deposit kami burn sebab kami keluar sebelum cukup 2 tahun 'berdasarkan agreement'. Semua ayat mendesak tersebut menggunakan frasa 'agreement'. Padahal tiada sebarang klausa di dalam agreement tersebut yang menyatakan pasal deposit rumah. Oleh kerana saya dah tak tahan nak hadap benda ni, saya cerita kat kawan-kawan di ofis. Dan kebetulan adik dari sorang my friends seorang lawyer rumah. Dia minta saya wasap agreement semua. Dan finally, memang agreement tu berpihak kepada kami. Di dalam agreement tersebut langsunsg tidak menyatakan cara-cara untuk keluar. Sebaliknya agreement tersebut hanya menyatakan cara untuk menyewa rumah. Time tu Ya Allah....lega rasa. Lawyer aka adik my friend jugak cakap, agreement ni sangat teruk dan pelik. Dan dia juga nasihatkan agar saya membuat report polis kalau masih terus diganggu oleh tuan rumah or agen kerana nilai deposit tersebut mencecah ribuan ringgit. Dan dia jugak cakap, kalau berdasarkan agreement, if saya tak inform 2 bulan awal pun still boleh menuntut kesemua deposit kerana agreement tersebut sangat longgar. Dan lawyer juga ada bagi sy contact no. lawyer yg handle criminal case untuk handle kes saya ni sekiranya saya memerlukan. Kelakar pulak rasa :)

Dari ke hari kami masih terus diganggu oleh tuan rumah, dia langsung tidak mahu menggunakan budi bicara untuk berurusan. Sebaliknya semua adalah berdasarkan agreement. Dengan sebab itu, saya terus menyatakan yang saya telah refer lawyer dan lawyer advice ............ Oleh yang demikian, tuan rumah terpaksu akur dan tidak mendesak saya lagi. Tuan rumah juga mula berbaik dan meminta agar saya menyelesaikan hal ini cara baik. Tetapi masih ada lagi ye. Saya rasa cukup sampai sini saja yang saya ceritakan. Sebab masih banyak lagi gangguan mental yang berlaku ke atas kami. Sehinggakan suami mengambil keputusan untuk berpindah pada penghujung bulan Mei dan sebulan deposit lagi kami pejam mata je walaupun ribuan ringgit. (Kawan2 di ofis dan lawyer langsung tidak bersetuju dengan keputusan kami suami isteri.) Demi untuk hidup lebih aman tanpa memikirkan lagi perihal tuan rumah, itulah keputusan yang dicapai.  Pada saya dan suami, kami berharap inilah kali pertama dan terakhir kami berurusan dengan orang seperti ini. Kami suami isteri juga menyewakan rumah kepada orang, tetapi tidak langsung sekali-kali kami melakukan sesuatu yang sebegini kepada orang lain.

Mudah-mudahan kita sama-sama memperbaiki kesilapan masing-masing.

Selesai. Alhamdulillah. +_______+







Post a Comment

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!