Thursday, July 19, 2012

MAKLUMAT JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41

JAWATAN

JAWATAN : PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI
GRED : DH41
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLAFISIKASI JAWATAN : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

2. SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN

Syarat-syarat am ;

(a) terbuka kepada semua Warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 54 tahun.

(c) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2.1 PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41

(i.) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaandaripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T3); atau

(ii.) Ijazah Sarjana Muda kepujian dengan pendidikan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T4); atau

(iii.) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T 4); atau

(iv.) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T4); atau

(v.) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan/ Ukur Bahan/ Ukur Tanah/ UkurBangunan/ Seni bina Landskap/ Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf olehKerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yangdiiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T5); atau

(vi.) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T7); atau

(vii.) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T9) bagi Ijazah Sarjana Muda Perakaunanserta menjadi ahli penuh badan-badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf kerajaanP1T10; dan ahli penuh Institut Akauntan Malaysia P1T11); atau

(viii.) Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripadainstitusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T8); atau

(ix.) Ijazah Doktor Falsafah (ph.D) dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T11)(e) calon-calon para (d) (i.) hingga

(ix.) yang memiliki Diploma Pendidikan diberikan satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan.

Post a Comment

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!