Thursday, July 19, 2012

KAEDAH PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI

Permohonan bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41/DH29 boleh dikemukakan menerusi portal JobsMalaysia. Permohonan dibuka sepanjang masa dan setiap permohonan adalah sah untuk tempoh 12 bulan dari tarikh permohonan. calon akan dipanggil temu duga sekiranya melepasi asas tapisan yang ditetapkan.


Pegawai Pernah Meletak Jawatan
Mana-mana pegawai yang pernah meletak jawatan tidak boleh dilantik semula melainkan mendapat kebenaran khas suruhanjaya.


Pegawai Sedang Berkhidmat
Permohonan bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi juga boleh dikemukakan oleh pegawai yang sedang berkhidmat mengikut Peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 menetapkan bahawa:


Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatan yang hendaklah menghantarkan borang permohonan itu kepada Suruhanjaya bersama dengan maklumat perkhidmatan yang dikehendaki dan ulasan Ketua Jabatan sama ada Ketua Jabatan itu menyokong atau tidak permohonan itu.


Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Sementara
Permohonan bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 Sementara dikemukakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Calon yang dikemukakan terdiri daripada pemegang biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar yang telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah di universiti dalam dan luar negara. Calon yang dilantik akan berkhidmat selama satu tahun dan akan dipanggil temu duga untuk ke jawatan tetap dalam tempoh sebelum tamat tempoh lantikan sementaranya.


Post a Comment

Abg Kiosk...Pasta Carbonara 1!!!!!